MYVI aku di hack petang tadi !!

Selamat malam semua, malam ni aku nak sembang pasal alarm @ system sekuriti kereta anda. Apa perasaan korang kalau depan mata korang kereta korang diceroboh tanpa meninggalkan kesan bukti, seperti pintu kereta dibuka tanpa sebarang alarm berbunyi sedangkan kereta korang ada sistem alam dari pembekal kereta yang korang beli.

berkisahkan dari pengalaman aku petang tadi dikawasan parking kereta taman tasik titiwangsa. bermula dari aku berhenti parking kereta untuk singgah minum cendol bersama dengan isteri aku, tiba2 datang seorang mamat berpakaian t-shirt berlogo takashimaya.

aku turun dari kereta dia memberi salam dan memperkenalkan diri dari syarikat takashimaya. aku pon relex jelah sebab sebelum ni aku dah dengar banyak cerita pasal syarikat alarm ni. semua cerita adalah negetif je.

mula2 dia kata dengan aku "abang tahu tak kereta abg bonet depan boleh buka tanpa buka pintu kereta" so aku cakap aku tahu. aku kata ada satu lock dekat bahagian tayar kereta sebelah kanan. so dia kata"saya nak cuba buka bonet kereta abg" aku kata ok boleh cuba buka tanpa buka alarm kereta aku. apa lagi dengan bangganya budak2 takshimaya ni seluk tangan dalam tayar depan aku takda seminit dia berjaya buka lock bonet depan kereta aku.

aku buat relex je.. sebab aku memang tahu bonet tu boleh buka dan itu salah satu kelemahan kereta myvi sebenarnya. oklah dalam hati aku kata hebat budak ni.

sebelum tu dia orang kata abg tahu tak apa yang pencuri boleh ambil bila bonet depan terbuka. aku kata 2 barang yng biasa kena curi dari myvi pertama bateri dan kedua Air bag. dia orang kata betul tu. lepas tu dia orang pun mula nak angkat bonet aku.

seperkara yang budak2 ni tak tahu pasal kereta aku sebenarnya, aku dah pasang satu alarm dekat bonet aku.. hahaha. so aku tak g tahu dia orang sebab nak tengok apa akan jadi bila dia orang buka bonet aku nanti.

dengan bangganya dia orang buka bonet aku, terus alarm aku bunyi satu tasik titiwangsa terperanjat sebab alarm yang aku pasang ni sekampung boleh dengar bunyi dia. kalau aku tido mati sekali pon mesti aku dengar kalau alarm aku bunyi. hahaha

apa lagi budak2 ni sebuklah nak cuba matikan alarm aku tu tapi tak berjaya sebab kereta aku aku dah pasang dengan satu alat yang betul2 duduk atas tempat fius alarm tu.. so budak2 ni tak berjayalah nak bukak kotak fius sebab tersangkut.

apa budak2 ni cakap "kita orang boleh buka abg kotak ni tapi takut rosak nanti abg punya kotak fius kalau kita paksa" dalam hati aku, aku kata "kalau dah gagal tu buat2 cara tak berjayalah macam2 alasan pulak budak ni nak suruh aku beli produk dia."

mungkin dia tak burget aku dah pasang sekuriti dekat bonet kereta aku.. satu lagi yang dia orang tak sempat nak buat adalah hidupkan kereta aku tanpa guna kunci. aku kata dengan dia aku nak g keje so kena cepat. budak2 ni pon kata "oklah kalau mcm tu abg" sebelum tu dia sempat tanya aku abg ni keje perodua ke? aku kata tak? dia ingat aku keje perodua kot sebab aku banyak tahu pasal sekuriti kereta myvi ni.

apa yang moral aku nak cerita dekat sini kepada penguna kereta keluaran perodua myvi ni, korang baik pegi pasang alarm dekat bonet depan kereta korang tu. buat masa ni perodua ada buat pemasangan percuma dimana2 pusat service bertauliah dengan perodua. pemasangan ni percuma selagi stok masih ada. aku baru je pasang 2 minggu yang lepas masa service. kebetulan lepas pasang jumpa dengan budak2 yang nak menguji alarm aku ni.

satu lagi sekurang2 kalau kereta kita diceroboh oleh pencuri, kalau ada alarm dalam kereta ni sekurangnya melengah2kan tak pon menakutkan sedikit pencuri ni walaupun kalau ada alarm pon masih boleh kereta kita dicuri.

bak kata orang .. usaha dulu baru bertawakal..

P/S: Hatilah2 dengan budak2 takashimaya ni.. harga produk dia mahal gila. dan servive after sell memang tak bagus.. dia orang banyak lepas tangan kalau produk tu ada problem. Harga produk alarm takashimaya ni RM64 x 36 bulan itu yang dia orang cakap aku tadi. Boleh cari maklumat dalam pakcik google pasal produk ni kalau tak percaya.

Ulasan

  1. kt perodua service ade ke alarm utk bonet depan tu?

    BalasPadam
  2. kalu aku.. aku bela ulaq sawa tahan panas sekoq letak dlm bonet depan.. haha besss

    BalasPadam
  3. kereta tmpatan mmg cm tu kan,,,,kdg mmg sket ati,,,hmm,,,kat sni,,klu rajin jenguk blog sy,,,thx,,

    BalasPadam
  4. waaa..betul ker ada?
    mmg tgh free eh?
    leh suh abng saya pang kat kete produa dia..

    BalasPadam
  5. memang tengah buat pemasangan percuma sekarang .. g mana2 perodua dia orang ada buat pemasangan percuma.

    BalasPadam
  6. sekuriti alarm tu utk myvi saja ke?

    BalasPadam
  7. peanut pon guna myvi...cmne nk cakap kat abg perodua tu kalau nk mtk pasangkan ek??

    BalasPadam
  8. cakap je.. nak pasang alarm dekat bonet depan.. dia tahu punya

    BalasPadam
  9. nasib die x tanye aku..sbb aku bekas dak perodua..hahaha...well salam kenai geng myvi...aku pun pakai myvi gak.. :D add fb.. blacktiffana@gmail.com

    BalasPadam
  10. Register free disini. dan setiap hari login sekali anda dibayar RM0.50 cepat daftar di link ini http://www.loginwang.com/?a=ahm2480

    BalasPadam
  11. salam bro,

    saya juga seorang pengguna Myvi dan berminat dengan aksesori n modified sket2..

    nampak kereta bro mcm menarik jek..
    bleh x bro share kan sket tips utk saya?

    pls email sy di fazdlirosli@gmail.com

    Sorry bro sbb suruh contact sy, sbb sy x tau nk contact bro cmne..Tq..

    BalasPadam
  12. takashimaya ok je...aku dh pakai. yg aku mmg x puas hati pekerje die mcm celake, die tipu aku suruh beli...ari tu ckap lain...die kate bley test selama seminggu klu tak suke bley pulangkan balik. so, aku try la pastu time nk pulang tu dier ckap tak bley plak pasal produk tu dh dibuka dan aku setuju beli padahal ari tu org tu ckap lain. so nk taknak terpaksa la aku pakai...so to takashimaya FUCK YOU!!! sape nak beli aku punye takashimaya sila call aku...019-9489642 (safar)

    BalasPadam
  13. tulah masalahnya ..mungkin produk ok..tapi yang salesman ni yang kurang ajar sikit bro

    BalasPadam
  14. entri ni lame gile..tapi saya baru nak komen.saya pun ada masalah dengan takashimaya.macam2 masalah dia buat pada kereta saya.enjin pernah mati tiba-tiba,padahal tengah jalan ni nak masuk roundabout.nasib baik saya x cepat panik terus tukar gear neutral n start enjin balik(sambil kereta meluncur)..mula2 igt masalah bateri atau spark plug problem sebab banyak kali gak jadi cam ni sejak pasang tapi 2 hari lepas enjin kereta langsung x boleh start,walaupun dah pasang cip khas dia..setelah saya research pasal ni, baru tahu masalah ni disebabkan bende tu.cal hq dia mcm2 alasan.saya panggil orang bengkel berdekatan saya remove sistem tu,elok je enjin boleh start.alhamdulillah xde wayar2 yang short or fius terbakar ke...ni pun saya dah tak mau sambung bayar,cuma takut2 kalau pihak diorang amik tindakan mahkamah pada saya.

    BalasPadam
  15. @salhah Suhot : service after sales dia yg tak bagus.. sebelum jual mulut manis..bila problem.. mulut bacin

    BalasPadam
  16. wooo! omg.. asal la aku baru terfikir nak search info pasal takashimaya ni, dah dekat setahun pakai, nak share jugak pengalaman dan yg tgh terjadi kat aku skang ni, system ni aku pasang waktu 3 bulan baru beli kete, saga se blm, mmg sebiji cara die promote product, starting2 je die tunjuk bukak bonet kat bwh tayar tuh, almaklumlah baru first time beli kereta, mane tau ape.. innocent, mula2, mmg taknak, tapi die dah cite panjang lebar.. kesian gile... dah la aku ni jenis yg tak sampai hati.. lagi2 sama kaum melayu.. so aku pon ok je la.. monthly commitment 68.. lewat bayar interest rm25.. mahal nak mampos! ..pas2 baru2 ni tetibe symbol warning yg mcm bentuk enjin kete tuh nyala warna oren.. aku pon pelik dan risau.. kebetulan time tuh nak balik kg, risau gile.. malam plak tuh.. kena mati tgh2 jalan.. aku pon stay rumah member kat kulai.. esok paginye aku pergi service center kulai.. diorang pening tak tau masalah ape.. tapi diorang ckp, mungkin sbb alarm takashimaya ni.. sbb sebelum ni ade dua kes camni.. diorang bukak alarm tuh .. terus ok.. aku soh diorang bukak, tapi diorang x sempat sbb sabtu half day.. aku tanye bleh bwk jauh ker? die kate insyallah boleh.. aku pon drive sampai batu pahat.. isnin nye aku bwk gi center batu pahat.. proton kate aku nye ECU dah biol.. mungkin sbb alarm tuh.. diorang ganti ECU tuh ok je.. tapi klau nak ganti RM850.. demam aku jap.. warranty tak cover sbb takashimaya jadah tuh dah sentuh wiring.. diorang ckp try contact takshimaya mintak ganti rugi.. so aku pon bayar jer terus.. sbb kete aku penting.. keje smua guna kereta.. so aku contact branch johor, diorang kata proton boleh cakap camtu, padahal ECU tuh mmg rosak bkn sebab alarm diorang, die kata klau boleh dapatkan statement proton die akan forwardkan pada hq.. sbb hq yg buat keputusan.. so next day nye aku contact hq terus.. aku ckp kat die.. aku mintak satu je.. payment 850 tuh takpe.. aku halalkan.. tapi aku harap monthly tuh stop.. pastu die kata tak boleh.. sebab loan kat azio.. mcm beli kete.. tetap kena bayo.. pas2 aku ckp.. alarm ni dah bukak.. takkan nak bayar bodo2 je.. pas2 die kata ape yg boleh buat, gi branch johor, minta pasang balik, tapi kena rm195.. palehotak die.. so aku dah mintak consultant dari peguam a.k.a member aku.. diorang cakap.. klau diorang tak boleh settlekan.. soh masukkan dalam paper, tv3, aduan rakyat, blog, tribunal etc.. So maybe tomorrow atau lusa time aku ade masa aku nak gi serang branch JB.. mmg aku nak perang habis habisan ni.. hak PENGGUNA! so bagi aku sape2 yg nak pasang alarm takashimaya ni tak payah la.. nyusahkan.. nak basuh kete pon susah.. nak kena tunjuk kat mane nak kena touch card yada yada yada.. aku akan update kat sini apa-apa berita untuk renungan bersama.. doakan peperangan aku berjaya.. takashimaya ni bukan kecik nye company.. beso ni.. jepun die nye base.. huh! wish me luck <3 .. sape2 yg tak puas hati gak dgn takashimaya ni dan nak share2 dgn aku.. contact je la aku.. 0172349586 .. chalo~

    BalasPadam
  17. kalau yg myvi baru tu ade ke bonet alarm?? skrg ni kalau nak buat bonet alarm blh ke??

    BalasPadam
  18. betul ke?? Mmm.. kalau myvi baru ade alarm x kt bonet?? kalau tahun ni buat boleh ke utk alarm bonet tu??

    BalasPadam
  19. kalu kereta jenis caburator nak pasang benda ni memg bole..tp kalu jenis injaction keta yang baru-baru ni bik xpayah la sebab keta baru ni sensitif pasal semua sistem dia rumit..tambah2 yang ada CAN BUS..semua min 'ohm' je,bila sambug sini biol la ECU nagn yang jenis ada body computer..yang ad kete myvi 2 xpayah la tuka-tuka alarm..sama je..dorag yang pencuri2 ni kalu dorag cakap nk bukak je dorag bole je bukak kereta ngan mane2 alarm pon, 2 way ke 4 way alarm ke terbukak jugak..tapi nk bawak lari kete dorang jd massalah sebb ad kod imobail...orag2 takashimaya 2 bukak memg bleh bukak...cer bawak lari kete tnpa kunci tengok...kecuali dorag dah tahu dan dapat kod imobail kete 2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak