[Gambar Ngeri] Kemalangan Tanpa Bantuan Sesiapa

Salam jumaat semua, aku baru je dapat kirim email dari rakan sekerja berkaitan kemalangan ngeri yang aku kira takde perikemanusiaan sesama insan. ikuti luahan dari pengirim email dibawah.


Salam, 
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand.  Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut.  Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar.  Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar.  Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan. 

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang.  Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan.  Malah darah di kaki beliau sudah kering,.... kesian yang amat.  Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod. 

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa.  Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad. 

P/S Pengirim e-mail : Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyatdan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau.  Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin..
















DIMANA NILAI-NILAI KEMANUSIAAN SESAMA INSAN KITA.. SEDIH AKU TENGOK MANGSA NI... HUHU

Ulasan

  1. ngerinye.. so.. siapa yg tolong?? org yang dtg tengok tu takkan takde yang tolong..

    BalasPadam
  2. kne inform kt Najib ni...tentera Malaysia takde perasaan kemanusiaan!Memalukan!

    BalasPadam
  3. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
    Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..

    BalasPadam
  4. Ya Allah mcam ni pon ada ka???ishh

    BalasPadam
  5. siapa yang tolong tu tak tahulah.. dari pada maklumat pengirim email tu dia kata dia dah 30 minit dekat situ .. takda sapa yang datang kumpulan medic army pon tak muncul2... kalau korang persan mamat askar yang berdiri dekat sebelah dia tu macam takda rasa apa pon siap perhatikan je dekat tepi besi tu.. ZALIM

    BalasPadam
  6. ya Allah macam hancor je kaki dia tu...Ciannya..

    BalasPadam
  7. gila la...org tu manusia juga,walaupun bukan warganegara...siap duduk atas divider tengok org tu tahan sakit..yang lain-lain tu takkan tengok jer...kalau medic tak datang, tolong la angkat masuk kereta, hantar pergi hospital..

    BalasPadam
  8. ritu k.el pun ada buat n3 kes ni..tp just 1 pic sj lah..kesian tul pasangan tu..geram kt org sekelling rs nak bg lempang 18juta miahahaha

    BalasPadam
  9. perh! ngeri siot! bodoh org tu x talong...

    BalasPadam
  10. eii..memalukan negara betol.kesian kat dyorang taw. xda asa perasaan bersalah ke?
    cam ne law jd kat family sniri.baru la nak pk n tawu camna..

    BalasPadam
  11. warghhh..
    dah la dia masih sedar, melihat sendiri kengerian kaki selama lbh 30minit. sakit o0000... sian nyye dia

    BalasPadam
  12. belum terkena batang hidung sendiri kot

    entry terbaru
    Jom Beli

    BalasPadam
  13. selamat awal pagi....maaf sm tak keluak..kesian kawan tu ye

    BalasPadam
  14. I am very pissed off!
    You got a Nikon D90, and you must have a mobile phone with you too.
    Did you call up 999 yourself???
    And you go for ASAR Prayer??? Ever has the image of the viction show up in your prayer????
    I have seen multiple times...and what our kind of people do..the malays. chinese, indians, just the same..only a very few would rush and do the right thing...most just look and see...no one dare or have the heart not bring the victim to hospital! you know why...No one want to have blood in the car!!
    Wake up people...Look like everybody just looking at victim....oooo so pain ..but doing nothing...pissed off!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak