Menyambut Kehadiran Saudara Baru

Alhamdulilah syukur kepada ilahi kerana semua perkara yang berlaku didunia ini adalah atas keredaan darinya.. segala petunjuk dan hidayat juga datang darinya.

Semalam aku di pejabat dikejutkan dengan kehadiran saudara baru dipejabat aku yang mana saudara baru tersebut adalah rakan sepejabat aku juga yang aku dah kenal lebih kurang 3 tahun lebih.

memang kami semua dekat pejabat dah lama nantikan segala teka teki yang bermain difikiran kami yang sering menanyakan bilakah agaknya rakan sekerja aku ni nak menjadi saudara baru kami.

dari apa yang aku tahu rakan sepejabat aku ni memang kalau korang tengok segala gerak geri dia , cara pemakanan dia dan pergaulan dia memang dah macam orang muslim cuma tak g masjid ngan surau je.


Nilah dia Saudara baru kami "Mohammad Adam Jayabalan Bin Abdullah"

pernah juga ada rakan2 yang bertanyakan dekat dia "bila u nak nak masuk islam?" jawapan dia adalah senyuman je..

Alhamdulilah semalam hari mulia Jumaat rakan kita ni dah pon menjadi saudara baru kita dengan nama barunya Sdr. Mohammad Adam Jayabalan bin Abdullah.

Sama2lah kita doakan saudara baru kita ni akan menjalani kehidupan yang baru dengan aman dan tenang. kami disini semua insyaallah akan sentiasa membantu ke jalan yang diredai.. Amin.

Antara komen2 rakan di facebook bagi memberi ucapan syukur atas kehadiran saudara baru kita ni.

Ulasan

  1. Alhamdulillah.semoga dia terus mendapat hidayahNya:)

    BalasPadam
  2. salam..
    alhamdulillah..
    bersama lah kita
    membimbing beliau

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. saudara baru kita.. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..smoga iman dia n kte2 sume tros terpelihara..ameen

    BalasPadam
  5. semoga saudara baru itu sentiasa mendapat hidayah Allah dan trus kekal bersama agama Islam..amiinnn

    Latest Entry : Tak Baik Simpan Patung Buat Perhiasan Dalam Rumah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak