Teknik Promosi Blog Melalui Youtube

Salam semua, nampaknya teknik yang aku gunakan selama ini untuk menarik trafik masuk kedalam blog tidak sia-sia apabila trafik tidak henti-henti masuk walaupun tiada blogwalking aku buat.

Apa rahsianya?
ok, sekarang aku dedahkan rahsia aku selama ini adalah melalui promosi youtube.
Mungkin anda tidak percaya tapi itulah hakikat sebenarnya yang aku perolehi sekarang. anda boleh masuk ke Youtube dan membuat carian menggunakan keywords "Epilog Syurga cinta". selepas itu cuba perhatikan klip video yang sama seperti gambar diatas, perhatikan jumlah views dan tempoh publish video klips tersebut. dalam masa 2 minggu dah ada 5296 pengunjung yang view.

Yang menariknya setiap kali pengunjung view video klip tu mesti pengunjung akan tertarik hati mengklik link blog myvitrd yang disertakan pada video klip tu.

so kalau anda nak merasai kuasa trafik tanpa henti diblog anda, cubalah teknik promosi blog ni melalui youtube. Selamat mencuba!!

Rujukan pengunjung dalam tempoh seminggu

online counter
Tagged as : Tips @ Teknik Mempromosi Blog Melalui Youtube

Ulasan

  1. tapi kenalah ada link untuk download tu kan?
    huhu
    klu xde, mmg kena benci kat org r
    ;)

    BalasPadam
  2. xberapa paham..macamne nak buat???

    huhuhu...sori..
    banyak soal plak..huhu

    BalasPadam
  3. caranya.. cari satu topix dalam blog korang yang boleh menarik pengunjung nak baca atau nak cari.. contoh dalam blog ada link promosi ebook ke, atau link download software ke atau link download movie.

    bila dah ada benda menarik, ko buatlah satu story board macm movie.

    cara nak buat clip story board tu korang boleh guna Windows Movie Macker.

    dah tu ko register dalam youtube guna akaun gmail korang n upload video clips ko rang tu dan jgn lupa bagi link blog korang dalam movie tu.. kalau tak faham cuba tengok clips yang aku buat dalam youtube tu..

    harap korang faham ye..

    BalasPadam
  4. Kesan youtube mmg byk membantu utk tinggatkan traffic.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak