Celcom BlackBerry Torch 9800 Dengan Harga GILA Serendah Dari RM 8

Salam,

Masih ingat tak entri aku yang lepas berkenaan Celcom BlackBerry Torch 9800 yang akan dilancarkan pada hari ini 29 Oktober 2010. Maklumat pelancaran gadget terbaru dari celcom ini adalah seperti dibawah:

Tarikh : 29 Oktober 2010 (HARI INI)
Masa : 3 pm – 10 pm
(Pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang)
Lokasi : Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL
(di hadapan La Bodega)


Sempena pelancaran Celcom BlackBerry Torch pada petang ini, Celcom telah membuat promosi tawaran harga GILA yang belum pernah dibuat oleh syarikat lain iaitu dengan menawarkan harga Celcom BlackBerry Torch 9800 pada harga serendah RM 8.00 Sahaja apabila pelanggan mendaftar dibawah pelan Celcom Exec atau Celcom Biz.

Tawaran ini hanya dibuat hari ini sahaja di lokasi pelancaran.

Antara tawaran GILA celcom hari ini:-

- 10 Pelanggan Pertama yang mendaftar diberikan harga RM 8
- 100 Pelanggan seteruskan ditawarkan pada harga RM 488
- diikuti dengan 100 lagi pelanggan dengan harga RM 888

- STOK ADALAH TERHAD dan sapa CEPAT DIA DAPAT... apa lagi jadilah orang yang pertama memiliki Celcom BlackBerry Torch hari ini. … Datanglah kelokasi seawal yang mungkin!


Pelan ditawarkan untuk
--------------------------------------------------------

Sedikit info berkenaan Celcom BlackBerry Torch 9800. Apa yang menarik tentang model ini adalah ianya didatangkan dengan 2 fungsi iaitu fungsi keyboard @ papankekunci dan juga fungsi touch screen @ layar sentuh bersaiz 3.2 inci. Canggih bukan gadget terbaru ini. Maklumat penuh kelebihan Celcom BlackBerry Torch 9800 ni boleh rujuk di post ini.

Andainya aku diberi peluang memiliki satu dari berjuta Celcom BlackBerry Torch 9800 ini ianya akan memudahkan lagi aku untuk berblog menggunakan Celcom BlackBerry Torch 9800 ini.

Celcom BlackBerry Torch 9800 senantiasa dihatiku....


Ulasan

  1. betul2...siapa cepat dia dapat.. ada 10 unit je.. harga RM 8.. aku tak sempat nak g sebab kerja..kalau tak aku dah g gegar tempat tu..hahaha

    BalasPadam
  2. too bad!!! tak dapat pegi sebab keje... kalau ader pun tinggal rm888 punya... ---> tu pun ader lagi ke? aaaargghh!! takleh tdo malam la aku..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak