[Review] Garmin Asus A10 - Part 1


Salam,

Rasa kegembiran dihatiku apabila dipilih sekali lagi oleh pihak Digi dan Nuffnang untuk membuat sekali lagi review gadget terbaru dari Digi iaitu Garmin Asus A10. Buat pertama kalinya aku menggunakan Smartphone @ telefon pintar keluaran Asus yang mana sebelum ni hanya handphone buruk je mampu aku miliki.. huhu.

Walaupun Garmin Asus A10 ni bukan milik aku selamanya hanya 2 minggu je berada ditangan aku.. itu pun dah membuatkan aku teruja menggunakannya bersama isteri tersayang. maklum jelah sebelum ni tak pernah pon terfikir nak guna Smartphone secanggih Garmin Asus A10 ni.


Oklah sedikit penerangan ringkas tentang Garmin Asus A10 ni.

Garmin Asus A10 adalah merupakan Smartphone terbaru keluaran Asus yang baru sahaja memasuki pasaran malaysia dan telah dilancarkan pada bulan september 2010 yang lalu.

Garmin Asus A10 mempunyai 510Mb Storage yang terbina didalam dan mampu menyimpan lebih dari 400 Aplikasi. Di lengkapi dengan Kit Kereta bagi membolehkan pemandu menggunakan Garmin Asus A10 membuat penunjuk arah lokasi yang diingini.

Garmin Asus A10 sama dengan sebuah telefon android yang digabungkan dengan Garmin 1460. Anda akan memiliki update peta seumur hidup PERCUMA, dengan rata-rata hanya 32 saat untuk disambungkan ke satelit Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sesuatu yang paling menarik tentang Garmin Asus A10 adalah menggunakan sistem GPS satelit dalam masa yang sangat singkat, ianya hanya memerlukan sekurang-kurangnya 29-32 saat sahaja untuk terhubung ke satelit.

Kini Garmin Asus A10 dijual dipasaran dengan harga RM 1,399.00 dan bagi kit kereta dijual dengan harga RM 249.00 (termasuk dengan charger)

Maklumat lanjut rujuk : Blog Tianchad


Spesifikasi Garmin Asus A10

Networks:
HSDPA DL:7.2Mbps UL: 384Kpbs,UMTS 900/ 2100 EDGE/GPRS/GSM 850/900/1800/1900,
OS :
Android 2.1 (Eclair)
Memory:
512 MB SDRAM + 512MB ROM, 4GB eMMC Flash
Connectivity:
Bluetooth 2.0+EDR, USB v2.0, WLAN 802.11b+g
GPS:
Qualcomm GPSOne Gen7 (AGPS supported)
Display:
3.2 HVGA TFT with capacitive touch , 65Kcolors
Camera:
5 megapixel, Auto Focus
Battery:
1500mAh Lithium
Standby Time:
530-660 hours(2G/3G)
Talking Time :
560-710 minutes(2G/3G)
Expansion Slot:
microSD (supports SDHC, up to 32GB)
Browser:
HTTP / Google browser
Messaging:
SMS / MMS / Email / Push email
Exchange Support:
Calendar, contacts, e-mail
Video /Video Playback:
MPEG4/H.264/H.263/WMV @ 30fps VGA Video Recording: MPEG4/H.263 @ 30fps QVGA
Audio:
Mp3/mpeg4/wma/aac, aac+, aac+/wav/midi/ogg/3.5mm earphone jack
Google :
Android Market, Google Talk, GMail, YouTube, Google Maps
Navigation:
Pedestrian navigation, Automobile navigation


Dibawah adalah sedikit gambaran model Garmin Asus A10 yang telah diberikan oleh pihak digi semasa DiGi Angels Internet Gathering di Modesto's Jalan P.Ramlee

Ini antara gadget pemberian dari Digi untuk aku mencuba selama 2 minggu, set kits garmin A10 untuk kegunaan didalam kereta, Gadget Garmin Asus A10 dan Digi Prepaid bernilai RM8.50

Garmin Asus A10 yang masih didalam kotak.. tengok gambar dekat luar kotak dulu ye.. tak sabar nak tengok apa ada dekat dalam ni.

Antara kit tambahan yang dibekalkan untuk kegunaan Garmin Asus A10 didalam kereta

inilah dia rupa Garmin Asus A10 setelah dikeluarkan dari kotak, selain itu terdapat buku manual, kad jaminan, set charger dan set earphone.

nilah dia gambaran isi perut Garmin Asus A10 setelah dibedah siasat.

ni pulak gambaran hadapan dan belakang serta bateri yang digunakan oleh Garmin Asus A10

Proses memasukkan sim kad prepaid yang di sponser oleh Digi.. terima kasih Digi bagi prepaid percuma dekat aku..

nilah hasilnya setelah sim kad dilock didalam isi perut Garmin Asus A10

Dah pasang sim kad kenalah pulak pasang bateri.. kalau bateru tak pasang macam mana nak hidupkan..

Fisrt ON... antaramuka Garmin Asus A10

Page seterusnya memberi amaran kepada pengguna Garmin Asus A10.. dia kata jangan main Garmin ni time memandu.. bahaya.. nanti korang leka main Garmin tak pasal-pasal kemalangan pulak..

Page utama Garmin Asus A10.. kalau nak gi page seterusnya kena Unlock dulu dengan menekan logo lock dan mengheret ke sebelah kanan.. apa yang menarik semua guna skrin sentuh..

bila dah unlock nilah rupanya paparan utama Garmin Asus A10.. terdapat 3 pilihan iaitu Contacts, Browse Places dan View map
(maklumat lanjut akan diterangkan pada review seterusnya)

Page seterus memaparkan beberapa icon untuk kegunaan membuat panggilan. selain itu terdapat juga icon shourt cut bagi membuka email, masej, browser internet dan fungsi kamera.
(maklumat lanjut akan diterangkan pada review seterusnya)

Selain dari itu terdapat banyak lagi aplikasi yang telah sedia ada diinstall didalam Garmin Asus A10.. setiap page mampu memaparkan 16 aplikasi untuk kegunaan kita

Antara aplikasi yang boleh anda gunakan adalah melihat akaun gmail anda mengunakan Garmin Asus A10

Dengan Garmin Asus A10 juga anda boleh menggunakan beberapa laman sosial seperti Facebook & Twitter untuk berkomunikasi. Untuk menonton video secara streaming anda boleh menggunakan aplikasi Youtube..


Macam mana sekarang menarikkan Gamin Asus A10 ni.. sebenarnya banyak lagi ciri-ciri dan fungsi-fungsi menarik dan ada di dalam Garmin Asus A10 ni. Untuk mengetahui lebih lanjut nantikan review seterusnya dari myvitrd.

online counter

Tagged as : Apa itu Garmin Asus A10, Harga Garmin Asus A10

Ulasan

  1. Seems like another good smartphone, especially for drivers :)

    BalasPadam
  2. bro.. tak buat review pemanduan kereta pakai garmin ke? amik video sekali mesti cun!

    BalasPadam
  3. ok che Armster..review seterusnya akan menyusul...sabar menanti ye..hehehe.. dalam proses belajar macam mana nak guna garmin ni dalam keta..hehehe

    BalasPadam
  4. Just want to say what a great blog you got here!

    cheap clomid

    BalasPadam
  5. I think that is right bout that. Nice info and thanks. Need to get in google feed.

    cheap cialis

    BalasPadam
  6. i nk tanya,,ada 3g tak garmin asus ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak