Kenali Hutang Dalam Mengurus Kewangan



Salam,

Hari ini merupakan awal bulan bagi bulan November 2010 dan semua orang tahu setiap awal bulan semua orang mempunyai kantung kocek yang berat. Bila dah hujung bulan kantung kocek jadi ringan.. anda faham apa yang aku maksudkan?

Sebut sahaja pasal HUTANG bila dengar semua orang jadi gelisah dan tak tentu hala.. Kenapa?

Sekarang aku nak kongsikan dekat anda semua 3 jenis hutang yang sering mengelilingi kehidupan kita.

PERTAMA :

Meminjam bagi membiayai keperluan hidup. Kadang kala kita tidak dapat mengelak dari meminjam untuk mendapat sesuatu yang diperlukan. Rumah misalnya adalah keperluan tempat tinggal bagi sesebuah keluarga. Dengan harga rumah yang mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit, pinjaman atau hutang adalah satu bentuk kemudahan yang disediakan oleh pembiaya kewangan.

KEDUA :

Kita meminjam untuk memenuhi kemahuan. Faktor kedua ini yang banyak menjerat individu sehinggakan terpaksa menanggung hutang dalam tempoh yang panjang. Berbelanja dengan kad kredit untuk membeli barangan berjenama, makan di hotel-hotel mewah, bertukar ganti telefon bimbit atau membeli aksesori kereta adalah antara jenis-jenis hutang yang semata-mata menurut kemahuan.

KETIGA:

Berhutang bagi membayar hutang yang dibuat oleh pihak ketiga. Malangnya bahkan orang lain berhutang, kita terpaksa membayarnya. Realitinya, apabila anda bersedia menjadi penjamin kepada individu lain yang berhutang, anda terikat dengan komitment melunaskan hutang terbabit sekiranya peminjam gagal membayarnya.

So anda pilih dan anda tentukan dimana tahap hutang anda.. adakah diri anda mempunyai ketiga-tiga jenis hutang diatas? tepuk dada tanya diri sendiri.


online counter

Tagged as : Panduan mengurus kewangan, Tips Mengurus kewangan bijak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak