[Review] Garmin Asus A10 - Part 3 ( Fungsi GPS Navigator)

Salam,

Sudah lebih seminggu aku menggunakan Garmin Asus A10 pinjaman dari Digi ni dan memang banyak kelebihan yang aku dah dapat dari gadget ni.

Sebelum ni 2 review yang aku dah buat berkenaan sedikit overview gambaran Garmin Asus A10 dan Plan Digi yang sesuai untuk Garmin Asus.

Review ke-3 ini aku nak ceritakan bagaimana aku menggunakan Garmin Asus ni untuk fungsi GPS Navigator, yang mana korang semua tahu dengan GPS Navigator yang tersedia ada didalam Garmin Asus A10 dapat membantu kita untuk sampai ke satu lokasi yang ingin kita tujui.

ok ikuti testimoni yang aku buat dari umah aku ke lokasi tempat kerja.

buat pertama kalinya aku melekatkan kit kereta untuk pemasangan Garmin Asus A10

nampak tak tangan mamat ni tengah memasang kedudukan yang betul untuk Garmin Asus A10

dah pasang, senget pulak adjust lagi kasi tegak2 sikit..hehehe cerewet juga tn.punya kereta ni.

haaa.. nilah di kedudukan Garmin Asus A10 yang aku dah pasang dalam kereta aku.. smart juga kalau duduk terus dalam ni.. hehehe

untuk membolehkan Garmin Asus A10 sentiasa mempunyai bekalan bateri yang mencukupi, charger ini dibekalkan bersama dengan kit kereta tadi.

ok, kita mulakan penjelajahan pertama kita menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu menuju ke pejabat aku. Untuk permulaan pilih "Browse Places".

didalam "Browse Places" terdapat banyak kategori pilihan yang boleh anda pilih, tetapi aku memilih lokasi yang telah aku simpan didalam Garmin Asus A10 ni iaitu dipejabat aku.. untuk meneruskan pilih "Saved Locations"

So kalau anda ada menyimpan senarai lokasi yang ingin dituju so klik sahaja lokasi tersebut. macam aku, aku nak menuju ke pejabat so aku pilih lokasi pejabat aku "Wisma Bernama Parking Lot"

Seterusnya pilih "View Map" untuk memaparkan lokasi yang ingin dituju

Selepas paparan lokasi yang ingin ditujui dipaparkan anda boleh meneruskan dengan menekan butang hijau "Go!"

Panduan perjalanan untuk menuju ke destinasi akan dipaparkan dan anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan pada paparan Garmin Asus A10.

anda juga boleh melihat peta dalam keadaan mode kecil seperti diatas

Teruskan perjalanan dengan mengikut penunjuk arah berwarna merah jambu didalam peta. Sekiranya anda tersesat.. Navigator Garmin Asus A10 akan membuat calculation bagi penunjuk arah yang betul.

Akhir aku berjaya sampai ke lokasi yang ditujui dengan bantuan Garmin Asus A10... label bendera yang ditandakan pada maps menunjukkan kita sampai ke destinasi.


So mcm mana mudahkan? dengan adanya Garmin Asus A10 yang sentiasa disambungkan dengan satelit bumi ia sangat memudahkan pergerakkan kita kemana-mana sahaja tidak kira siang atau malam.

Andainya aku diberi pilihan untuk memiliki mana-mana Garmin yang ada dipasaran maka Garmin Asus A10 yang akan menjadi pilihan utama aku.

online counter

Tagged as : Kelebihan Garmin Asus A10 untuk GPS Navigator
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. wah,bestnya..tapi dgr cite phone ni pun ble tahan juga mahal harganya....aku dah semakin takde mood nak review iphone 4 bila diberi set demo n byk benda takble buat,huk3...

    BalasPadam
  2. @Eyriqazz : aduh jgn macam tu bos.. takkan ada set demo ye iPhone 4 ni.. tak patutlah mcm tu.. aku simpati dengan kau eyriqazz..

    BalasPadam
  3. relaks ..nanti depa bagi gadget yang mempunyai fungsi penuh, baru nanti ko rasa tak nak pulangkan balik benda tu. hahahah

    BalasPadam
  4. relaks ..nanti depa bagi gadget yang mempunyai fungsi penuh, baru nanti ko rasa tak nak pulangkan balik benda tu. hahahah

    BalasPadam
  5. relaks ..nanti depa bagi gadget yang mempunyai fungsi penuh, baru nanti ko rasa tak nak pulangkan balik benda tu. hahahah

    BalasPadam
  6. memang suka guna garmin, memudahkan kerja

    BalasPadam
  7. @abu : aku pon tak perasan masa eyriqazz dapat tu ..takkan demo ye.. mcm tak cya pulak aku ni..

    @sharinginfoz : memang serius senang bro.. aku pon dah mula suka dengan garmin ni..hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak