Stop Child Abuse

Salam,

Sempena kempen STOP CHILD ABUSE yang sedang dibuat dinegara kita.. aku di sini ingin turut serta menyokong kempen ini dengan menghulurkan tangan membantu bersama-sama menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak.
unicef

Sanggupkah korang melihat kanak2 yang tidak berdosa didera tanpa sebarang belas kasihan dari seorang insan yang bernama manusia? Sedangkan haiwan sendiri sayangkan anak-anak mereka inikan pula manusia yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir..

Hampir sahaja setiap masa kita dengar ada sahaja berita-berita dikaca Tv, radio, media baru dan semua media masa yang menceritakan kes penderaan @ keganasan terhadap kanak-kanak..

So untuk itu hasrat murni UNICEF dengan melancarkan kempen STOP CHILD ABUSE adalah jalan yang terbaik untuk mendidik masyarakat supaya sayang dan kasih kepada kanak..

Hentikan segera gangguan & penderaan terhadap kanak-kanak. Sekiranya anda terlihat insiden yang melibatkan penderaan @ gangguan terhadap kanak-kanak segera laporkan di talian 15999..

Cuba anda hayati video mesej dibawah.. mungkin akan timbul sedikit kesedaran dan perasaan sama ingin membantu menyelamatkan kanak-kanak ini dari belenggu ketakutan..


credit video Unicef

Nota kaki : Anak adalah anugerah.. dilahirkan bukan untuk di dera @ dijadikan tempat melepaskan nafsu amarah.. Sayangilah anak-anak anda kerana tidak semua pasangan didunia ini dikurniakan dengan anak.. Berilah kasih sayang sepenuhnya.. hulurkan tangan berikan bantuan..

online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. Saya sokong kampen ni! Geram bila banyak sangat kanak2 yg jadi mangsa deraan fizikal dan mental.Sepatutnya kita yang dewasa ni mendidik dan melindungi mereka.Bukan menyakiti...

    BalasPadam
  2. @Eiymah Fatimah : Tak tahulah orang suka buat niaya dekat budak ni.. mungkin takde perasaan kot atau ada masalah mental

    @Malang-kak : tq2 syg..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak