Aku Terpakai & Terpegang Kasut Kulit BABI

Salam,

Kebetulan semalam aku gi bawa family mertua aku gi shoping dekat One Utama untuk mencari hadiah harijadi bapa mertua aku.. so aku masuklah satu kedai pakaian kalau tak silap nama kedai tu NAUTICA..

Nota : Bukan nak memburukkan kedai ni .. tapi just nak kongsi maklumat untuk umat islam supaya berhati2

Apa yang aku nak kongsi rupanya kedai tu ada menjual kasut yang dibuat dari kulit BABI.. yang sebenarnya dah tertulis label kecik dekat situ dalam bahasa inggeris bermakna "Kasut dari kulit BABI".

kredit google

Apa yang berlaku semalam adalah dengan tidak disengajakan aku telah terpegang kasut tu.. bukan pegang je.. siap aku test pakai dekat kaki kanan aku.. huhu.. bila aku letak balik kasut tu baru terpandang satu nota yang mengatakan kasut tu dari kulit babi.. ohhhhh tidak.. luruh jantung aku..

Moral : Lepas ni aku kena hati2 sebelum nak test apa2 produk dekat kedai pakaian.. peringatan buat rakan semuslim juga...

 Balik rumah je.. aku terus gi cari tanah dan samak kedua tangan dan kaki aku.. kalau korang tak tahu macam mana nak samak najis berat ni.. boleh cari dalam google atau secara ringkasnya.. basuh sekali dengan air tanah tempat yang terkena najis tu dan dibilas 6 kali dengan air bersih.. itu sahaja. tak perlu nak mandi dengan air tanah macam mandi wajib ye.. hehehe

Bila aku cari dalam google bukan aku sorang yang pernah terkena ada lagi rakan2 kita yang pernah terkena juga.. tengok dekat bawah ni..



Nota Kaki : Kepada semua umat islam sentiasalah waspada dan hati2.. kalau bawa anak-anak yang kecil tu.. pesan supaya jangan sentuh apa2 produk berasaskan kulit.. sebab takut dia orang tersentuh kulit babi yang banyak dijual dekat pasaraya sekarang ni..


online counter


Tagged as : Panduan samak untuk najis berat, Tips samak jika tersentuh kulit babi
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. pernah jugak tersentuh dulu n samak macam biasa...label dia tu kecik sangat...rmai orang yg tak perasan...

    BalasPadam
  2. selalu ternampak, klau kedai-kedai macam nike dengan adidas.. diorang akan balut kasut kulit babi ni dengan plastik.. klau nk try baru dia amik..

    memang tak kenalah kedai biarkan terdedah camtu.. pahtu kena ada something.. macam peraturan ke letak sign biar terang.. ataupun asingkan.

    BalasPadam
  3. saya pun pernah kena.. skunk.. kalu nak pgg kasut saya tgk ada 3 dot dulu sbb some store dorang tak bungkus kasut kulit babi...

    BalasPadam
  4. @zamir : memang pon.. label dah lah bahasa inggeris.. kalau budak2 mana faham.. sepatut dekat depan tu dah kena inform yang dalam kedai ada produk kuluit babi.. so boleh kita hati2 awal

    @Izzat Aziz : memang betul tu.. sepatutnya dia balut dengan plastik jernih tu.. aku sokong idea tu..

    @Sawanila : memang bro.. aku jadikan ni sebagai pengajaran.. lepas ni aku kena bawa sarung tanganlah g pasaraya.. huhu..

    BalasPadam
  5. kawan saya pon pernah terkena..
    dia dok kay UK skng,
    stdy..
    dia terbeli belt dari kulit babi ni la...
    sama gak ada 3 titik tu..
    pastu dia bagi belt tu kat kawan india dia...

    BalasPadam
  6. @suffer8zine : betul2 tu.. sekarang kalau leka sikit memang terkenalah kita..

    @::dAuZsHaNLeY : kalau kes luar negara tu mungkin sana takda halal haram.. tapi ni dekat negara yang katanya islam.. aduh.. aku rasa macam aku pegang babi betul punya bersalahnya

    BalasPadam
  7. notis dia tu mmg tak perasan kadang2.. terlampau kecil, or kita yg tak perasan sebab teruja nak beli kasut kulit. ;)

    BalasPadam
  8. owh...sgt bahaya...xpernah tahu pun...mungkin sbb omu xpernah msuk kedai yg berjenama...beli brg2 yg mahal2 pun jarang...harap pasni Omu akan hati2...huhu...

    BalasPadam
  9. biasa la kalau taruk lebal besar nan ti nampak satu kedai plak..ahaks

    BalasPadam
  10. @Hasrol Nizam : betul tu.. aku serius tak perasan.. teruja tengok kasut macam biasalah terus test.. sekali dah letak baru terpandang kertas tu.. ada perkataan PIG.. huhu..sedih

    @Omurice : kekadang yang berjenama pon ada.. so apa2 pon sekarang sebelum pegang barang kulit kena hati2lah ye..

    @Abu : kita risau kanak2 je yang pegang.. kekadang tak perasan.. aku dang boleh baca ni pon tak perasan.. tahu2 siap dah test lagi.. huhuu

    BalasPadam
  11. terkena najis =,= for the love of God, please respect all creations. pig is not najis, come on la! -,-

    BalasPadam
  12. masa kecik dulu pernahlah terpegang kaut kulit babi tapi tak tahu kan kecik .habistu nak samak sekaran ke>

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau salah satu basah kena samak... Tapi kalau tangan n kulit babi tu kering tak payah... Apa pun leh tanya ustaz yg arif

      Padam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak