Berita Gembira Buat Pelabur di KWSP | Pendapatan Pelaburan KWSP Bagi Suku Ketiga Meningkat 5.12 Peratus Kepada RM5.75 Bilion

Salam,

Sebut pasal kwsp je.. semua orang tahukan, kwsp merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk menyimpan duit-duit pekerja bagi kegunaan hari tua.. tapi berapa ramai yang dah rasa duit kwsp ni?

Macam aku sendiri pn belum merasa lagi duit ni sebab aku tak tua lagi..hehe.. apa pon mungkin tahun depan aku dalam perancangan untuk mengeluarkan 10% simpanan akaun 2 aku dalam kwsp untuk pembelian rumah.

So tu salah satunya kebaikkan menyimpan di kwsp sebab kalau nak beli umah boleh keluarkan.. kalau nak kawin tak boleh keluarkan.. hehehe.
Berita gembira yang aku baca di www.bernama.com yang mengatakan pendapatan kwsp untuk suku ketiga meningkat  5.12 peratus kepada RM5.75 Bilian.. wahhhhh banyak tu..

Dari berita gembira tu aku menjangkakan kadar dividen & faedah simpanan dalam kwsp mungkin akan diberikan lebih besar dari tahun sebelumnya.. tu hanya ramalan je.. lagi pon aku bukan pakar ekonomi.. hehe

Jom kita baca petikan dari bernama.com

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2010 meningkat 5.12 peratus kepada RM5.75 bilion berbanding RM5.47 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Di dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, KWSP berkata, dari jumlah itu, pelaburan ekuiti menyumbang jumlah terbesar sebanyak RM2.40 bilion atau peningkatan 2.56 peratus berbanding RM2.34 bilion pada tempoh sebelumnya.


Selain itu, pinjaman dan bon adalah penyumbang kedua terbesar dengan pulangan sebanyak RM1.99 billion, iaitu peningkatan RM102.45 juta atau 5.43 peratus berbanding RM1.89 billion pada suku ketiga pada tahun kewangan 2009, katanya.


Menurut KWSP, pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pertumbuhan paling ketara iaitu sebanyak 121.37 peratus kepada RM193.28 juta berbanding RM87.31 juta pada 2009.


Sementara itu, KWSP berkata, pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan hartanah mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM1.14 bilion dan RM22.86 juta.


Sehingga 30 Sept tahun ini, jumlah keseluruhan pelaburan KWSP di dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan adalah sebanyak RM425.49 bilion.


--
BERNAMA


Apa ramalan korang tentang dividen kwsp tahun 2010 ni ?

online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. @sw33tdarling : harap2 murah rezeki pelabur kwsp tahun depan

    @nazihahisa : syukur alhamdulilah

    BalasPadam
  2. jom ikut aku melabur dalam public mutual fund.. bagus jugak tu tambah pelaburan.. berminat email jer kat aku.. ahaks..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak