Oh Tidak Kampungku Dah Banjir di Pontian Johor

Salam,

Baru je tadi aku dapat mesej dari adik aku di Pontian Johor yang mengatakan kampung dah banjir.. huhuhu..oh tidak.. nampaknya kepulangan aku kekampung untuk kali ini kena naik rakitlah jawabnya..

kredit google

Aku dah rancang untuk balik kg. hari rabu ni lepas habis koje.. so harap2 cuaca baik masa tu.. Apa yang merisaukan sekarang kata adik air mula naik disemua jalan menuju kerumah.. Doa2 air tak masuk umah dekat kampung.

Aduh macam manalah ni nak buat kenduri kahwin hujung minggu ni.. kalau banjir.. macam mana nak buat kenduri... kebetulan pulak hujung minggu ni sepupu aku kahwin dekat sebelah rumah.. kalau banjir teruk kena buat plan kecemasan ni..


--- Sumber Berita Utusan-Malaysia-Online -----


Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin
Posted on the January 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader


Kawasan sekitar Tenang dilanda banjir akibat hujan lebat semalam. — Gambar oleh Choo Choy May


KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga Isnin.


Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, Ahad.


Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga Isnin.


Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.


Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.


Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.- BERNAMA



P/S : Kepada orang kampungku dan adik-adikku dikampung jangan main air ye merbahaya

** Pernah tak korang mengalami pengalaman banjir dikampung atau dipindahkan dipusat pemindahan banjir.

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. wargh!! risonye saya...nak balik kg gak rabu ni kat parit sulong...

    BalasPadam
  2. ok mmg dh banjir..huhuh..luckily bt pht masih belum banjir lagi..
    tp kat segamat mmg dah banjir..

    BalasPadam
  3. tempat saya penah dllanda banjir teruk tahun lpas...tentu kamu ingt lagi bulan 9 tahun lepas, negeri2 sblh utara (kedah dan perlis) dilanda banjir besar kan...

    tapi time tue faiz xdak kat umah...cuma dok asik update info dari family jerrr..

    BalasPadam
  4. fuuuhhh~naseb baek kampung ak x banjir~

    BalasPadam
  5. @man Yusoef : aku kalau dah banjir dekat kg. sah2 lah keta tak boleh masuk umah ni.. nampaknya rakit kena tempah kot.. he2

    @Azwa Azee : tulah..daerah pontian pon dah mula banjir semalam.. harap2 tak berpanjanganlah ni..

    @far-east : Memang ingat.. selepas tu baru banjir serang johor pulak 2006.. harap2 semua cepat surut ni.. cian takut umah naik air.. mak dah lah lumpuh tak boleh jalan.. takut macam2 boleh berlaku nanti

    @Adli : tulah... doa2 semoga semua selamat

    BalasPadam
  6. Perghh..hati-hati memandu bro..sekarang musim hujan lebat giler tuhhh..

    BalasPadam
  7. semalam time balik dr pekan nanas ok lagi..tapi mmg air dah mula naik..huhuh

    BalasPadam
  8. owh kalau banjir berterusan jugak mmg kamu kena cepat2 pindahkan emak kamu..

    BalasPadam
  9. @Jai : tq2 bro.. sahabat kita eyriqazz dah selamat buat taik mata dekat kg dia dekat kelantan.. hehehe

    @Azwa Azee : tulah.. adik msg aik dah naik..

    @Far_east : memang betul.. sekarang nasib baik ada rumah papan lagi.. tapi dalam sejarah rumah dapur tak pernah naik air lagi.. tapi kalau banjir..keliling rumah boleh pancinglah..hik3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak