RON97 naik 10 sen lagi tengah malam ini

Salam,

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

kredit photo malaysiakini

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

--Sumber Malaysiakini --

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. salam pagi selasa =)


    pakai motor je, tapi sengkek gak ni..

    BalasPadam
  2. minyak naik lagi...adehhh parah camnie...nampaknyer kena jalan kaki jerr laaa pi keja....

    BalasPadam
  3. @syssyira : Selamat bercuti untuk warga KL.. saya dah order kuda sekarang.. hik2

    @Far_east : apa kata naik basikal je macam orang jepun.. bersenam sikit... hik2

    BalasPadam
  4. Dengan kenaikan harga petrol mempengaruhi individu harga naik dan jatuh semua masa dalam ekonomi pasaran.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak