Susah Juga Nak Jual Rumah Ni

 

Salam semua,

Sebenarnya apa jua benda yang kita nak buat,  mesti ada kesabaran dan ketabahan betul tak? macam tu jugalah samada korang nak beli rumah atau nak jual rumah ni.

jual rumah

 kredit : google.com

Baru-baru ni aku ada iklankan satu apartment untuk dijual iaitu apartment milik rakan kepada cik malarang.. Seminggu lepas aku iklan dekat mudah.my terus ada orang call aku bertanyakan pasal umah tu.. (kira iklan dekat mudah ni memang senanglah)

Tapi masalahnya satu je orang tu terus minta tawaran harga yang tak logik.. owner nak jual rumah dengan harga RM75K.. orang tu nak beli dengan harga RM60K.. apa lagi aku terus kata “tak bolehlah En. murah sangat tu” memang tak logik beb sebab owner tu beli rumah tu 10 tahun yang lalu dengan harga RM57K.. takkan dalam tempoh tu harga rumah tu naik RM3K je.

Kalau beli reban ayam sekali pon mesti ada up hargakan.. tak lama lepas tu ada orang lain pulak call kata nak beli.. tapi harga yang diminta pon kurang sesuai juga.. so secara mentah2 aku tolak lagi.

Semalam petang ontheway balik koje.. sorang lagi call tanya pasal umah tu.. kali ni yang call melayu.. 2 orang sebelum ni cina.. dari apa yang dia cakap semalam rasa-rasanya orang ni serius nak beli rumah. cuma dia nak tengok dulu rumah tu. so aku tengah uruskan temujanji dengan owner untuk tengok rumah tu.

Jadi aku berharap kali ni adalah sedikit harapan rumah ni berjaya untuk dijual.. ada satu persoalan yang aku nak tanya dengan yang ada pengalaman jual rumah ni.. kalau ambil loan Goverment biasanya berapa lama tempoh proses yang diambil untuk lulus pinjaman ni?

Mat Joe kalau ko ada pengalaman kasi inform sikit. sebab mamat yang nak beli ni katanya nak guna loan goment.. Aku ni kira pengalaman pertama nak tolong jualkan rumah ni.. member2 blogger yang lain yang ada pengalaman boleh share dekat ruangan komen ye.

“Bukan senang nak senang, tapi kalau nak susah senang je”

Ulasan

  1. kk ada yg tau gk Cheat Engine 5.5??? kalo ada yg tau kirimkan ke email ku ya... danger_location@yahoo.com atau.. kasih tau URL nya aja juga gk papa... yg full version...n gratis coz sekarang main RF gk pake cheat susah cari uang.. T_T

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak