1200

 

Salam semua,

Rasanya time aku buat entri ni pastinya ramai lagi yang masih peluk bantal.. termasukkan cik malarang aku.. hehehe. Mana tidaknya ramai yang malam tadi balik lewat gara-gara gi tengok bolah dekat stadium.. Skuad Negeri Sembilan pastinya meraikan kejayaan sampai pagi.. tapi skuad Terengganu terpaksa membiarkan penyu-penyunya menangis.

Adat permainan pasti ada yang menang dan kalah.. tapi dalam meraikan kemenangan tu ada pulak insiden yang kurang enak didengar iaitu penyokong Negeri 9 di belasah bakar bendera Terengganu. (korang nak tahu lanjut baca link entri tu)

Penyokong bola kena belasah

Kredit : ar-rifke

Ok lupakan sekejab pasal bola tu.. korang perasan tak dengan tajuk entri aku tu.. rasanya nilah kali pertama aku guna tajuk entri guna nombor 1200… kira ni macam dah takda idea nak bubuh tajuk je.

Biasanya sebelum aku buat satu-satu tajuk dalam entri aku.. aku akan buat searching dulu dalam google tajuk tu.. so korang tahu apa yang aku dapat lepas search no 1200 tu..

1200

Sebenarnya ada 194,000,000 carian dalam masa 0.22 seconds di google.. mak ai.. punyalah banyak orang cari pasal angka 1200 ni.. apa istimewanya aku pon tak pasti.

Apa yang aku nak kaitkan angka 1200 tu dengan entri aku adalah dibawah ni.

Followers 

Setakat hari ini angka Followers aku dah cecah 1200 beb.. hek eleh.. baru 1200 dah nak kecoh.. mesti ada yang cakap macam tukan.. tapi ada aku kesah korang nak cakap apa.. hehehe.

Tq kepada yang sudi follow blog merapu ni.. kalau semua yang follow blog aku ni baca entri aku setiap hari.. rasa-rasanya berapa ramai pengunjung aku dalam sehari?

Pada pandangan korang.. pentingkan Followers yang banyak tu?

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak