Tazkirah Jumaat | Jauhi Godaan Wanita

 

Salam semua,

Nampaknya masa begitu pantas sekali.. rasanya baru je aku bangun dari tidur hari jumaat yang lepas.. hari ini aku bangun dari tidur lagi.. rupanya jumaat telah tiba lagi.. kalau dulu nak tunggu satu minggu rasa lama je.. sekarang seminggu begitu pantas berlalu..

Di hari Jumaat yang mulia ini aku nak kongsikan satu lagi Hadith yang sumbernya diambil dari www.islam.gov.my

Hadith:

Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”

Godaan Wanita

Huraian Hadith:

  1. Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama.

  2. Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya.

  3. Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah.

  4. Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah.

  5. Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah.

  6. Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita.

Semoga kita semua dijauhkan dari godaan wanita yang dimaksudkan diatas.. semoga Allah sentiasa melindungiku dari godaan wanita selain yang bernama isteri dalam hidupku.. Amin..

Ulasan

  1. Aminn. mudahan kita dipelihara oleh Allah dari godaan2 selain isteri atau isteri2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak