Sekitar Majlis Pelancaran Samsung Galaxy SIII | Spesifikasi Samsung Galaxy SIII

 

Salam semua,

Dalam kesibukkan mengejar masa untuk balik ke rumah tadi sempat juga menjengukkan diri di Majlis pelancaran Samsung Galaxy SIII di One World Hotel, Bandar Utama.

Majlis pelancaran ini hanya dihadiri oleh pihak media dan blogger yang mana semua media & blogger dapat menyentuh sendiri Samsung Galaxy SIII ni.

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 1

Boleh dikatakan ramai juga blogger-blogger teknologi ni menghadirkan diri.. antaranya blogger amanz… sorrylah ye kalau tak tegur tadi sebab aku ni malu-malu kucing.. apa pun dekat sinilah tadi aku first time berjumpa dengan blogger Ariffshah setelah diperkenalkan oleh bro Jejai.

Rasanya aku penat nak berceritalah.. apa kata korang layan je gambar-gambar dekat bawah ni ye.. hehehe.. tengok gambar lagi mata segar sikitkan.

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 2 Pelancaran Samsung Galaxy SIII 3

Sekitar majlis pendaftaran para media & blogger

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 4 Pelancaran Samsung Galaxy SIII 5

Samsung Galaxy SIII dilancarkan dan dipamerkan kepada semua media yang hadir (video pelancaran akan menyusul kemudian)

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 6

Sentuhan pertama Samsung Galaxy SIII diatas tangan.. terus jatuh cinta pandangan pertama.. skrin bersaiz 4.8” HD Super AMOLED, didatangan dengan 2 warna iaitu putih dan biru

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 7

Pandangan dari belakang sangat mengujakan.. kamera belakang 8 Megapixel, ketahanan bateri 2,100mAh. sempat menguji kamera tadi.. memang pantas kamera ni.

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 8

Saiz yang sangat nipis dengan ketebalan 8.6mm dan hanya seberat 133g.. serius sangat ringan.

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 9

Menggunakan Sistem Operasi Android versi 4.0 – Ice Cream Sandwich

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 10

configurasi yang lebih mudah dengan Android 4.0

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 11

Pelbagai aplikasi yang baru untuk Samsung Galaxy SIII

Dibawah ni adalah spesifikasi penuh Samsung Galaxy SIII (“Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas”)

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 12

 

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 13

 

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 14

 

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 15

Macam mana dah jatuh cinta ke? Harga masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak samsung.. so korang dah boleh kumpul duit sekarang ye.. :-)

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 16

Berikut adalah aksesori tambahan untuk Samsung Galaxy SIII

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 17 Pelancaran Samsung Galaxy SIII 18

Apa yang menariknya Samsung Galaxy SIII boleh terus disambungkan dengan speaker dari jenama samsung ni melalui sambungan Bluetooth.. 

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 19

Dan aku pulak berjaya membawa balik goodies dari Samsung.. nak tahu apa dalamnya… mungkinkah Samsung Galaxy SIII.. hehehe

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 20

Kan aku dah kata tadi aku dapat Samsung Galaxy SIII tapi dapat gambar jelah.. hehehe.. nilah antara goodies yang aku dapat tadi.. sebuah buku nota berkulit Samsung Galaxy SIII dan Battery for Micro USB yang berharga tidak kurang RM150 rasanya..

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 21

Pelancaran Samsung Galaxy SIII 22

Best betul dapat Baterry enternal ni.. so kalau bateri handphone aku habis aku boleh terus direct charge dari sini.. korang tahu berapa tempoh ketahanan bateri ni? 1,800 mAh.. Apa pun terima kasih buat Samsung atas jemputan ni..

Apa pandangan korang tentang Samsung Galaxy SIII ni?

Ulasan

  1. Balasan
    1. memang terbaik.. lagi2 dah sentuh semalam.. hehehe

      Padam
  2. giler best!! tak dapat menang hadiah samsung S III ni ke bro? hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. menang dapat pengang n ambil gambar je.. hehehe

      Padam
  3. antare galaxy s3 dgn galaxy note mn lagik oke ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masing2 ada kelebihan.. S3 guna teknologi terkini.. saiz pertengahan antara S2 dan note.. tapi kalau dapat dua-dua pun elok juga.. hehehe

      Padam
  4. mcm dah terjatuh chenta menengoknya...haihhhh..dugaan :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. memang banyak dugaan kalau tengok hehehe

      Padam
  5. Berapa harga dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih belum diumumkan oleh pihak samsung.. mungkin sikit hari lagi kot..

      Padam
  6. tahniah sbb u terpilih utk attend invi ni....

    sha nak sgt pergi tapi x selected..huhu

    anyway competition yg sihat bila jenama pengeluar smart phone bersaing sesama sendiri utk keluarkan model terkini dgn ciri yg semakin maju...hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pergi bukan under nuff sebab tak terpilih tapi gi sendiri atas jemputan direct dari samsung.. kebetulan pernah tinggalkan email di event sebelum ni.. tu yg dia orang jemput..

      Padam
  7. speednya macam mane bro, dgn processor quad bro mesti laju gila punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang laju gila bro.. sebab masa ambil gambar takda tersekat2.. kalau nak test kena gi pinjam dekat Ariffshah.. hehehe

      Padam
  8. sejak tgk review kat youtube, mmg terus jatuh cinta.. hehehe
    tp duit jer tak er

    BalasPadam
  9. buuuu...copy cat samsung

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak