Pengalaman 3 Minggu Bersama P1 MiFi MF230

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

3 minggu bersama P1 MiFi MF230 sangat mengujakan dan bila nak kembalikan pada empunya yang asal iaitu P1 terasa berat pulak dihati.. mana taknya dah 3 minggu aku guna service 4G ni tanpa sebarang masalah di rumah, dipejabat dan di dalam kereta.

P1 MiFi MF230 6_thumb[3]

Dari segi kelajuan jangan cakaplah kalau betul-betul berada dalam liputan P1 speed memang terbaik dari penyedia internet yang lain.

MiFi_SeedingProgram_250x50[3]

Dengan P1 MiFi MF230 segala kerja-kerja harian yang memerlukan sambungan kepada internet memang tidak ada masalah.. Onkan  sahaja P1 MiFi MF230 ni dah terus boleh guna untuk sambungan 5 peranti WiFi.

Saya telah buktikan dengan menyambungkan 3 peranti WiFi dalam pada masa yang sama kepada P1 MiFi MF230 memang tiada masalah dari speed talian internet.

P1 MiFi MF230 Sharing WiFi 1

2 buah Netbook + 1 Smartphone disambung kepada P1 MiFi MF230

P1 MiFi MF230 Sharing WiFi 2

P1 MiFi MF230 telah disambungkan ke Samsung Galaxy Note

P1 MiFi MF230 Sharing WiFi 3

P1 MiFi MF230 juga telah disambung ke netbook yang menggunakan sistem operasi windows XP

P1 MiFi MF230 Sharing WiFi 4

Sebuah lagi netbook yang menggunakan sistem operasi windows 7 telah disambungkan ke peranti P1 MiFi MF230

Dengan P1 MiFi MF230 kita sudah boleh berjimat dari membayar kos broadband atau plan data untuk semua device WiFi yang kita gunakan. sebagai contoh :-

Smartphone (3G internet) = RM38 / bulan (1GB)

Tablet = RM68 / bulan (3GB)

Laptop / Netbook = RM40 / bulan (2GB)

Jumlah = RM146 / bulan (6GB) untuk ketiga-tiga device yang digunakan.

Tetapi dengan P1 MiFi MF230 anda hanya perlu membayar RM69 sebulan sahaja dengan kelajuan 4G unlimited dan qoata data sebanyak 6GB.. jadi dengan perbezaan diatas anda sudah boleh berjimat sebanyak RM77 sebulan.

Jadi apa tunggu lagi? Untuk sebarang maklumat tentang tawaran P1 MiFi MF230 boleh rujuk di p1.com.my/mifi atau hubungi talian 1300-03-8889.

Ulasan

  1. harga memang murah berbanding dengan yang lain, setakat ni tumpang tenet office je :) thanks ngan info ni

    BalasPadam
  2. adeh.. kat sini tak masuk lagi line p1.. kena tunggu lagi jawabnya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak