Stok Susu EBM Harraz Terpaksa Dibuang

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Berat mata aku memandang berat lagi bahu orang yang perah susu hari-hari memikulnya.. Sedih tapi terpaksa.. Macam tulah yang berlaku dekat stok susu EBM Harraz yang terpaksa dibuang hampir 80 oZ.. Dibuang dek kerana stok susu tu telah expired dari tarikh sepatutnya..


Menurut cik isteri.. Stok susu yang disimpan didalam freezer dua pintu boleh bertahan 3 bulan sahaja dibandingkan dengan deep freezer yang boleh tahan 6 bulan hingga setahun. 

Sebenarnya memang dah lama stok susu tu expired tapi.. Cik isteri mungkin rasa berat nak buang masa tu.. Tu yang dia simpan je dalam freezer.. Tapi minggu lepas aku perhati je dia buang satu bersatu stok susu yg expired tu dalam singki.. 

Aku memahami perasaan sedih tu.. Bukan senang nak keluarkan air susu... Kena ada kesabaran.. Kekadang 20 minit pump pun belum tentu leh dpt 5 oZ... Sakit dengan pedihnya tu jangan cakaplah.. Itu yg cik isteri cakap dengan aku... Hehe. 

Apapun masih bersyukur sebab Harraz dah berusia 10 bulan.. Mama dia masih ada air susu yang boleh dipump.. Stok EBM yang dalam deep freezer pun cukup lagi untuk 6 bulan akan datang... 

Hope kami berjayalah bagi si manja tu dengan susu badan sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun... Amin.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Ulasan

  1. kesian.. kalau bini aku, dia kata titisan emas tue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah bro.. memang sedih tapi kena buang juga sebab dah expired.. nanti mudarat pulak kalau harraz minum

      Padam
  2. rugila buang mcm tu je.. nk wat cmne juga kalo dah expired

    BalasPadam
  3. saya memahami perasaan isteri, kalau stok yang ada mmg cukup utk 6 bulan, meaning that production mmg banyak la tu, chaiyok utk cukupkan penyusuan 2 tahun.

    BalasPadam
  4. jimat susu badan ni...baby punya imunisasi pun kuat.

    BalasPadam
  5. owh..sakit rupanya ye pump susu tu..hmm, memang nak kena hargai betul2 jasa dan pengorbanan seorang ibu..

    BalasPadam
  6. bagus lah ada susu badan lagi.. ilham memang kena susu formula dah.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak