Ringankan Kos Rawatan Hospital Dengan Prudential BSN Takaful Medical Card

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Tidak ada seorang pun dalam dunia ni yang boleh menjangkakan bila masanya kita akan sakit.. kalau dikurniakan kesihatan berpanjangan sepanjang hidup.. alhamdulillah.. tapi bagaimana kalau tetiba di pertengahan usia, kita  di timpa musibah dengan masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Sudah pasti masa tu apa sahaja aset yang kita ada pasti akan dikorbankan untuk membiayai kos rawatan kita..

Jadi sebagai langkah awal persiapan menuju ke usia yang semakin meningkat ni, aku telah memilih untuk memiliki satu Medical Card dari Prudential BSN Takaful.. alhamdulillah semalam aku dah terima medical card tu setelah sebulan aku apply dari seorang sahabat yang juga Agen Prudential.

Takaful Medical Card PruBSN

Sebut pasal insurans ni.. rasanya aku memang jenis liat nak apply sebab aku dah merasankan bila dah bekerja ni.. company dah ada insurans & medical card untuk cover pekerja.. so buat apa nak bazirkan duit untuk bayar premium setiap bulan beratus-ratus.. tapi bila aku terbaca beberapa entri dari Eyriqazz  dan Matjoe rasanya sedikit minda aku terbuka tentang pentingnya insurans ni terutama Medical Card.. walaupun dah ada insurans dari syarikat.

Seperti yang kita tahu insurans company akan tanggung kos rawatan selagi kita berkhidmat disyarikat tersebut.. tapi andai kata kita berhenti atau dibuang kerja.. maka tiada lagi tanggungan dari pihak syarikat.. begitu juga jika kita dah bersara nanti..

Kos bayaran untuk insurans pulak bergantung pada usia.. semakin banyak umur semakin tinggilah bayaran premium yang perlu dibayar.. so memang ada baiknya kita ambil satu medical card ni diusia muda untuk persediaan pada hari mendatang nanti..

Satu perkara yang perlu kita ingat sekiranya kita telah disahkan mengidap satu-satu penyakit dan pada masa yang sama baru kita tercari-cari untuk membeli insurans maka penyakit tersebut sememangnya tidak dilindungi oleh polisi yang baru diambil.

Jadi andai kata korang semua ada budget lebih setelah ditolak dengan kos-kos hutang yang wajib dilunaskan terlebih dahulu (Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?).. maka ada baiknya korang milikilah satu medical card untuk persediaan dimasa hadapan nanti.

** Untuk Medical Card dari Prudential BSN Takaful apa yang menariknya andai kata korang tidak membuat sebarang claim dari medical card tersebut untuk tahun tersebut maka korang layak untuk mendapat bayaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB)..

Kalau boleh kita tak naklah sakit.. biarlah sihat sepanjang hayat.. sebab bila sakit ni.. banyak orang yang kita akan libatkan.. korang doa-doakanlah semoga aku sekeluarga terus diberi kesihatan berpanjangan.. amin.

*** Sudahkan korang memiliki medical card apa komen korang tentang medical card ni.. penting atau tidak dalam kehidupan korang?

Ulasan

  1. emm bila baca bab insurang ni, comfirm sy akan pening..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan pening2.. biasalah.. org selalu pening sebab nak bayar bulanan caruman insurans tu.. hehehe

      Padam
  2. memang perlu ada medical card ni, saya pun dah ada sebelum kawen lagi, lepas tu buat utk anak2..alhamdulillah tak penah claim lagi, sebab semua2 sihat2..harap2nya memang takkan claim moga sihat hendaknya...tapi kalo tak claim, nnt2 boleh dapat balik...
    tak rugi apa2 pun..untung lagi...untuk anak2 boleh buat education plan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah semoga terus diberi kesihatan berpanjangan

      Padam
  3. laaa... ingatkan dapat BE NUFFNANG PRUDENTIAL cam adik aku tue... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. takdanya BE atau SP.. dah lama tak dapat ni.. hehehe.. kebetulan ni.. memang ada aku tengok iklan Prudential smartlink tu berlegar2 dalam blog.. hehehe.. mana tahu kot2 ada leh dapat BE ke.. hehehe

      Padam
  4. bro, boleh pinjam tak kad tu??hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalaulah boleh kad ni di pinjam2kn bro.. Org first yg aku pinjamkn adalah sahabat kita jejai... Huhu... Malangnya kad ni tak boleh pinjam2... Huhu

      Padam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak