Sesi Pengenalan P1 MiFi MX230

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kalau anda semua masih ingat sebelum ni blog ini pernah membuat satu review  tentang P1 MiFi MF230 dan kali ini sekali lagi blog ini diberi peluang untuk membuat review satu lagi keluarga P1 MiFi yang dikenalai sebagai P1 MiFi MX230.

P1 MiFi MX230 a

 

“Apa perbezaan antara P1 MiFi MF230 dengan P1 MiFi MX230?”

 

MF230 vs MX230

Antara kelebihan MX230 berbanding MF230 adalah dari segi keupayaan client WiFi yang mana untuk MF230 client WiFi yang dibenarkan untuk satu masa adalah 5 peranti sahaja.. manakala untuk MX230 client WiFi yang dibenarkan adalah sehingga 8 peranti dalam satu masa..

Untuk tempoh hayat bateri pula MX230 bertahan sehingga 6 jam jika dibandingkan dengan MF230 hanya 4 jam tempoh hayat bergantung pada penggunaan capaian internet.

Tempoh masa caj bateri juga lebih pantas untuk MX230 iaitu hanya 3 jam untuk caj penuh.

P1 MiFi MX230 b

P1 MiFi MX230 berbentuk 4 segi ringan & mudah dibawa kemana-mana

P1 MiFi MX230 c

Seperti biasa didalam kotak MX230 terdapat cable usb dan plug untuk digunakan sebagai charger, user manual & device MX230.

P1 MiFi MX230 d

Pandangan dari sisi atas terdapat lampu LED sebagai penunjuk arah

P1 MiFi MX230 e

Pandangan dari sisi bawah yang mana dibahagian belakang MX230 terdapat label untuk nama SSID bagi WiFi dan WiFi Key..

P1 MiFi MX230 g

Pandangan pada bahagian sisi tepi atas tempat untuk mengecas bateri menggunakan mini USB

P1 MiFi MX230 f

Pandangan dari sisi tepi bawah butang ON/OFF device MX230.. untuk ON/OFF tekan sahaja butang empat segi beberapa saat.

P1 MiFi MX230 h

Sekiranya device MiFi MX230 berstatus ON, lampu LED akan menyala pada label Bateri sebelah kiri, lampu LED dibahagian tengah akan menyala dengan warna Hijau jika ada sambungan WiFi dibuat pada device MiFi, dan lampu LED sebelah kanan akan menyala mengikut kekuatan signal.. boleh rujuk buku manual untuk panduan lampu LED.

Semoga dengan sedikit review pengenalan ini dapat membantu anda semua untuk bertukar ke P1 4G pada hari ini juga..

Review seterusnya akan menyusul untuk sesi testimoni selepas seminggu penggunaan P1 MiFi nanti.. jadi teruskan berkunjung ke blog ini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya..

Ulasan

  1. hurm.. bilalah teknologi2 ni akan masuk bukit beruntung agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu bukit beruntung jadi bukit berugi kot...

      Padam
  2. Good product.Blazing performance in a small package. The Mx230 features the Core i5-750, the premier price for performance CPU on the market.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak