Samsung Galaxy Note 8 Tiada Flash Untuk Camera Belakang

 

Assalamualaikum & salam pagi semua,

Baru dengar berita dekat radio tadi pagi yang mengatakan pihak Samsung secara rasminya telah melancarkan satu lagi tablet baru yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Note 8 (berita lanjut boleh rujuk pada blog Amanz).

Samsung Galaxy Note 8

Lain-lain foto klik SINI

Kenapa panggil Note 8 bukan Note 3 atau note 4… sebenarnya angka 8 tu menunjukkan saiz skrin adalah bersaiz 8 inci.. daripada apa yang aku dengan dekat radio tu.. untuk Samsung Galaxy Note 8 ni disertakan sekali dengan sokongan untuk membuat panggilan telefon.. Secara peribadinya kalau korang nak angkat phone guna tablet bersaiz 8 inci sangat tidak sesuai.. penuh satu muka dengan tablet tu.. hehehe.

Samsung Galaxy Note 8 a

Satu lagi ciri-ciri yang aku rasa kurang dalam Samsung Galaxy Note 8 ni adalah dari segi fungsi kameranya.. hanya dibekalkan dengan 5MP bahagian belakang yang tidak ada Flash (tak tahulan kalau flash tu tersembunyi.. tengok dari gambar memang takda).. dah bahagian hadapan 1.3MP.

Hai aku ni komplen je banyak.. hehehe.. oklah apa pun Tablet ni belum dilancarkan dimalaysia lagi.. cuma telah dilancarkan diluar negara.. apa pun sama-samalah kita tunggu pelancarannya dengan harga yang ditawarkan nanti.

Boleh rujuk website Samsung untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy Note 8

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak