Kerosakan Aircond Kali Ke-3.. Barai!!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kekadang ada juga aku terfikir aku ni kena tipu dengan kedai aircond ke apa ni.. sebab ni dah masuk kali ke-3 aircond kereta aku buat perangai tahun ni.. last buat perangai hujung minggu lepas masa aku dengan adik aku ontheway balik dari kajang.. dahlah cuaca panas sangat.. ada pulak anak kecik aku ikut sekali memang dugaan betullah.. kalau budak bolehlah pakai pampers je dalam kereta sebab panas.. aku ni takkan nak pakai seluar kecik jekan.. hahaha.

Services Aircond Myvi 32_thumb[2]

Belum ada lagi 2 bulan aku kena 1,xxx.xx tukar komponen aircond.. ni buat hal lagi.. baru aku ingat kalau dia nak rosak pun tunggulah lagi 5 tahun.. sebab semua dah tukar baru.. kusangka sejuk sepanjang masa.. rupanya panas ditengahari.. huhu.

Dahlah hujung minggu ni nak balik Johor minggu depan pulak nak balik Penang dan ke Kedah pulak.. kalau tak repair memang menggeluparlah anak bini aku dalam kereta.. semalam aku dah hantar gi bengkel aircond.. dia kata mungkin compressor aku dah jem..

 

Aircond Compressor

Nilah rupa compressor.. ada yang kata harga sekitar RM300-RM600 bergantung pada jenis kenderaan.. Bengkel yang aku gi semalam kata kalau 2nd dalam RM300 jaminan 3 bulan.. tapi kalau yang baru takda jaminan sebab kalau nak jaminan kena tukar semua komponen yang baru.. GILA ke apa.. aku baru je tukar barang-barang yang lain baru..

Jadi aku mintalah nasihat dekat adik aku yang biasa dengan kerosakan kereta ni.. dia cadangkan aku supaya hantar je Perodua Centre..

Nak tak nak memang kena pergi jugalah repair.. so aku dah buat temujanji dengan Pusat service perodua area umah aku ari khamis ni.. jadi tunggulah nanti apa dia orang kata.. segala kemungkinan sediakan duit jelah.. sebab memang nak tak nak kena repair juga..

Wife dah bising kata baik abang jual je kereta tu.. kita beli kereta auto yang baru.. huhu.. sedih seh bila nak kena jual kereta kesayangan aku ni.. dalam jangka masa terdekat ni belum ada terlintas lagi dekat hati aku nak jual kereta pertama aku ni.. cuma sejak aku tak berapa nak sihat sebulan dua ni.. aku kena fikirkan juga alternatif lain supaya wife aku boleh bawa kereta sendiri andai aku tak sihat nanti.. wife memang tak boleh nak bawa aku sekarang ni sebab manual.. bukan doa tak sihat.. tapi kata orang sediakan payung sebelum hujan..

Kalau korang dalam situasi aku sekarang ni.. rasanya apa yang korang akan buat.. samada beli kereta baru.. jual kereta lama.. atau beli kereta lagi satu.. atau antar kereta yang ada sekarang ni balik kampung.. ambil kereta auto dekat kampung..

Ulasan

  1. Assalamualaikum.. kopaklah duit nak baiki itu ini kan...

    BalasPadam
  2. munGkin kete tu kot tipu ko... takper.. ikut kata otak ye, kalau ikut kata hati boleH mati dibuatnya...

    BalasPadam
  3. huhuhu.. pening jugak dibuatnya... seb baik bini aku pun bawak kete manual..

    BalasPadam
  4. bos dah tukar kompressor ke belum??brape price?

    BalasPadam
  5. Harga OEM RM 180.00

    Cari Kat sentul

    ada 2 kedai sparepart aircond situ..

    Lubuk Pomen maa.. heheheh...

    BalasPadam
  6. bro aku suggest kan ko pegi kedai kat area jalan tar belakang honda showroom kat situ compresor aku barai pun buat service semua kos rm650 jer aku pakai myvi 07 gak air cond jaga2 byk kedai tipu.
    Bagi aku kalau ada second car pun bagus kalau mampu ler bro sbb wife aku pun ada keter senang xyah ngantor dan ambik kejer kekadang melangut aku tggu abih dia keje kalau emergency pun boleh runner mcm kes aku masa mak mertua aku sakit kena ulang alik hospital at least gilir2 jaga. Lagi pun myvi aku ni dah jadik keter mainan aku dah,masih tak puas nak modified lagik hahaha.

    BalasPadam
  7. ko jgn p kedai tu lagi.. kedai tu tipuuuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak