Upgrade Maxis Broadband 4GB Ke 8GB Secara Percuma

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Demam PRU13 masih kelihatan di laman-laman media sosial seperti facebook, twitter dan blog.. walaupun mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional seawal pagi tadi.. Apa pun tahniah kepada calon-calon yang menang.. yang tewas masih ada peluang pada PRU14 nanti jika terus memberikan sumbangan kepada rakyat walaupun tidak terpilih menjadi YB kali ini,

Jom kita tinggalkan dulu demam PRU13 tu.. kita fokus pada tajuk entri diatas tu.. sapa yang tak suka bila qouta data 4gb pada masa sekarang diupgradekan kepada 8gb secara percuma..

Maxis berukband

Beberapa hari yang lepas semasa aku nak semak akaun broadband aku pada laman sesawang Maxis.. tetiba aku terpandang kepada satu pakej broadband yang ditawarkan oleh maxis..yang mana pakej yang ditawarkan kali ini nampak menarik seperti didalam gambar diatas.

Dengan pakej baru ini.. maxis menawarkan 8 GB (4+4) quota data dengan bayaran bulanan RM68 sahaja.

Maxis berukband 1

Jadi tanpa berlengah lagi terus aku masuk dalam akaun broadband aku.. bila aku semak pada Manage Package memang ada ditawarkan untuk upgare secara percuma qoata data sedia ada kepada 8GB.. dan tanpa menoleh kebelakang aku terus klik butang upgrade dan kini pakej aku telah berubah dari 4 GB kepada 8GB.

Maxis berukband 2

untuk pakej 8GB ini akan dibahagikan sama rata kepada 2 pecahan , iaitu Peak & Off Peak.. untuk peak hour masa adalah dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 pagi. manakala untuk Off Peak masanya 2.00 pagi hingga 8.00 pagi.

Jadi kepada pengguna maxis broadband apa kata korang upgrade pajek yang ditawarkan ni sekarang..

Ada sesiapa yang dah cuba perkhidmatan maxis 4G, macam mana, ok tak? lajukah atau bagaimana?

Ulasan

  1. Dah cuba lepas diorg call wat promotion skali dgn modem wifi. setakat nie kelajuan mmg ok. mmg berpuas hati. kt kg kt perlis pun dpt. so pas guna maxis trus terminate celcom.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira register baru dapat wife percuma kan?

      Padam
    2. yup, register dulu tp takder la dpt wife percuma hehehe.. mcm case aku customer service call tnya nak ke or tak so diorg la yg register kan utk aku.

      Padam
    3. hahaha.. silap bukan wife percuma.. tapi WIFI percuma.. hehehe.. kalau dapat wife percuma semua org nak daftar.. hahaha

      Padam
  2. menarik pakej ni dengan kouta yg besar macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu stategi MAxis nak tarik pelanggan.. sapa yang kaki internet sampai pagi tu untunglah.. macam saya yg tidur waktu tu.. memang tak terusiklah 4GB tu.. hehehe

      Padam
  3. Memang best....tapi eden nie gilo skit selamba je amik POWER USER punya pakej....tapi dia jadi WIFI untuk smartphone bila kat luar dan ianya lebih mobility....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum. promotion ni untuk yg dah habis contract je ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak