Berjaya Dapat RM1000 Dari SKMM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku membantu cik isteri membuat permohonan untuk Program Get Malaysia Business Online (GMBO) di bawah SKMM.. yang mana dengan membuat permohonan ini sekiranya berjaya anda akan mendapat bantuan kewangan RM1000 dari pihak kerajaan melalui peruntukan bajet 2013.

GMBO SKMM

Rasanya dah ramai tahu tentang program ni.. dan mungkin dah ramai juga yang dah berjaya dapatkan bantuan kewangan ni.. cuma aku nak kongsikan semula kalau-kalau ada yang dah lupa.. sebab sangat rugi tak ambil peluang yang ada.. orang nak bagi duit kita ambil jelahkan.. bukan sikit ye.. RM1000.. macam-macam boleh kita guna untuk kembangkan business online kita.

Pada awalnya aku sendiri tak ambil kisah tentang program ni.. tapi lepas cik isteri beritahu yang dia nak cuba apply aku kata boleh apa salahnya cuma kena adalah satu website yang berdomainkan dot com dot my atau dot my baru layak.. dan satu lagi kena buat pendaftaran syarikat dengan SSM untuk perniagaan online tu..

Jadi sebagai suami kalau bukan aku yang tolong cik isteri sapa lagikan.. mana tahu dia bagi 1 peratus nanti kalau lulus.. hehehe.. maka pada tarikh 8hb Mei 2013 aku submit permohonan kepada SKMM.

Cerita pasal website sebelum ni memang aku dah buatkan cik isteri satu blogshop menggunakan blogspot… tapi disebabkan syarat tu nak ada domain dot my..  aku mula-mula cuba tumpang dari sub domain dot my dari exabytes.. tapi malangnya lepas 2 bulan permohonan pegawai skmm ada call cakap tak boleh guna sub domain.. kena guna domain sendiri baru boleh.. jadinya nak tak nak terpaksalah aku beli satu lagi domain dot com dot my dengan harga RM80 dari Eizil Network..  alhamdulillah urusan penukaran domain tu semua diuruskan atas bantuan team Eizil network, dalam 2 hari semua dah siap.

harrazcollections dot com my

maka terhasillah harrazcollections dot com my

Lepas siap je urusan penukaran domain baru tu.. aku mintalah cik isteri maklumkan kepada pihak SKMM yang website perniagaan online tu dah ditukarkan kepada domain yang diminta sebelum ni.. dan pihak SKMM kata bantuan RM1000 tu dah lulus dan akan dimasukkan dalam akaun bank  pemohon paling awal 2 minggu dan paling lewat 1 bulan..

Alhamdulillah seperti yang di janjikan pihak SKMM kepada kami.. semalam cik isteri bagi tahu yang SKMM dah bank-in dalam akaun beliau RM1000 bantuan geran SKMM tu.. apa yang seronoknya.. bantuan tu adalah percuma dan tidak perlu dibayar balik.. “1 peratus upah nak tuntut ni.. hehehe”

Jadi kepada yang menjalankan perniagaan secara online tak kiralah baju ke.. tudung ke.. kasut ke.. dan korang dah berdaftar dengan pendaftaran syarikat SSM dan juga mempunyai website berdomainkan malaysia.. ada baiknya korang cuba dapatkan geran RM1000 dari SKMM ni.. sebab bukan apa peruntukan bajet ni akan tamat pada hujung tahun ni.. dan peruntukkan yang ada hanya sebanyak RM50 juta sahaja.. so siapa cepat dia dapat.. maknanya kalau bajet 50 juta tu dah habis so tak dapat lagi nak apply geran tu..

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat geran SKMM RM1000 tu boleh rujuk di https://gmbo.skmm.gov.my/.

Ulasan

  1. tahniah bro. bagus sangat ni ambik dan peluang sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  2. Memang inisiatif yang bagus tapi rasanya ramai tahu lagi... tak kurang pula yang bisnes guna blogspot kan

    BalasPadam
  3. lma dah tahu psl ni tp xdftar lgi ssm... apapun..tahniah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak