Mudahnya Bengkel Tayar Buat Duit Dengan Menipu

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni aku nak share sikit pengalaman aku gi buat alignment tayar depan.. untuk pengetahuan korang myvi ni kalau nak buat alignment hanya untuk tayar depan je.. tayar belakang takda alignment ye.. :-).

Sebulan yang lalu aku ada pergi ke bengkel tayar area umah untuk check punca myvi aku bergegar bila bawa pada kelajuan tertentu.. mula-mula aku gi buat alignment.. sekali masa buat alignment tu mekanik cina tu cakap “u punya chamber sudah rosak tak boleh mau adjust lagi”.. aku tanyalah dengan mekanik tu.. “satu chamber berapa harga” dia cakap dengan aku.. “satu batang RM40” kalau myvi confirm-confirmnya kena beli 2 batang untuk kiri dan kanan.. di sebabkan masa tu budget untuk tukar chamber takda lagi.. aku cakap dengan mekanik tu.. “u kasi adjust je sebaik yang boleh.. itu chamber nanti saya tukar  bila mau tukar tayar baru bulan depan”.. (alasan tak nak beli chamber dekat bengkel tu ).. mekanik tu kata ok takda masalah.. saya kasi alignment sebaik  boleh je… kos buat alignment mekanik tu ambil cuma RM15 sahaja..

Lepas buat alignment je masalah aku tak seatle juga.. sebab punca bergegar tu adalah berpunca dari kerosakan mounting absober aku.. dua minggu lepas aku dah tukar mounting absober aku dekat kedai bawah pokok.. korang boleh tengok entry aku sebelum ni.. aku ada cerita pasal kisah tu..

Jadinya bila dah tukar mounting absober ni.. kenalah buat alignment balik sebab absober semua dah buka dan confirm semua setting alignment tayar dah lari.. stereng pun dah senget je..

Kira 2 minggu jugalah aku guna kereta aku dengan alignment yang tak betul.. disebabkan aku fikir aku nak gi buat alignment aku gilah dekat kedai spare part untuk beli chamber baru yang cina sebelum ni cakap rosak.. pergi-pergi dekat kedai spare part memang jauh benar harganya.. aku dapat sebatang chamber boleh laras tu.. RM10 je.. 2 batang baru RM20.. kalau dekat bengkel sebelum ni.. mau RM80 dua batang.. selamat aku tak kena sembelih dekat bengkel tu..

camber_adjuster 1

Korang tengok tak permainan bengkel tayar ni.. senang jekan nak buat duit .. ok tak habis lagi cerita aku..

Bila chamber baru aku dah dapat.. aku gilah tadi cari bengkel yang boleh buat alignment dengan ambil upah tukar chamber baru tu.. mula-mula aku pergi kedai A aku tanya buat alignment berapa..  dia kata  RM25.. kalau adjust chamber RM25 satu tayar.. total semua RM75.. aku cakap dengan dia.. ok takpe.. nanti i datang semula.. (dalam kepala.. boleh tahan juga mahalnya)

So aku cuba cari lagi kedai lain.. aku terus jumpa bengkel kereta Continental dekat gombak.. betul-betul depan Bank Rakyat..

Kedai Tayar gombak

credit image : lim tayar

Sampai-sampai je.. sorang budak melayu terus tanya aku.. nak buat apa ye.. aku cakap berapa harga nak buat alignment.. budak melayu tu cakap RM20 sahaja.. aku cakap kalau nak tukar chamber sekali berapa.. saya ada chamber sendiri.. dia cakap.. kita check dulu.. alignment dengan tengok samada chamber nak kena tukar atau tidak..

Bila dia cakap macam tu.. aku kata oklah.. boleh takda masalah.. so macam biasalah dia ambil alat-alat untuk buat alignment tu.. sambil setting apa entah dekat skrin komputer.. lepas tu dia tengok hasilnya dekat skrin tu.. ada merah.. so aku dah tahu yang merah tu maknanya alignment tayar aku dah lari.. sebab aku bukak absober hari tu.. masa tukar mounting..

Budak melayu tu terus cakap dengan aku.. abg punya chamber ok lagi.. cuma nak kena buat alignment je sebab tayar dah lari sikit.. terus blur kejab aku.. dalam kepada aku.. terus aku fikir.. macam mana boleh jadi macam ni.. hari tu mekanik yang lagi satu.. kata chamber rosak… yang dekat sini .. kata tak rosak.. aduh.. confirm yang hari tu.. saja nak ketuk duit aku.. selamat aku tak ikut je cakap mekanik tu untuk tukar chamber yang baru..

Patutlah aku ada baca dekat forum-forum yang ada sesetengah bengkel tayar ni.. dia orang buat duit mudah dengan teknik nilah.. chamber tu elok lagi dia kata rosak.. kita ni yang buta mekanik ni.. menurut jelah..

Memang pengajaran betul buat aku sepanjang berurusan dengan bengkel mekanik kereta ni.. kata orang tu.. kalau boleh jangan cari satu bengkel je untuk analisis masalah kereta ni.. cuba check dekat dua tiga kedai.. sebab banyak bengkel yang ambil kesempatan atas kekurang ilmu kita ni..

Harap-harap pengalaman aku ni.. jadi panduan dengan korang semua yang berurusan dengan bengkel kereta ni lepas ni..

** Kadang-kadang ada juga aku terfikir dalam kepala.. kalau aku buat bisnes kedai tayar bagus jugakan.. sebab susah nak jumpa bengkel melayu yang mengusahakan bengkel tayar ni.. paling susah nak cari bengkel yang betul-betul jujur.. semuanya pandai menipu pelanggan je.. walaupun tak semua macam tu.. **

Ulasan

  1. Dalam bisnes diorang memang nak dapat untung besar dan cepat je... tak fikir panjang kan

    BalasPadam
  2. betul tu saya dah banyak kali pergi alignment tayar, kalau ada apa-apa pertukaran jangan tergesa-gesa nak buat, cukup untuk alignment sahaja....kena beringat......

    BalasPadam
  3. Btl ckp bro.seeloknya kne survey dlu sblm tukar. Kalau bengkel A kata kne tukar jgn tukar terus...kalau ada masa cuba tye bengkel lain dulu... benda xrosak dikata rosak..huhu..sabo jela

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak