Parents and Kids Expo/Pregnancy & Baby Show 2014

 

Lama tak pergi expo baby ni.. masa Harraz umur bawah setahun setengah tu rajin juga pergi expo ni.. nak dikatakan hampir setiap bulan ada je expo baby kami pergi.. tapi bila anak dan umur 2 tahun setengah ni.. dah kurang sikit pergi.. kalau pergi pun tengok-tengok je..

Masa Harraz kecik senang sikit jaga dia masuk dalam stroller diamlah dia so kita pun senang je nak pusing & ronda-ronda dekat gerai-gerai yang ada.. tapi sekarang mana mahunya duduk dalam stroller.. dia nak jalan sendiri.. untung pulak tu kalau nak dipegang tangannya kekadang nak jalan sendiri tangan tak nak dipegang.. tu yang kekadang malas je nak gi sebab tak larat nak main kejar-kejar dengan anak dalam expo tu.. hehehe

Tadi baru je dapat email iklan dari Parents and Kids Expo 2014.. hujung minggu ni 29-31 Ogos 2014 dia orang ada buat expo dekat KLCC.. so kepada yang berkelapangan dan bercadang nak shopping barang baby tu bolehlah datang ke KLCC nanti..

Kalau taknak bersesak-sesak cari parking datang awal.. sebab kalau korang datang pukul 10.30 pagi confirm parking dah penuh..

Pengalaman kami kalau expo dibuat di KLCC ni memang selesa.. sebab ruangan expo tu besar dan ruang pejalan kaki antara gerai dengan gerai luas.. kalau di bandingkan dengan expo dekat Mid Velly..

BalkTalk-August

Selamat bershopping hujung minggu ni…

Ulasan

  1. mmg boleh rambang mata nie.
    baju budak2 kompom boleh buat poket kering nie.
    hehe.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.. sheila dari mengandung sampai bersalin tak pernah lagi pegi expo baby. teringin gak tapi suami tak suka tempat sesak ni. hihiii

    BalasPadam
  3. jauh.. tak dapat nak gi expo...

    BalasPadam
  4. argh terlepas peluang lagi...tak alert langsung...hadooi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak