Pengalaman Mencari Penyewa Rumah Dari Syurga

Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog myvitrd,

Dalam ingatan saya ini merupakan masa paling lama saya tidak kemaskini blog myvitrd ni.. berbanding dengan 2 tahun sebelum ni.. ok kita abaikan kisah blog ni dulu.. hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya bersama cik isteri menguruskan rumah sewa ibu mertua untuk dicarikan penyewa..



Pada awalnya saya ingatkan bila kita beli rumah untuk tujuan sewaan.. kita iklankan rumah tersebut di laman media sosial seperti facebook dan laman web mudah.my senang sahaja penyewa akan dapat.. tanggapan itu sama sekali meleset dan hanya satu anggan-anggan dan mimpi.

Bermula dari awal tahun ni saya dan isteri membantu mertua mencarikan penyewa untuk rumah mereka di utara tanah air.. sehari selepas iklan dibuat di mudah.my telefon cik isteri tidak pernah berhenti dari berdering siang dan malam.. begitu juga telefon bapa mertua.. sampaikan bapa mertua kata jangan masukkan nombor telefon sebagai rujukan pada masa akan datang.. hahaha.

Pelbagai kerenah penyewa yang dapat kami jumpa.. ada yang call bertanyakan  rumah sewa untuk keluarga dan mohon dikurangkan sewa.. ada juga yang call tanya nak buat sewa atas sewa (sublet).. ada juga yang call nak sewa beriya-iya.. janji nak masuk hujung minggu.. sekali dah sampai masa senyap seribu bahasa.. ada yang call nak sewa tapi deposit nak bayar secara ansur-ansur.. ada yang minta deposit dikurangkan dan macam-macam lagi.. tapi itu semua adalah pengalaman yang manis buat kami.

Sampailah pada pertengahan bulan Mei 2016  setelah kami iklan rumah tersebut kali kedua di mudah.my... kami mendapat panggilan dari seorang bakal penyewa yang selalu blogger eyriqazz sebut "penyewa dari Syurga".

Penyewa tersebut tidak banyak kerenah dan permintaan pelik-pelik.. bakal penyewa tersebut berterus terang dan memaklukan ingin menyewa rumah mertua ni untuk dijadikan rumah tumpangan (homestay). setelah perbincangan bersama cik isteri dan mertua dibuat kami bersetuju dengan tujuan bakal penyewa tersebut.

Yang bagusnya penyewa tersebut tidak pernah meminta untuk dikurangkan kadar sewa atau pun kadar deposit yang kami tetapkan iaitu 2+1 (2 bulan deposit dan 1 bulan sewa) yang perlu dijelaskan pada masa kunci diserahkan.

Melihatkan keadaan penyewa ini kami terus bersetuju meneruskan urusan penyewa tersebut.. Pada 1hb Jun 2016 rumah tersebut telah sah kami sewakan kepada seorang pasangan suami isteri yang ingin menjadikan rumah tersebut sebagai homestay... 

Rumah yang kami sewakan tersebut adalah rumah teres yang baru siap dan belum diduduki .. kiranya rumah basic sahaja tiada perabut. mertua hanya baru buatkan renovasi kepada singki dapur yang mana sebelum ni hanya singki sahaja tidak ada kabinet.. jadinya dibuatkan kabinet simen supaya singki tersebut tidak mudah rosak dan beri sedikit keselesaan kepada penyewa untuk memasak.

Penyewa juga meminta kebenaran kepada kami untuk memang water heater disetiap bilik air dan memasang penghawa pendingin disetiap bilik dengan kos segalanya ditanggung oleh pihak penyewa tanpa menolak duit sewaan bulanan mahupun duit deposit.

Memandang pada masa itu penyewa tersebut tidak berkira.. kami menyerahkan kunci rumah 2 minggu lebih awal dari tarikh perjanjian untuk masuk kerumah tersebut bagi memudahkan urusan beliau untuk membersihkan rumah dan memasukkan perabot.. bagi kami kalau orang tu mudah berurusan dan boleh bertolak ansur kami juga mudah hendak berurusan.

Esok genaplah sebulan rumah tersebut disewakan.. kami sekelurga sebenarnya tidak pernah berjumpa dengan penyewa tersebut semua urusan kami putuskan didalam talian telefon sahaja.. Terima kasih juga kepada saudara cik isteri yang ada tinggal berdekatan dengan rumah tersebut.. jadinya dialah yang menjadi orang tengah untuk penyewa tersebut melihat rumah pada awalnya dan urusan penyerahan kunci dan penerimaan deposit... 

Cik isteri pulak baru memaklumkan sebentar tadi mengatakan penyewa rumah tersebut telah membuat bayaran sewa untuk bulan Julai.. alhamdulillah mudah sungguh berurusan dengan penyewa ini.. tak perlu kami nak mesej atau ingatkan tentang bayaran sewaan rumah bulan depan.. beliau dah faham sendiri... dalam fikiran saya inilah yang dikatanya oleh rakan blogger saya "penyewa dari syurga". 

Semoga segala urusan kami dengan penyewa ini dipermudahkan dari masa kesemasa.. 




Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak