Demi Keselamatan Anak Keluarkan Belanja Sikit
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
Hari ni memang agak sedikit sebuk & kelam kabut sebab terpaksa berkejar ke Mahkamah untuk mendengar kes seorang rakan dan seterusnya bergegar pulang untuk urusan temujanji pemasangan grill tingkap & pintu yang telah siap ditempah 2 minggu yang lalu.
Memandangkan Harraz semakin hari semakin ligat dan buas dengan pantang nampak benda yang boleh dipanjat semua nak dipanjatnya.. jadi kami telah memutuskan untuk awal tahun ni ada baiknya kami memasang grill tingkap dan pintu demi keselamatan si comel kami.
Family mertua pun dah berkali-kali sound.. bila nak pasang grill tingkap… sebab risau cucu dia orang terjatuh nanti.. hope bila mertua datang dia orang dah lega sebab kami dah pasang safety untuk cucu dia orang.. hehehe
kan dah cakap tadi si harraz hobi baru dia suka memanjat…
bila dah berjaya panjat mulalah buat muka seronok dan tak bersalah.. bertuah punya anak.. hehehe
Setelah hampir 2 jam kontraktor ni menuunggu diluar pagar gara-gara prosedur yang ketat untuk masuk kekawasan perumahan aku ni akhirnya diaorang berjaya parking dekat depan rumah aku.
Dekat kawasan apartment aku ni kalau nak buat apa-apa renovation kena minta surat kebenaran dari pihat maintenance dahulu dan perlu bayar deposit 200 – 350 bergantung pada kerja-kerja apa yang dibuat.. bila kerja dah selesai duit deposit akan dipulangkan semula.
Kalau takda surat kebenaran memang pak sekuriti tak bagi masuk sampai bila-bila..
----- Di bawah menunjukkan gambar sebelum grill tingkap & pintu dipasang -----
tingkap 3 daun dibahagian ruang tamu
tingkap 2 daun dibilik utama dan bilik tetamu
tingkap 1 daun di bahagian bilik tetamu juga
satu-satunya pintu oren dekat block aku ni.. hehehe.. tulah rumah kami
----- Di bawah menunjukkan gambar selepas grill tingkap & pintu dipasang -----
grill tingkap yang telah siap dipasangan yang mana bahagian tengah boleh dibuka sebagai laluan untuk keluar jika berlaku kecemasan
Grill tingkap didalam bilik utama ni tiada pintu laluan kecemasan
grill tingkap satu daun ini aku minta untuk dipasangkan juga dengan lalu kecemasan yang boleh dibuka.. lagi satu ada pokok bonzai yang aku tanam dekat bawah tingkap tu..hehehe.. tu yang aku minta grill tu boleh dibuka.
Grill pintu yang baru siap dipasangan.. walaupun dah hampir 2 tahun menghuni rumah ni.. baru hari ni kami pasangkan dengan grill.. lepas ni kalau balik ke kampung boleh confident sikit tinggalkan rumah kosong.. semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini…
Nota : Lain-Lain gambar untuk kerja-kerja pemangan grill tingkap & pintu akan diupdate diSini..
gud...seriau gak tgk umah xde grill kt pintu n tingkap umah nie :)
BalasPadamBagus ada grill, bukan tak nak bagi Hariz keluar, tapi tak nak bagi tetamu tak diundang masuk juga.
BalasPadamDuit habis untuk itu tak apa!
BalasPadamkeselamatan harus diutamakan...
Duit boleh dicari.. Nyawa tiada pengganti...
ha...dah rasa selamat sikit dah ada grill...dgn emergency exit! bhya kalau xde..
BalasPadamcantik gak pintu oren.!
bagus bro..amik langkah keselamatan sebelum sesuatu yang buruk terjadi..
BalasPadammmg patut pun pasang. seriau tgk baby berdiri kat tepi tingkap.. :-)
BalasPadamtakut plak dia pandai bukak pintu guna kunci nanti. hehe
BalasPadam