Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Hadiah Harijadiku Sebuah Kereta CHEVROLET

Imej
Salam semua,
Siapa sangka dalam usia yang dah nak senja ni.. tiba-tiba boleh menang sebuah kereta idaman.. korang sangka tak? aku sendiri tidak sangka.. kata eyriqazz tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tuhan je yang tahu.
Begitulah yang telah terjadi kepada aku tengahari ni.. Syarikat Pengeluar kereta ternama Chevrolet hubungi aku melalui email kata aku dah menang sebuah kereta.. wah.. sapa tak gembirakan..lagi2 birthday dah dekat ni.
Lepas ni boleh naik kereta barulah aku nampaknya.. Tapi malangnya aku tak dapat nak menerima tawaran hadiah tu.. kerana..... nak tahu kerana apa.. tengok lampiran dekat bawah ni..
Moralnya.. mana ada orang senang-senang nak bagi hadiah percuma dekat kita.. lagi2 tak penah joint mana-mana contest pon.. tiba-tiba je kata kita menang.. nampak sangat nak TIPU..
Cukuplah pengalaman tahun 2005 duit aku lebur lebih kurang RM3K dek gara-gara percaya dengan benda-benda macam ni..
P/S : Hati-hati dengan kiriman email yang tidak dikenali dengan menjanjikan habuan lumay…

Dapatkan Sepasang Tiket F1 Secara Percuma Sekarang

Imej
Salam semua,
Dah lama aku teringin nak tengok F1 (Formula One) secara live.. asik-asik tengok dekat tv je.. apa kata kita gi ramai-ramai dekat litar F1 Sepang untuk tengok F1 nanti.

Mungkin ada yang cakap.. "tiket mahal lah".. jangan risau sekarang korang berpeluang untuk dapat tiket sepasang secara percuma untuk menyaksikan perlumbaan F1 pada hari Ahad, 10 April 2011 nanti.. 
Macam mana nak dapat? oh mudah saja.. korang  Klik je dekat {Malaysia GP Tickets} ni.. segala info ada dalam tu..
Apa tunggu lagi.. nak tiket free tak? cepat rebut sebelum habis..
Nota kaki : Kalau dapat tiket free ni best juga.. nak beli mahal.. kalau ada yang free takkan nak lepaskan betul tak?
-------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Sesi Terjah Hard Rock Penang

Imej
Salam semua,Sebut je nama Hard Rock semua orang tahu.. nak dikatakan hampir setiap negara ada Hard Rock ni.. dekat Malaysia je kalau tak silap aku ada 2.. dekat KL dengan Penang. Sepanjang aku duduk KL ni memang tak pernah masuk lagi dekat Hard Rock KL ni.. tapi masa aku balik cuti dekat penang minggu lepas sempat aku singgah dekat Hard Rock Penang.Pintu utama kedai Hard Rock Penang.. Karpet siap ada chop lagi..Ni merupakan kali ke-2 aku jejakkan kaki dekat kedai Hard Rock.. first tahun lepas masa aku gi bercuti dekat  Bali.. First time masuk Hard Rock Bali.. memang syoklah.. banyak pakaian2 cantik-cantik boleh korang beli.. tapi sedihnya aku tak beli apa-apa dekat Hard Rock Bali tu.Jomlah kita layan pandangan sekitar Hard Rock Penang ni Posing sikit sebelum masuk kedai.. Macam biasa posing sebagai bukti.. di Rock Shop menonong je mamat tu berjalan…rasa-rasa korang mamat ni nak cari apa ye..hehehehaaah.. tu dia.. macam dah ada yang berkenan je.. kasi belanja sayangku sehelai dua baju.…

Bulan-Bulan Cash Out Nuffnang Best Jugakan

Imej
Salam semua,
Aku dah tahu setiap kali ada keluar entri terbaru mana-mana blogger je yang ada tajuk perkataan "nuffnang" tu mesti ramai yang nak klik.. betul tak? termasuklah diri aku ni..hehehe
Seronok apa baca entri kawan-kawan yang bagi tips macam mana nak dapat BE, macam mana nak naikkan trafik dan cerita pasal berjaya cash out earning nuffnang.
Semua orang tahu yang hari ni dah 30hb.. macam biasa ahli-ahli komuniti nuffnang yang dah cukup syarat tu mesti gatal tangan nak cash out duit dalam akaun nuffnang tu.. betulkan?
Samalah macam aku, pagi ni aku dah gatal tangan nak cash out untuk kali ke-6 hasil berblogging aku n tampal iklan nuffnang tu..

Syukur alhamdullilah setakat tahun 2011 ni.. aku berjaya membuat cash out setiap hujung bulan.. terima kasih nuffnang sebab masih sudi memberikan buffered earning.. walaupun kekadang tu lama sangat dia tido.. hehehe.
Aku rasa cukuplah kot aku cerita ni.. nanti panjang-panjang dah mula ada yang menyampah nak baca.. kata aku nak menunjuk…

Al-Kisah Myviku Di Car Wash

Imej
Salam semua,Sembang sat sebelum masuk tido.. petang tadi ada rasa kecewa sikit dekat car wash tempat umah sewa aku.. mana tidaknya asalnya aku nak cuci kereta sebab kereta dah kotor sangat rasa-rasa lebih 2 bulan kot tak basuh.. malas + buzy punya pasal.Korang tahu apa dah jadi dengan kereta aku lepas siap kena cuci.. Bangla yang koje dekat car wash tu dah koyakkan tinted kereta aku…huhu.. aku perasan masa sampai dekat umah.. kalau aku perasan masa dekat car wash tu.. mau aku minta ganti rugi dekat bangla tu kereta baru… huhu..Tapi tak pelah benda dah jadikan.. nak panjangkan cerita pon malaslah.. ada rezeki aku minta cik.pn ganti barulah nanti.. hehehe..Nota kaki : Rasa-rasanya kalau korang dah minta ganti rugi atau biar je bangla tu..

Jagung Bakar Sempoi Batu Feringgi

Imej
Salam semua,Masih dalam mood bercuti dekat penang lagi ni.. so aku nak kongsi satu kedai jagung tepi jalan yang aku rasa memang takda lagi boleh lawan sedapnya.. sebab ni merupakan kali ke-2 aku singgah beli jagung bakar makcik ni.. kedai tepi jalan yang diberi nama Jagung Bakar “Sempoi”.. memang sempoilah aku kira.. heheheCerita banyak tak mau..jom layan je gambar-gambar dekat bawah ni.  Tak pasal-pasal jagung mentah ni jadi model pulak.. nilah dia jagung manis.. emmm..sedapnya.. Nak posing juga tu.. cik.pn.malarang ni memang kuat makan jagung.. hehehe.. nak tahu berapa dia order.. cik.pn order 4 jagung bakar = RM10.. wah banyak tu.. Bersusun jagung adik ni bakar..aku suka adik ni.. kecik-kecik lagi dah pandai cari duit..bagus-bagus.. nanti besar boleh bawa mak gi haji ye..** Tengah-tengah buat entri ni..macam nak g cari jagung bakarlah pulak.. masalah betul kalau kaki makan ni.. pantang tengok gambar.. nak makan je.. hehehe

Cinta Antara Kita | Download Slot Akasia TV3

Imej
Salam semua,

Seperti biasa kepada peminat slot akasia saya sekali lagi ingin kongsikan drama TV3 di Slot Akasia yang bertajuk "Cinta Antara Kita" yang mula dipertontonkan setiap petang (Isnin-Khamis) jam 7.00 bermula pada 29/3/2011.

Dapatkan Link Download secara percuma drama-drama dari tv3 disini sekarang.

Montaj "Cinta Antara Kitaboleh rujuk dilink kasBIGONE



P/S:- File yang didownload adalah dari server 4shared.com & setiap file yang didownload perlu didownload 1 persatu @ setelah 1 file siap didownload barulah boleh download file seterusnya.
"Untuk OST boleh download diCinta Antara Kita"
Download direct link  ---->
Episode 1 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 2 ----Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 3 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 4 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download
Episode 5 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 6 ---- Link 1, Link 2,

Menjual Ruangan Banner Blog Dengan Exabytes (MY)

Imej
Salam semua,
Hari ni aku nak kongsikan satu peluang buat duit dengan korang semua dengan menjual ruang banner di blog korang semua.
Kalau korang perasan blogger-blogger yang biasanya mempunyai traffic yang tinggi sebagai contoh Ben Ashaari dan Beautifulnara mereka semua menjadikan blog mereka sebagai tempat menjual ruang banner untuk pengiklanan.
Jadi hari ini aku ada terjumpa dengan satu syarikat yang yang dikenali sebagai Exabytes (MY) yang sedang mencari lebih kurang 200 blogger yang mempunyai trafik sekitar 200 ke 300 UV sehari untuk dibeli ruangan banner mereka.

Maksudnya jika korang ada trafik sekitar 300 UV sehari korang boleh menyewakan ruangan blog korang dengan Exabytes (MY) ni selama 3 - 6 bulan.
Kaedah bayaran dan jumlah bayaran sewaan ruangan banner blog korang boleh berbincang terus dengan pihak Exabytes (MY).
Sekiranya korang berminat untuk menyewakan ruangan blog korang kepada Exabytes (MY) boleh berurusan terus di email charles@exabytes.com.
** Jadikan peluang ini sebagai su…

Jejai Tak Wish Birthday Kekasih Lama ke | Fasha Sandha

Imej
Salam semua,
Semua orang tahu yang hari ini adalah ulang tahun kelahiran bekas kekasih Jejai (bukan nama sebenar) yang kini dah berusia 27 tahun.
kredit dari senimamalaysia

Sampai sekarang belum ada tanda-tanda wish lagi dari kekasih lamanya.. ai takkan tak wish kot Jejai (bukan nama sebenar).. kami ternanti-nanti ucapan jejai kepada Fasha Sandha ni.. hehehe
** Rasa-rasanya ada hadiah apalah yang diterima Fasha Sandha tahun ni ye?

-------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Betul ke Jaafar Onn ni?

Imej
Salam semua,
Terasa kecik je bila aku jumpa Jaafar Onn ni..kalau korang tak percaya tengok beza aku dengan dia.. sikit punya besar & tinggi..hahaha

Kebetulan semalam masa aku ontheway nak balik KL aku pusing kejab dekat Batu Feringgi.. tengah berenti dekat atas bukit menuju ke Teluk Bahang, ingat nak posing-posing sat dengan cik.pn.malarang.. sekali aku ternampak satu kereta berenti depan aku.. dah tu tetiba yang keluar Jaafar Onn lah..hehehe
Yang perasan wife aku.. apa lagi minta satu posinglah dengan dia.. hehehe.. rupanya dia ada shooting masakan dengan Astro dekat kampung mertua aku hari tu.. shooting dah habis dia g ronda-rondalah cari durian.. padahal durian tak musim lagi.. putik durian adalah..hahaha.. dia cakap dengan aku “wrong timinglah i datang”.. aku senyum jelah.
Rasanya kalau aku tak singgah posing dekat situ tak jumpa aku dengan abg Jaafar Onn ni.. hehehe.
Sempat juga memposing dekat sini, boleh aku tengok kg.mertua aku dari sini... sapa yang faham tulis cina ni..boleh …

Tingkatkan Keselamatan Aplikasi Maybank2u Anda Sekarang

Imej
Salam pagi semua,
Awal pagi tadi aku sampai je dekat opis, supervisor aku terus cakap.. "login u punya maybank2u sekarang" dalam hati aku  cakap pasal apa orang tua ni pagi-pagi suruh login maybank2u.. ada bonus awal tahun ke..hahaha.
Rupa-rupanya dia nak g tahu yang maybank2u baru je tingkatkan sistem keselamatan dengan mengubah beberapa ciri-ciri keselamatan untuk semua pengguna sistem online mereka.
Jom kita tengok pembaharuan di maybank2u.








 P/S : Sekiranya anda ragu-ragu dengan sebarang perubahan yang dibuat dimaybank2u sila berhubung terus dengan pihak bank untuk mendapat pengesahan.. ini kerana buat masa kini terlalu ramai pengguna terpedaya dengan tektik penipuan internet banking online.
Nota kaki : Jangan sesekali membuka sebarang link maybank2u yang dihantar melalui email.. kerana ditakuti ada unsur-unsur penipuan untuk mecuri username dan password anda.
"Sentiasalah berhati-hati"
-------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook |

Ni Angka Ada Ong ke?

Imej
Salam semua,


Dah lama aku tak cerita pasal follower ni.. ada orang kata follower banyak pon tak semestinya pembaca dalam blog ramai… betul ke?
Mungkin juga kot.. aku sebenarnya kurang gemar dengan “i follow u.. u follow i balik ye”.. seolah2 aku macam kena paksa pulak.. tak suka ah!
Bagi aku kalau aku suka baca entri blog orang tu.. atau ada yg menarik aku nak tahu cerita masa akan datang tu..mesti aku follow.
Hari ni .. aku suka tengok jumlah follower aku.. sebab apa.. sebab angka ong kata orang cina.. sebab tu orang- orang cina sanggup habiskan duit untuk beli nombor-nombor ong ni..
“888 ini nombor ada ong ke?”
Sapakah dia yang menjadikan angka follower aku jadi Ong.. nak tahu teruskan baca dekat bawah ni..
Follower ke 888 - Cik Jee Macey
Blog yang mempunyai background header yang simple dengan menjadikan pemilik blog ni sebagai model dalam header tu sendiri.. kreatif dan menarik header dia ni seolah-olah macam ada mesej tertentu yang nak disampaikan dekat header tu.. hehehe..
Menggelarkan …

Laksa Penang Balik Pulau | Air Tangan Ibu Mertuaku

Imej
Salam semua,Tengahari ni aku nak tunjuk gambar je ye dulu… cita tak mau.. entri khas untuk adik ipar aku yang duduk dekat kl tu.. hehehe Bahan-bahan untuk laksa penang Kuah laksa penang… tak sempat nak minta resepi lagi ni.. ni laksa beras kata ibu tadi macam-macam sayur ada.. yang aku tak makan cili merah tu je.. ready to bubuh kuah ni yang ni ready to masuk perutlah ..hahahaNota kaki : Beruntung betul aku dapat ibu mertua yg memahami citarasa aku.. hehehe.. tq ibuku.. sedapnya laksa ibu ni… nyam..nyam.. ;-)