Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Mood Murung Di Sambutan Tahun Baru 2011

Imej
Salam,
Sedapnya korang semua tidor ye.. bangun-bangun dah nak tengahari ni.. Perdana Menteri bagi cuti umum bukan untuk buat taik mata.. bangun-bangun.. yang lelaki bangun cepat mandi2 sat lagi g solat jumaat. Korang semua beruntung boleh bangun lewat.. aku dengan wife tak pasal-pasal kena bangun awal sebab tak kala semua orang tengah syok-syok cuti aku pulak kena OT.. huhu.. 
Maklum jelah hujung tahun ramai staff tengah habiskan cuti tahun.. so yang kena koje time public holiday ni orang yang cuti tahun dah habis macam aku nilah...

Kalau korang nak tahu hari ni mood tak berapa elok sikit sebab aku rasa macam dah nak demam.. maklum jelah aku rasa dah 2 minggu aku non stop keje termasuk sabtu ahad.. yang jadi mangsa malarang-kak yang kena teman aku dekat opis ni.. tq syg sebab selalu teman abg dekat opis ni.
Mata dah mula berat macam nak tido.. tekak pulak sakit asik batuk2... huhu.. serba tak kena satu badan.. macam mana nak g sambut tahun baru malam ni?.. nampak gaya sambut dekat atas ka…

Betul ke Kekasih Khairul Fahmi Che Mat Seorang Blogger

Imej
Salam,
Penutup sebelum aku nak balik ni.. sehari selepas kejayaan Malaysia muncul juara dalam Piala AFF Suzuki 2010.. nama yang paling disebut2 di dunia maya tidak kira twitter, facebook ataupun blog semua menyebut nama Fahmi.. Terima Kasih Untuk Fahmi..
curi tanpa kebenaran dari facebook fahmi.. jangan saman aku ye.. hehehe
Sapa Fahmi tu? aik ada yang tak kenal lagi.. ok aku kenal kan dekat korang ye.. nilah penjaga gol Pasukan Malaysia yang telah menyelamatkan tendangan penalti semasa Malaysia menentang Indonesia malam tadi.
ok terus pada tajuk utama.. aku baru je tahu hari ni lepas terbaca dalam blog sorang rakan yang mana pemilik blog jejariruncing adalah teman wanita kepada Khairul Fahmi Che Mat ni.. wahhh bertuah gadis ni.. sebab berjaya menawan hati penjaga gol terhebat ni..
Apa yang aku harapkan semoga hubungan mereka akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin.. pesanan buat jejariruncing.. jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang.. sebab sejak kebelakangan ini ramai mata-mata y…

Kuasa Eyriqazz Dalam Dunia Blogger | Keyword Popular Hari Ini

Imej
Salam,
Siapa sangka dengan entri teguran dari eyriqazztelah memberi impak besar dalam blog aku pagi ni.. korang tak percaya tengok print screen dekat bawah ni.. siapa penyumbang traffic tertinggi aku pagi ni?
Sapa dia sebenarnya ni?
Aku tak sangka rupanya sekali dia buat teguran tengok beratus-ratus visitor masuk dalam blog ni melalui link beliau.. so kalau korang terasa nak kena tegur juga rajin2lah ye tegur-tegur tokey tiger show tu..hahaha.
Satu lagi yang menarik pagi ni.. adalah cerita pasal keyword. atau bahasa melayunya katakunci.. aku tak pandai lagi main SEOkeyword ni.. tapi bila tengok dekat bawah ni.. ini ke yang dikatakan kuasa keyword yang sebenar? Nak belajar SEO boleh rujuk dengan kak yanmieonline.. pakar dalam bab SEO ni.
sebut pasal cuti umum... ramai je yang google ye?
Mentang-mentang esok cuti umum.. ramai yang mencari di google betul ke esok cuti umum.. aku tahu bukan semua orang tahu yang esok cuti umum.. Bos aku sendiri baru je tadi pagi tahu.. ok kepada yang tak tahu l…

Jumaat 31-12-2010 Istihar Cuti Umum Oleh Perdana Menteri | Sempena Kemenangan Malaysia Piala AFF Suziki 2010

Imej
Salam,
Tahniah Malaysia atas kejayaan membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 yang telah diidam-idamkan selama 14 tahun.. Tahniah sekali lagi.
Jaringan pemusnah buat gawang Indonesia di Bukit Jalil
Ekoran dari kemenangan itu Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan 31-12-2010 sebagai cuti umum..
Petikan dari BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.
Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.
Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.
Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.
-- BERNAMA

Aku bab cuti ni memang suka…

Keputusan Rasmi Piala Suzuki 2010 | Malaysia vs Indonesia | Final Kedua Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta | Malaysia Menang 4-2

Imej
Salam semua,
Sekali lagi jantungku berdebar menunggu peputusan perlawanan malam ni.. jawabnya kena balik awal aku malam ni nak tengok final kedua antara Malaysia menentang Indonesia di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Semua orang dah tahu final pertama Malaysia menang dengan bergaya 3-0 menewaskan Indonesia. Walaupun isu laser hangat diperkatakan dimedia Indonesia mengatakan penyokong malaysia meleser penjaga gol mereka. Apa pon negara kita masih tidak berganjak mempertahankan pendirian bahawa isu laser tidak dapat disahkan dari mana puncanya.
Diharapkan malam ni perlawanan akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Malaysia BOLEH!
Update keputusan akan dibuat malam ini diblog myvitrd bermula jam 8.00 malam

kredit foto darkbatman

Keputusan Perlawanan
(Permainan Bermula Separuh Masa Kedua) - Minit 57:00
Malaysia : 1 Penjaring : Shafee Sali, Minit ke 53:00 Indonesia : 2 Penjaring : Nasuha, Minit ke 72:00
Penjaring : Mohd Ridwan, Minit ke 88:00




Keputusan Penuh…

Tolong Sebarkan | Mencari Penderma Darah O Negatif

Imej
Salam,

"MINTA DISEBARKAN"
Di kesempatan ni aku nak hebahkan kepada rakan-rakan semua yang mempunyai kenalan yang mempunyai darah jenis O- Negatif yang mana buat masa sekarang ni ibu kepada rakan sekerja aku sedang memerlukan penderma untuk jenis darah O negatif tersbut.. Rujuk iklan dibawah



Di harap dapat dihebahkan kepada rakan-rakan dan kenalan semua.. terima kasih





-------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Jangan Bagi Eyriqazz Bersuara! Kan dah Kena

Imej
Salam semua,
Pagi tadi memang aku buzy sikit sampaikan aku tak perasaan rakan aku eyriqazz buat satu segmen tegur-menegur. Yang menariknya blog pertama yang ditegur adalah blog myvitrd.. blog sapa tu ye.. hahaha mengaku cepat. 2 lagi blog yang ditegur adalah Mama Zharfan dan Ynnlunia/Liyana Lunia

Apa yang bro eyriqazz dah tegur?

Teguran :

1) Nama blog sukar disebut, dieja, dan ditype. Nama blog memainkan peranan yang penting especially for first time visitor.Nickname Tn. Punya pun agak mengelirukan. Jgn follow nama blog eyriqazz, eyriqazz memang suka syok sendiri. Hik3... [ Tips|Nickname of Nickname] .Rasanya sudah tiba masanya bro bertukar ke domain dan nama yang lebih menarik hati.


2) 3 column blog. Bukan mudah . Some widget di sebelah kanan mungkin boleh dikemaskan lagi dan buang mana yang tidak perlu .


3) Pelbagaikan entry n more picture plzz bro.Life is Beautiful, serlahkan penceritaan anda dengan gambar yang mengujakan dan pengalaman yang mempesona.


4) On the positive notes, tahniah …

[Tips] Khas Buat Kaki Blogwalking | Mudah dan Pantas

Imej
Salam semua,
Bila sebut pasal blogwalking je semua orang tahukan apa bendanya.. bagi yang hantu blog tu.. istilah-istilah tu mungkin dah sinonim dengan korang. 
Kalau korang rajin selongkar blog aku ni.. sudah semestinya korang pernah jumpa beberapa tips blogwalking yang pernah aku berikan seperti "Blogwalking terhebat didunia" dan "teknik blogwalking terpantas didunia hanya di bloglarian".
Tapi kali ini aku nak ajar korang macam mana nak buat blogwalking dengan mudah dan pantas yang mana teknik ni aku tak pernah jumpa lagi mana-mana rakan kita menceritakannya. Mungkin ada yang dah guna dan mungkin juga ada yang first time dengar.
Apa pon ribuan jutaan terima kasih buat sahabat blogger aku Remedy yang telah memperkenalkan teknik ni melalui e-book beliau yang pernah aku dapat secara percuma beberapa bulan yang lepas melalui entri Siapa Remedy?.
Ok aku dah cerita panjang sangat ni... apa kata kita mulakan sekarang..
Langkah 1
Masuk kedalam url www.urlopener.com

Langkah 2

Mas…

Pengumuman dari Nuffnang | Site Maintenance – 29th December 2010

Imej
Salam semua,

Berikut sedikit pengumuman dari majikan kita (nuffnang)..



So kalau sepanjang site maintenance tu.. iklan2 nuffnang mungkin tidak akan dipaparkan.. harap maklum..




-------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Tiramisu Episode Penuh | Free Download Slot Akasia TV3

Imej
Salam semua,


Di sini saya kongsikan drama TV3 di Slot Akasia yang bertajuk "Tiramisu" yang akan mula dipertontonkan setiap petang (Isnin-Khamis) jam 6.30 bermula pada 27/12/2010.
Dapatkan Link Download secara percuma drama-drama dari tv3 disini sekarang.


Sinopsis ringkas " Tiramisuboleh baca dilink sinopsis Tiramisu...

P/S:- File yang didownload adalah dari server 4shared.com & setiap file yang didownload perlu didownload 1 persatu @ setelah 1 file siap didownload barulah boleh download file seterusnya.
"Untuk OST boleh download diOST - Tiramisu"
Download direct link  ---->
Episode 1 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 2 ----Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 3 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 4 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download
Episode 5 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 6 ---- Link 1, Link 2, Link 3<---- Ready 2 Download Episode 7 ---- 

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)

Imej
Salam,
Bersambung kembali pencarian harta karun kita.. untuk hari ke-2.. semakin hari semakin mencabar soalannya.. kalau tak ia2 mau serender je dibuatnya.. tapi kata orang alang-alang menyelup pekasam biar sampai kepangkal lenggan.. alang2 aku dah terjoin apa lagi habiskan jelah pemburuan harta karun ni.. hehehe



SOALAN  ( 2a )
Jika http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com +http://piqasweety.blogspot.com = http://www.jzbusinessworld.com Jika 234 - http://masammaniskelat.blogspot.com  = Mat Gebu , Bagaimana pula jika renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = ?
JAWAPAN ( 2a )
97. anis.farhana


SOALAN ( 2b ) Berdasarkan blog ini , http://familymoza.blogspot.com " Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. 
JAWAPAN ( 2b )

Jawapan aku setelah mengodeh2 blog familymoza ni adalah, handmade wallet yang telah dijahit setakat ini adalah sebanyak  "tidak terkira" berdasarkan entri dah lama buat, tapi peram.
Pandangan aku berkenaan pemilik blog familymoza ni.. ap…

Berita Gembira Buat Pelabur di KWSP | Pendapatan Pelaburan KWSP Bagi Suku Ketiga Meningkat 5.12 Peratus Kepada RM5.75 Bilion

Imej
Salam,
Sebut pasal kwsp je.. semua orang tahukan, kwsp merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk menyimpan duit-duit pekerja bagi kegunaan hari tua.. tapi berapa ramai yang dah rasa duit kwsp ni?
Macam aku sendiri pn belum merasa lagi duit ni sebab aku tak tua lagi..hehe.. apa pon mungkin tahun depan aku dalam perancangan untuk mengeluarkan 10% simpanan akaun 2 aku dalam kwsp untuk pembelian rumah.
So tu salah satunya kebaikkan menyimpan di kwsp sebab kalau nak beli umah boleh keluarkan.. kalau nak kawin tak boleh keluarkan.. hehehe. Berita gembira yang aku baca di www.bernama.com yang mengatakan pendapatan kwsp untuk suku ketiga meningkat  5.12 peratus kepada RM5.75 Bilian.. wahhhhh banyak tu..
Dari berita gembira tu aku menjangkakan kadar dividen & faedah simpanan dalam kwsp mungkin akan diberikan lebih besar dari tahun sebelumnya.. tu hanya ramalan je.. lagi pon aku bukan pakar ekonomi.. hehe
Jom kita baca petikan dari bernama.com
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pendapatan pelabura…

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 1)

Imej
Salam,

Maka bermulalah pemburuan HARTA KARUN BEN ASHAARI pada petang ini.. korang tentu perasankan entri 500 blog! yang aku buat semalam.. semua ada kene mengena dengan entri ni.

Aku tak nak cerita panjang kalau korang nak tahu masuk dalam 500 blog bermula! 



( SOALAN 1 )

Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ... Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan ...

(JAWAPAN)

NO : 10 - http://jantankeparat.blogspot.com/2010/12/tajuk-500-blog.html 
                Entri terkini : (Mari Kenal Blogger Baru...)

NO : 100http://aainaa4a.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (Saya blogger Penang..)

NO : 200http://safiyahezora.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (chantekknya jadual class aku)

NO : 300http://nasyieen.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (ayam masak santan berlada)

NO : 500 - http://burungman.bl…

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Imej
Salam,

Permulaan entri aku hari ini aku mulakan dengan penyertaan Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" yang menawarkan pelbagai hadiah dari Ikea.. mungkin eqbalzack ni salah seorang manager dekat Ikea.. tu yang dia nak bagi hadiah dari Ikea tu.. hehehe..


Oklah mudah saja kalau korang nak dapatkan hadiah2 dari eqbalzack ni.. tengok dekat bawah syarat-syarat yang aku copy paste dari blog beliau.

1. Jadi Followers eqbalzack.com. 2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" 3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. 4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. 5. Tinggalkan link anda pada entry ini.

Tarikh tutup:  1.1.11 jam 1.11 pagi
Keputusan:  1.1.11 jam 11.11 pagi

So macam mana mudah ke susah.. kalau susah biar aku sorang je yang rebut hadiah dekat bawah ni.. sebab bagus juga kalau aku dapat hadiah dekat bawah tu.. boleh aku pasang dekat rumah baru aku nanti.. hehehe
nilah dia hadiah utamanya.. lampu dari ikea.. ca…