Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Tak Suka Tapi Terpaksa

Imej
Sejak aku kena sakit sendi dekat pinggul ni... Dah bermacam-macam jenis ubat aku telan... Dari yang kurang power sampailah yg terlebih power aku dapat hari ni.. Aku dari kecik lagi memang tak suka makan ubat.. Sebab banyak kesan buruk pada masa akan datang kalau terlalu bergantung pada ubat ni...



Disebabkan ubat yang aku makan sebelum ni.. Macam tak beri kesan apa-apa.. Aku gi jumpa balik doktor yang rawat aku hari tu... Kali ni jumpa doktor yang lain.. Ingatkan dia bagi surat untuk reffer dekat hospital terus... Tapi dia bagi lagi ubat yang power katanya.. Dia kata kalau tak ok juga baru gi xray...

Harap-harapnya dah makan ubat baru ni nanti adalah perubahannya... Sangat seksa bila sendi cedera ni... Huhu.. Duduk sakit
. Baring sakit... Berdiri lama lagilah sakit..

Kalau ubat moden tak jalan.. Rasanya kena gi berubat tradisional pulak... Doa2 aku cepat sembuh... Dan kami sekeluarga terus sihat.. Banyak urusan tergendala bila tak sihat ni..
posted from Bloggeroid

Manfaatkan Penggunaan Maybank2u Pay Untuk Usahawan Online

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Budaya membeli belah secara online sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita sekarang ini.. rata-rata pengguna internet tegar lebih gemar membeli belah secara online dari pergi ke pasaraya atau butik-butik pakaian.Kalau ada yang perasan atau tidak baru-baru ini Maybank telah melancarkan satu lagi kaedah pembayaran pantas diatas talian yang dikenali sebagai Maybank2u Pay bagi memudahkan usahawan yang  berniaga secara online.Sudah semestinya aku dan cik isteri yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan online ni menyambut baik services terbaru dari maybank ini.{Jemput Singgah Ke Kedai Online Kami}Dengan adanya services Maybank2u Pay ni.. pelanggan yang mempunyai akaun maybank dan ingin membuat bayaran tempahan hanya perlu klik logo Maybank2u Pay seperti dibawah ni.Selepas itu satu tetingkap akan dibuka untuk pelanggan memasukkan login & password maybank2u mereka.. jika akaun berjaya dibuka.. pelanggan hanya perlu memasukkan ema…

IKEA Meatballs Terjahan Kali Ke-2

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Cerita ni sebenarnya minggu lepas punya.. kebetulan hujung minggu lepas aku kena duty sabtu & ahad jadi time duty tu aku tak bawaklah cik malarang dengan Harraz dekat opis.. kiranya dah lama juga aku dah tak bawak dia orang berdua sebab sekarang ni.. anak susah nak kawal dah dekat opis.. habis semua barang-barang opis nak di punggahnya.. jadi setiap kali duty hujung minggu cik malaranglah yang akan teman harraz dekat rumah..Jadi kebetulan lepas habis kerja hari ahad tu aku bawaklah cik malarang dengan Harraz untuk ronda-ronda luar kawasan sekitar damansara.. yelah kesian dia orang 2 hari duduk rumah macam dalam sangkar burungkan.. jadi kasilah dia orang hiburan dekat luar..Entah macam mana.. masa nak keluar rumah tu aku terus cakap dengan cik malarang apa kata kita gi makan meatballs lagi.. dia apa lagi.. ibarat orang lapar disorokkan makanan.. mestilah suka.. hehehe..Tengok Harraz tu.. kalau pegang makanan mesti nak pegang dua-dua tanga…

Tolong Selamatkan Blog Aku Dari Terus Hanyut

Imej
Assalamualikum dan salam sejahtera,Rasanya inilah kali yang paling teruk sekali keadaan blog peribadi aku ni.. mana tidaknya seminggu nak update satu entri pun tak sempat.. sebuk tahap mengalahkan YB nak masuk bertanding PRU13.Tengok sahaja dari statistik minggu lepas pernah sehari aku punya visitor kurang dari 500UV.. kalau sebelum ni.. hujung minggu paling tidak 1K mesti dalam tangan punya.. tapi sekarang nak cecah 1K pun payah hari-hari biasa..Macam nilah kesan kalau lama sangat tak update blog.. Nampak gaya kena rajinkan diri semula ni.. almaklum jelah time-time trafik jatuh macam ni.. dapat pulak advertorial dari pengiklan.. memang tak patut kalau trafik tak diupkan semula..Idea ada.. cuma kekagan masa menjadi penghalang sekarang ni.. harap-harap tidak berpanjangan mood bersawang blog ni.. cukuplah satu blog dah terus berdebu dah bersawang milik cik malarang.. hehehe.** Tengah mencari-cari pembekal hosting yang baik dan murah.. ada sapa-sapa boleh bagi cadangan mana yang service …

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi Tapi kekadang Pergi Ke Longkang Juga

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera,Cuba teka.. siapakah baby comel yang pipi labuh dekat atas ni…Yang ni sapa pula.. hehehesama tak muka & dahi saya.. hehehe..Dah lama tak balik kampung Penang & Johor rindu dekat family mertua dan family sendiri dikampung.. bilalah rasanya ada hujung minggu yang free untuk balik kampung ni.. minggu ni memang full day 7 hari seminggu kerja dek gara-gara duty untuk penamaan calon PRU13.Minggu depan pulak cik malarang ajak gi hadir satu seminar.. yang ni kena gi untuk cari peluang bissness.. minggu lagi  satu duty lagi 7 hari seminggu untuk hari menggundi PRU13.. Minggu akan datangnya lagi cik malarang pulak ada team building 3 hari dekat seremban.. akulah yang akan jadi big mama 3 hari dekat rumah.. yang ni takda masalah sebab aku dah tahu macam mana nak handle Harraz dekat rumah ni.. ada sapa-sapa yang sudi teman aku jaga harraz tak.. heheheMinggu berikutnya aku pulak duty lagi hujung minggu… 5 minggu akan datang memang semua jadual dah penu…

Anak Sembelit Najis Berdarah

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Memang sedih dan sebak setiap kali anak nak buang najis mesti nangis sekuat-kuatnya.. meneran sekuat-kuatnya tapi najis tak keluar-keluar.. terpaksa kami bantu cangkungkan baru najis boleh keluar..Tapi hari ini sangat memeranjatkan aku dengan cik isteri bila anak tetiba teriak dan meneran.. macam nak buang najis.. tapi yang keluar hanya darah dahulu baru disusuli dengan najis keras bercampur dengan darah..Adakah disebabkan susu formula yang aku baru bagi sebulan yang lalu? baru sahaja sebulan aku start bagi anak aku ni minum susu formula Dugro Fruit & Veg di selang selikan dengan susu ibu pada sebelah siangnya…sebanyak 4 paket 900g yang anak dah minum.. sebelum aku tukar kepada Dugro 5 Power Nutri dengan ekstrak kurma 2 hari yang lalu.. memang sebelum aku tukar kepada Dugro 5 Power Nutri ni anak dah mula membuang najis dengan sembelit lepas minum 3 paket susu Dugro Fruit & Veg.. ingatkan bila tukar kepada yang Dugro baru ni.. masalah s…

Anak Membesar Di Rumah Pengasuh

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Macam nilah gaya anak aku setiap pagi bila aku nak gi kerja, kekadang tak bangun lagi aku dah angkat bawak dia pergi rumah pengasuh.. kekadang tak sempat nak tengok muka daddy dengan mama dia pepagi.. bangun-bangun je terus tengok muka pengasuh..Sampaikan ada sorang pakcik dekat area rumah pengasuh tu cakap dengan aku.. dah besar ye anaknya.. anak ni membesar dekat jalan je..huhu.. mana tidaknya pepagi lagi belum matahari terbit dah keluar rumah.. mata hari terbenam baru ambil anak semula.. dekat rumah adalah 3 jam atau 4 jam sempat main-main dengan dia sebelum dia tidur..Rutin harian tu berulang dan terus berulang sampai entah bila.. macam nilah gaya kalau dua-dua berkerjaya.. Bilalah rasanya dapat full time jaga anak ni sampai membesar?.. nak berenti kerja dan jaga anak sepenuh masa rasanya masih belum berkemampuan lagi.. sebab banyak lagi komitmen yang perlu dilunaskan setiap bulan.. semoga rezeki kami terus dimurahkan.. amin

Ujian Datang Lagi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Untuk 3-4 hari ni memang aku rasa tak berapa sihat.. mungkin kalau sekali pandang takda sapa yang perasan yang setiap kali aku jalan, baring, duduk semua macam biasa je.. walaupun pada hakikatnya memang aku kurang selesa semua waktu aku baring, jalan atau duduk..Sampailah tadi pagi bila aku nak bangun je.. aku tak boleh nak bangun sendiri sebab aku akan rasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri sampai ke hujung kaki kiri aku.. bila dah bangun pulak.. duduk pun sama juga serba tak kena.. seperti ada urat belakang aku yang terseliuh.Jadi disebabkan aku dah tak tahan aku gagahlah juga ke klinik berdekatan dengan rumah aku untuk ambil ubat.. 2 hari sebelum tu aku dah ambil ubat dekat klinik lain tapi macam takda tindak balas je ubat tu dekat sakit belakang aku.. so cik isteri paksa aku sekali lagi ambil ubat dekat klinik yang lain. Kali ni doktor bagi aku ubat yang kuat sikit.. katanya.. ubat yang sebelum ni dia suruh aku habiskan.. kalau dal…

Bergambar | Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Petang tadi sempat juga menghadirkan diri di Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri di Carrefour (AEON BIG) Mid Valley Megamall bersama cik isteri atas undangan Nuffnang.Pada masjlis tu Dumex Durgo telah melancarkan Dumex Dugro 5 Power Nutri, rangkaian susu kanak-kanak membesar yang menyokong tumbesaran menyeluruh termasuk perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan.Sesi pendaftaran oleh pihak media termasuk bloggerMajlis yang di hoskan oleh pelakon kecik molek Yasmin Hani menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.Cik Toni Brendish, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malayasia) sedang memberikan ucapan..Majlis pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri disempurnakan oleh Cik Toni BrendishDuta cilik Dumex Dugro 5 power nutriBarisan orang kuat dumex yang terdiri dari pengarah urusan dan pengurus pemasaranStrawberry coklat sebagai juadah ringan buat semua pengamal mediaalhamdulillah kenyang makan strawberry coklat ni.. habis je di…

Setahun 4 Bulan Dah Boleh Bagi Adik Ni

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pejam celik dah genap setahun 4 bulan usia si manja kami ni.. macam rasanya baru je semalam aku azankan telinga kanan dia dekat bilik bersalin..tup-tup dah boleh berlari sekarang ni.. sungguh cepat masa berlalu.. semoga terus sihat dan membesar menjadi anak yang soleh.. amindah pandai nak baca buku…dah pandai ambilkan barang kalau kita minta..kalau berjalan.. macam-macam gaya dia buat.. hehehehandsome tak saya?dah pandai tengok iklan dekat tv.. lagi-lagi kalau iklan tu ada gambar baby atau kanak-kanak..memang di suka betul.. sanggup berdiri tak gerak-gerak tekun tengok iklan tupermainan jangan cakaplah dah penuh sebakul.. kalau umur sepuluh tahun rasanya mau penuh bilik tamu dengan mainan dia je.. hehehetekun tengok iklan lagi..

Tips Untuk Memasarkan Sesuatu Produk | Tips Dari Dr Azizan Osman

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Seperti mana yang saya janjikan dalam entri  50 Idea Pemasaran Dari Dr Azizan Osman untuk dikongsikan bersama pembaca semua.. hari ini saya kongsikan 50 idea pemasan tersebut sebagai rujukan atau panduan kepada yang masih gagal dalam memasarkan produk-produk mereka.Anda boleh mencuba mana-mana idea dibawah untuk memasarkan produk anda#01 – Berikan Jaminan Wang Dikembalikan#02 – Minta Dan Gunakan Testimonial Pelanggan#03 – Berikan Hadiah Percuma Yang Lain Dari Yang Lain#04 – Mempromosikan Ketika Pelanggan Sedang Menunggu Atau Sedang Menunggu Di Talian#05 – Melaburlah Untuk Mendapatkan Kredibiliti Daripada Pihak Ketiga#06 – Rakamkan Video Anda Di Youtube#07 – Maksimakan Jenama (Branding) Menggunakan Alatulis Perniagaan Anda#08 – Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda#09 - Blog#10 – Tambah Maklumat Baru Di Laman Web Anda#11 – Lancarkan Pertandingan Atau Cabutan Bertuah#12 – Perhidmatan Pelanggan Yang Luar Biasa#13 – Berikan Kad Diskaun Atau Vo…

5th Maternity and Children Expo 5 - 7 April 2013

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Expo barangan baby datang lagi.. apa kata hujung minggu 2 hari ni kalau korang free bolehlah gi terjah 5th Maternity & Children Expoyang bermula pada 5hb – 7hb April 2013 dekat Mid Valley Exhibition Centre..Nak menang hadiah Like Facebook ExpoInsyaAllah rasanya nak pergi juga sebab nak cari pampers untuk si harraz ni.. kalau nak borong pampers murah time expo macam nilah.. harap-harap adalah Drypers buat sales.. tak pun Whoopee ke.. aku jenis tak kisah janji murah..Jom gi shopping hujung minggu ni..