Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malaysiakini

Malaysiakini Diserang Malware

Imej
Salam pagi semua, pagi ni macam mana entah boleh aku tergerak hati nak tengok cerita pasal politik semasa tanahair so aku cubalah buka website popular Malaysiakini, tiba-tiba aku dihidangkan dengan popup seperti dibawah. alamak!! aku kata dalam hati.. sebelum ni gengblogger yang asik keluar macam ni.. sekarang malaysiakini pulak. aku rasa nak dekat2 raya banyak pulak malware serang website-website popular ni.. tak tahulah apa punca dia ni saja nak test power ke atau saja nak uji kelemahan website tu. malaysiakini.com yang kena tempias malware Malaysiakini.tv yang kena jangkitan Dari apa yang aku perhatikan website yang dijangkiti adalah website sub domain bagi malaysiakini iaitu malaysiakini.tv. kalau sebelum ni gengblogger kena dan sapa yang ada link dalam blog dengan gengblogger terkena juga tempiasnya. so kita buang je link gengblogger dalam blog kita seatle masalah. tapi kali ni web master untuk malaysiakini ni kena seatle lah cepat-cepat sebelum pelawat beralih arah ke tempat lain...