Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuti-cuti

Pengalaman Naik Bukit Bendera @ Penang Hill

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Entri ni sepatutnya dibuat tahun lalu.. tapi disebab mood nak update entri tu takda dan sentiasa sebuk memanjang je.. so tertangguhlah entri ni selama 2 minggu.. Kali ke-2 sampai di Bukit Bendera walaupun dah 4 tahun jadi sebahagian dari orang Penang.. first time naik bukit bendera dulu masa sekolah rendah.. itu pun ikut rombongan sambil belajar.. tahun bila aku  pun dah tak ingat.. dan memang tak ingat dah langsung pemandangan dekat bukit bendera tu.. Di sebabkan kebetulan hujung tahun lepas aku memang balik bercuti di Penang dan beberapa orang family cik isteri pun tengah bercuti dipenang juga.. so kami sekeluargalah pakat-pakat nak naik bukit bendera sambil bawa anak saudara dan sepupu-sepupu cik isteri. Seperti yang telah dirancang tarikh 23hb Disember 2013, hari isnin kami sepakat untuk kesana.. bertolak dari rumah mertua sebelah pagi.. sebab takut sampai lewat dan taknak berebut-rebut beli tiket bila dah tengahari...

Bercuti Di Cameron Highlands | Pasar Malam Brinchang – Part 5

Imej
  Salam semua, Mood rajin tengah datang ni.. so nak sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands 2 minggu lepas.. kali ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar suasana di Pasar Malam Brinchang . Sebelum terlupa, cerita yang lepas ada Part 1 , Part 2 , Part 3 & Part 4 so korang yang dah terlepas tu bolehlah baca link yang aku bagi tu ye.. Jom layan gambar dulu.. aku nak kurangkan membebel kali ni.. hehehe Melangkah masuk ke pasar malam Berinchang dengan wajah gembira.. sapa yang lagi yang paling gembira kalau bukan cik malarang.. kalau boleh semua baju-baju ni dia nak beli.. hehehe Nak cari cenderhati untuk dibawa balik pun banyak dijual di pasar malam Berinchang ni.. Paling banyak dijual dipasarni ada sayur-sayuran segar dari ladang… macam-macam ada.. korang pilih je sayur apa yang korang suka.. Macam biasa.. orang pompuan kalau dah jumpa bunga.. selagi tak beli mesti tak nak berganjak dari tempat tu.. hehehe.. tapi apa yang mena...

Bercuti Di Cameron Highlands | Ladang Teh Bharat – Part 4

Imej
  Salam semua, Minggu ni mood macam ada malas sikit nak update entri.. mungkin sebab penat sikit kot dengan kerja-kerja dekat opis.. kekadang cik malarang saja perli aku.. katanya “ baru sehari banyak kerja dah penat.. lain-lain hari tu mana ada kerja.. duduk depan pc je ..” hehehe.. sebenarnya memang betul pun apa yang wife aku cakap tu. Ok sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands , sekarang ni dah masuk Part 4.. Part 1 , Part 2 dan Part 3 korang boleh baca dekat link tu ye kalau dah tertinggal. Ok part kali ni aku nak sembang pasal lokasi yang kami kunjungi iaitu Ladang Teh Bharat . Cameron Highlands ni selain terkenal dengan buah strawberry ianya juga terkenal dengan ladang teh.. setahu aku dekat cameron ni ada 2 ladang teh yang besar iaitu ladang teh bharat dengan ladang teh boh.. dua-dua  ladang aku pergi. ---------------------------- Sedikit Info Tentang Ladang Teh Bharat ---------------------- ladang teh yang terletak betul-betul di t...