Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KPJ2

Menuju Ke 6 Bulan Selepas Pembedahan

Imej
Alhamdulillah... tinggal beberapa hari lagi cukup 6 bulan selepas Pembedahan... Sabtu lepas dah jumpa Dr. Untuk follow-up.. MC juga dah berakhir pada 9hb May.. Maksudnya dah boleh masuk opis, kerja seperti biasa.. Dr pesan boleh buat aktiviti macam biasa.. Cuma kena jaga-jaga untuk mengangkat beban yang berat dan kalau boleh elakkan dahulu..  Physio juga Dr. Kata tak perlu teruskan juga.. Just buat beberapa latihan yang dia jar dekat rumah sahaja.. Untuk kuatkan otot utama.. Dalam tempoh 6 bulan ni.. 15 kali juga buat follow up untuk physio...  Physio ke 15 dan terakhir...  Insyallah lagi 3 bulan baru buat follow semula dengan Dr. Semoga kesihatan terus bertambah baik.. Aamin.. 

2 Bulan Sudah

Imej
Alhamdulillah.... Hari ini 27hb dah 2 bulan saya selesai menjalani pembedahan slipdisc prosedur PLIF (boleh Google) Berjalan atau brisk walk alhamdulillah tiada masalah.. Cuma belum berani untuk berlari 2 anak... Atau joging.. Sebab kekadang bila berlaku hentakkan masih terasa bahagian belakang.. Last jumpa pakar hari tu pun lepas MRI katanya bone graft yang dibuat belum tumbuh lagi...  Jadi Harapnya next appointment bulan 2 nanti ada perkembangan baik untuk bone graft ni... Beginilah rupa disk saya yang tengah2 yang telah di buang.. Tiada disk lagi.. Hanya diletakkan disc palsu titanum untuk perantara L4-L5  Menurut Dr. yang buat pembedahan saya titanium yang diletakkan di tengah2 tu kedudukan dia melintang di tengah2 seperti dalam gambar atas Selain titanium yang diletakkan di tengah2 disk.. Dr. Juga menggunakan tulang saya yang di potong sebagai bone graft didalam disc tu.. Katanya nanti tulang tu akan tumbuh didalam disc tu.. Masa yang d...

Follow-UP Selepas Pembedahan Slipdisc 45 Hari

Imej
Alhamdulillah sedar tak sedar dah 45 hari berlaku... dah 45 hari juga saya MC tak masuk office... Kalau ikutkan MC pertama Dr. Bagi selama 2 bulan... Semalam buat follow lagi dan buat physio sekali Dr. Tambah lagi MC 2 minggu lagi.  Semalam juga buat Xray pertama selepas Pembedahan untuk Dr check keadaan pembedahan L4-L5 tu... Dr. Kata dari hasil Xray Bone graft yang dia buat dan letak di tengah L4-L5 tu belum tumbuh lagi... Rupanya baru saya tahu sebahagian tulang belakang saya dia potong dan jadikan gantian bagi tengah2 L4-L5... Dia kata biasa tulang akan ambik masa 3 bulan akan tumbuh dan penuh dalam tu.. Jadi lepas ni akan ada 2 kali lagi xray untuk tengok perkembangan bone graft tu...  Keadaan saya alhamdulillah berjalan ok.. Cuma untuk naik tangga atau kawasan sedikit berbukit saya perlukan tongkat untuk bantu kaki kanan yg lemah sikit.. Dr. Kata lama-lama nanti ok.. Kena banyak latihan berjalan.. Insyallah semoga semakin h...

Check List Selepas Pembedahan Slipdisc 30 Hari

Imej
Pergerakan fitrah selepas sebulan Open Surgery Slipdisc L4-L5 : 27/11/2025 - 26/12/2025 - Pergerakan solat - masih duduk semasa solat.  - Cangkung - masih sakit, bangun perlu bantuan.  - Turun naik tangga - perlu bantuan masih berat nak angkat kaki - Bersila - Sedikit sakit di belakang bahagian pembedahan - Duduk - masih sakit - Rukuk/bongkok - masih gagal dan sakit Nampaknya selepas 30 hari MC selepas Pembedahan masih banyak aktiviti yang belum normal... Hari ni juga merupakan temujanji physio saya yang ke-4 selama sebulan... Ibarat seminggu sekali set physio... 2 aktiviti physio sahaja yang doktor benarkah... Renjatan elektrik dan ais pad.. Yang mana setiap satunya dibuat dalam masa 15 minit... Hope akan datang ada lagi kemajuan... Aamin... 

Hari ke 21( 3 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kaki Kanan Masih Ada Kebas

Alhamdulillah 21 hari dah atau masuk 3 minggu selepas pembedahan... Aktiviti masih terbatas adakalanya berjalan masih macam kura2 bila datang bisa pada bahagian pembedahan..  Luka pembedahan hampir sembuh.. Tetapi bisa didalam masih terasa.. Lagi2 selepas bangun tidur atau duduk yg lama...  Doakan semoga terus sihat.. Aamiin 

Hari ke 14 ( 2 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) 1st follow-up Physio di Rehab KPJ2

Imej
Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari ke-14 selepas pembedahan... Berjalan pelan-pelan dalam rumah alhamdulillah.. Masih perlukan walker kalau lama duduk untuk berjalan.. Sebab bahagian operation akan rasa mengilu bila berdiri selepas duduk yang lama.. Untuk 1st follow-up Physio di pusat Rehab KPJ2 ni.. Ditemani cik isteri...  Antara physio yang dibuat hari ni... Adalah renjatan elektik pada bahagian belakang selama 15 minit... Selepas tu rehat 2 ke 3 minit.. Sambung prosedur letak ais di belakang bahagian pembedahan selama 15 minit..  Tujuan ais tu untuk kurangkan bengkak.. Sebab mass banyak berjalan dirumah hari tu tetiba belakang naik bengkak.. Terus cari ais pack bubuh belakang.. Sebab hospital ada bekalkan bawak balik umah.. Jadi untuk first physio ni 2 sahaja physio yang dia buat... Next appointment lagi seminggu.. Kita tengok lepas ni masih sama atau ada tambahan jenis physio...  Pegawai rehab tu kata untuk dr. Yang buat pembedahan saya t...

Minggu Pertama : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kebas-Kebas Kaki dan tangan

Imej
Alhamdulillah hari berganti hari.. Tanpa sedar dah seminggu berlalu selepas pembedahan.. Alhamdulillah bangun, duduk, berjalan perlahan dah berdiri boleh buat secara sendiri.. Cuma kalau duduk lama nak bangun agak lambat sikit.. Begitu juga lepas baring yang lama ambik masa sikit untuk bangun duduk dan berdiri.. Tapi alhamdulillah masih boleh buat sendiri.  Pergerakkan ke bilik air juga alhamdulillah ok.. Walaupun sentiasa berjaga-jaga untuk elakkan dari terjatuh.. Rutin harian sejak balik rumah.. Baring, tengok tv, duduk, makan ubat, tidur diulang- ulang... Hehehhe.. Insyallah jika ada perubahan yang ketara nanti saya cuba kongsikan lagi.. Mungkin lepas ni seminggu sekali saya akan kongsikan perkembangan selepas pembedahan.. 

Hari 4 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Boleh Balik Rehat Di Rumah

Imej
Alhamdulillah... Masuk hari ke-4 semakin baik... Seawal pagi nurse dah datang nak cabut saluran beg kencing.. 2 orang nurse datang bantu.. Alhamdulillah lepas buang beg kencing dah boleh kencing secara normal tanpa sebarang komplikasi... Begitu juga lepas beberapa hari tidak dapat membuang air besar lepas nurse berikan ubat alhamdulillah berjaya juga buang air besar pertama kalinya.. Sebab risau takda perasaan nak membuang selama 4 hari walaupun makan.  Hari ke-4 juga dapat kunjungan rakan-rakan pejabat... Terima kasih sudi datang ziarah.. Sebelah paginya ada buat physio untuk ais pad dan renjatan elektik.. Serta latihan berjalan untuk satu pusing u diluar wad..  Ni alat buat renjatan elektik di bahagian belakang so kita dapat rasa macam kena gigit dibelakang dalam masa 15 minit..  Sebelah petang Dr Bedah saya datang buat pemeriksaan dan memaklumkan saya dah boleh discharge untuk hari ke-4 alhamdulillah so dapatlah sambung berehat di ru...

Hari 3 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Tak Boleh Tidor Malam

Imej
Alhamdulillah ketemu lagi update harian selepas pembedahan.. Untuk next day after post-surgery hari ke-3 tak sama macam sebelumnya.. Sebab pergerakkan ada sedikit terbatas dan mula rasa ngilu dah tidak selesa bahagian kanan punggung ke lutut.. Kalau berdiri seperti lemah tutut dan mcm nak jatuh mungkin juga sebab hari sebelumnya banyak berjalan. Kesakitan hanya melibatkan bahagian kanan sahaja... Sebelum pembedahan sakit teruk bahagian kiri sampaikan hujung ibu jari kaki kiri kebas... Ada sesekali sakit sama pindah ke kanan juga tapi banyak di kiri.. Jadi lepas pembedahan ni.. Alhamdulillah sakit bahagian kiri hilang hampir 100% masalah sebelumnya..  Ada tanya doktor kenapa pindah sakit sebelah kanan.. Dia kata sebab sebelah kanan tengah support sakit sebelah kiri dan lama-lama akan kembali ok.. Dr. Bekalkan ubat tahan sakit sahaja sebab penggunaan Moffin dah diberhentikan sejak hari ke 2 lagi.. So mungkin segala sakit selama ni ada tapi cover by ubat moffin.. So bila moffin stop b...