Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Susu Formula

Teruja Bila Tengok Susu

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Macam mana cuti raya korang semua.. pastinya ramai yang dah start kerja semula kan lepas bercuti panjang.. macam kami sekeluarga baru je start kerja hari ni lepas seminggu cuti dekat kampung aku di Johor. Oklah aku nak kongsi sekeping gambar masa dekat kampung hari tu.. longgokkan stok sample  susu anmum perisa madu.. Tengoklah gelagak anak aku bila tengok susu yang banyak depan mata.. kalau boleh dia nak baring atas susu anmum tu.. hehehe.. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh dapat stok susu sample anmum yang sebanyak itu… hehehe.. jeng-jeng.. cuba teka.. :-)

Promosi Anmum Essential RM75.99 Di Tesco

Imej
Alhamdulillah kebetulan dah gaji hari ni... Dan kebetulan juga Tesco ada buat offer seminggu sampai 26hb Jun.. Terus ajak cik isteri lepas balik keje ke Tesco Kepong. Seperti yang dijangka susu yang Harraz tengah minum sekarang dari jenama Anmum memang ada offer.. RM75.99 untuk yang dalam tin berat 1.6kg.. Kalau harga normal RM85.90... So jimatlah RM10 untuk satu tin.. dan kalau beli 2 tin dapat pulak Voucer RM8.. Murah punya pasal terus ambil 2 tin.. Simpan untuk stok akan datang.. Kalau-kalau terdesak hujung bulan ada juga stok susu untuk Harraz minum nanti. Cuma ada sedikit kecewa tadi masa beli barang lain dekat tesco bila tanda harga dekat rak tidak sama dengan bil bayaran.. Bila aku complain dekat customer service dia orang label dekat rak tak betul.. Sebagai pelanggan aku sangat terkilanlah sebab seolah-olah macam kena tipu.. Harga tu bukan berbeza sikit tapi harga yang dicharge 2 kali ganda dekat label rak.. Sebelum tu ada juga cuba scan barcode tu dekat mesin pen...

4 Kali Tukar Susu Formula Baru Serasi Dengan Harraz

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bertukar-tukar jenis susu formula untuk harraz.. akhirnya jumpa juga susu formula yang serasi dengan beliau.. bukan ketiga-tiga susu formula sebelum ni anak tak nak minum semua dia minum dengan berselera.. cuma masalah timbul bila nak buang air besar.. Setiap kali nak buang air besar mesti menjerit-jerit nangis sebab sembelit.. kesian aku tengok sebab macam menderita sangat anak aku ni. Dumex Dugro menjadi susu formula pertama harraz .. dan adalah hampir sebulan kami guna susu ni sebelum bertukar kepada susu formula kedua.. Dugro ni aku suka sebab wangi anak pun suka minum cuma masalah pada penghadaman sahaja.. mungkin tak serasi kot dengan badan dia. Setelah meminta cadangan dari rakan-rakan.. dia orang cadangkan aku tukar dugro kepada Dutch Lady 123 .. tapi still keputusannya sama.. adalah hampir 4 paket juga aku guna sebelum tukar lagi ke susu formula ke-3 Susu formula ke-3 adala...

Dugro 5 Power Nutri Pilihan Ibu-Ibu Di Malaysia

Imej
"Artikal tajaan selama 48 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini" Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Seperti yang anda sedia maklum semua, baru- baru ini Dumex Malaysia telah melancarkan Dumex Dugro 5 P♥wer Nutri , rangkaian susu untuk kanak-kanak membesar yang menyokong tumbesaran menyeluruh bagi perkembangan kanak-kanak. Dumex Dugro 5 P♥wer Nutri merupakan satu formula yang menyokong perkembangan tumbesaran menyeluruh untuk kanak-kanak membesar. Tumbesaran menyeluruh termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan. Dugro telah mempertingkatkan rangkaian susu sedia ada mereka dengan menghasilkan pilihan varian berasaskan fungsi, dan bukan sekadar perisa, bagi menambahkan khasiat kebaikan produk Dugro. Varian asli kini diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, manakala varian Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Varian Coklat ...

Dugro 5 Power Nutri Anak Sihat Minda Cergas

Imej
"Artikal tajaan selama 48 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini" Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi seorang ibu atau ayah apa yang penting dalam perkembangan anak adalah dari segi pembesaran anak tersebut.. sentiasa memastikan anak sihat dari masa kesemasa.. bukan sekadar tu sahaja bila tubuh badan sihat pastinya minda juga akan cergas dan anak sentiasa bertenaga disamping mempunyai daya tahan badan yang kuat. Seperti anak saya alhamdulillah sehingga usia setahun 4 bulan ini hanya beberapa kali sahaja demam itu pun tidak mengambil masa yang lama untuk baik biasanya dalam 2 hari sahaja demam dah pulih. Dah pandai memegang handphone dan meletakkan ditelinga Paling menggembirakan saya, sekarang ni anak dah pandai bercakap dalam handphone.. sudah boleh memahami dan memberi respone serta bercakap dalam bahasa beliau didalam telefon. Kalau bab bermain, saya dah ajar dia bermain lego.. sudah pandai menyusun lego mengikut s...

Dumex Dugro Fruit & Veg Menjadi Susu Formula Pertama Si Harraz

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Setelah beberapa hari memikirkan susu formula apa yang nak diberikan kepada anak kami ni.. akhirnya susu formula dari jenama Dumex Dugro 1-3 tahun menjadi pilihan.. Kebetulan hujung minggu tu aku gi tesco untuk beli beberapa barang dapur jadi terus aku carikan susu formula untuk harraz sekali. Memang kalau ikutkan bermacam-macam jenis susu formula yang ada.. dari yang murah sampailah yang tersangat mahal.. setelah mengambil kira beberapa pandangan rakan-rakan blogger dalam entri aku Oh Tidak! Stok Susu EBM Harraz Kehabisan sebelum ni.. jadi ada baiknya aku mencuba susu formula yang murah dahulu.. kalau serasi dengan perut anak aku.. akan aku teruskan.. tapi kalau tak sesuai cuba carikan susu formula yang lain. Sedikit info tentang Dugro Fruit & Veg Dugro ® Fruit & Veg Baharu dan dipertingkatkan. Kebaikan susu dengan khasiat daripada 13 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ekstrak digabungkan untuk membekalkan 75% nu...