Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesihatan

Ujian Datang Lagi

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk 3-4 hari ni memang aku rasa tak berapa sihat.. mungkin kalau sekali pandang takda sapa yang perasan yang setiap kali aku jalan, baring, duduk semua macam biasa je.. walaupun pada hakikatnya memang aku kurang selesa semua waktu aku baring, jalan atau duduk.. Sampailah tadi pagi bila aku nak bangun je.. aku tak boleh nak bangun sendiri sebab aku akan rasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri sampai ke hujung kaki kiri aku.. bila dah bangun pulak.. duduk pun sama juga serba tak kena.. seperti ada urat belakang aku yang terseliuh. Jadi disebabkan aku dah tak tahan aku gagahlah juga ke klinik berdekatan dengan rumah aku untuk ambil ubat.. 2 hari sebelum tu aku dah ambil ubat dekat klinik lain tapi macam takda tindak balas je ubat tu dekat sakit belakang aku.. so cik isteri paksa aku sekali lagi ambil ubat dekat klinik yang lain. Kali ni doktor bagi aku ubat yang kuat sikit.. katanya.. ubat yang sebelum ni dia suruh ak...

Ujian Darah.. Mungkinkah Aku..

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Bila sebut nak gi klinik atau hospital untuk buat pemeriksaan kesihataan macam-macamlah alasan yang aku bagi dekat cik isteri... Bila suka bertangguh penyudahnya yang derita diri sendiri juga... Sampailah aku mimpi apa entah tetiba nak gi buat ujian darah ari sabtu lepas... Tapi gagal juga untuk buat ujian darah tu sebab terpaksa tunggu 2 jam untuk giliran aku.. Walhal perut dah sakit dek gara-gara tak makan langsung sejak jam 6.00 petang semalamnya.. Kecewa punya pasal terus balik dengan hampa... Terus cari kedai... Melantak puas-puas.. He3.. Balik je rumah terus aku termenung kejab.. Aku fikir Lebih baik aku gi juga buat ujian darah minggu ni... Lagi lambat lagi banyak masalah nanti... Huhu... Jadi pagi ni dengan semangat berkobar-kobar terus pegi sekali lagi klinik yang buat ujian darah tu... Klinik tak buka lagi aku dah tunggu... Alhamdulillah aku orang kedua untuk buat ujuan darah tu.. Doktor kata khamis baru dapat keputusan...

Teknik Menyelamatkan Bayi Tercekik | Panduan Bantuan CPR Untuk Bayi

Imej
Salam semua, Hampir dikatakan setiap hari kita dengar berita menyedihkan tentang bayi meninggal dunia dek kerana tersedak susu atau tercekik sesuatu sehingga tidak boleh bernafas.. Kalau boleh semoga dijauhkan musibah begini dari keluarga kita.. ibu & ayah mana tidak sedih, anak yang dikandung selama 9 bulan pergi begitu sahaja dek kerana tersedak susu atau tercekik sesuatu. So kebetulan tengah baca paper utusan tadi ruangan PancaSihat adalah satu artikal yang ditulis bertajuk “Bayi tercekik? Jangan panik!” bagus juga artikal tu sebab dalam tu dia tulis panduan untuk menyelamatkan bayi yang tercekik.. Dibawah ni aku nak kongsikan panduan yang ditulis dalam artikal tu.. sebagai panduan bersama andai kata kita berhadapan dengan situasi cemas seperti diatas. Dibawah adalah teknik atau panduan untuk membuat bantuan CPR buat bayi. Semoga panduan diatas dapat memberi manfaat buat kita semua.. Sebelum terlupa… eh… hari ni hari BAPA ye.. wah tak sangka pulak aku dah 6 bul...

Cabaran 30 Hari Lelaki Kacak Bina Six Pack

Imej
  Salam semua, Rasanya dah tiba masanya aku kena buat cabaran untuk diri aku sendiri.. mana tidaknya semakin hari semakin teruk aku tengok six pack aku ni.. hahaha.. rasanya bukan aku sorang kot.. korang yang bergelar lelaki kacak yang tengah baca entri ni pun mesti tengah mengalami masalah sama dengan akukan..hehehe Dulu sebelum kawin rasanya perut pun takda.. tapi lepas 2 tahun kebelakangan ni.. perut terlebih-lebih pulak.. hahaha Apa kata jom sama-sama dengan aku membuat cabaran untuk diri sendiri ( terutama yang sejantina dengan aku ) untuk membuat Six Pack dalam tempoh 30 hari.. korang sanggup tak? Korang rasa-rasa boleh tak? kalau tak berjaya jadi six pack pun sekurang-kurangnya kurang 1 inci tebal perut tu pun dah ok.. hahaha. Dekat bawah ni aku nak kongsikan beberapa senaman yang kita boleh jadi panduan kita bersama.. Apa pun kalau senaman je.. makan tak jaga tak jalan juga cabaran ni.. so mulai saat ini makanan be...

Jangan Takut Derma Darah Sebab…

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah baru je  selesai tadi Derma Darah dekat opis ni.. kebetulan Pusat Darah Negara ada buat kempen derma darah dekat opis ari.. jadi ambillah peluang menderma sekalikan.. Rasanya ni kali ke-3 kot aku menderma sepanjang hidup aku… tak banyak kali macam orang lain.. Kenapa korang takut derma darah ye? tu persoalan yang selalu bermain dalam fikiran kitakan. Sakit ke? oklah jawapan tu korang boleh tengok dalam beberapa slide yang sempat aku ambil tadi semasa penerangan kempen derma darah ni. Jom kita tengok apa faedah-faedah menderma darah?   Setelah habis penerangan tadi.. so lebih kurang 30 staff telah memulakan sesi menderma darah.. jom layan sedikit gambar semasa proses derma darah tadi.   Jadi apa tunggu lagi…….

Penyakit Gout - Apa yg perlu dimakan & dihindar

Imej
  Salam semua, Entri kali ini saya ambil dari forum jiwang.org .. bertujuan utuk berkongsi info kesihatan bagi membantu sesiapa sahaja yang ada masalah penyakit Goat. Kredit Google Sebenarnya semalam petang ibu mertua aku ada call aku dan menyatakan bahawa bapa mertua aku disuspek ada Gout.. aduhhhh kesiannya aku dengar.. Sebelum ni aku pernah tengok atuk aku kena gout.. memang menderita sebab tak boleh nak berjalan sebab kaki bengkak. Semoga bapa mertua aku cepat sembuh dari penyakit ni.. Amin Jom kita baca info kesihatan ni.. Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berus...

Deritaku Hari Ini Isteri Je Yang Tahu

Imej
  Salam semua, Akhirnya hari ini aku akur juga untuk berjumpa dengan doktor gigi gara-gara sakit yang aku rasa memang dah tak boleh nak aku tahan lagi.. sejak sebulan yang lalu. kalau sebelum ni aku masih boleh tahan tapi semalam memang aku dah rasa macam nak pecah kepala tahan sakit dan penyudahnya terpaksa aku singgah farmasi untuk beli ubat tahan sakit. Biasalah dah namanya ubat lepas makan ok.. dah habis kesan ubat tu sakit datang lagi.. tido malam dah confirm-confirm tak boleh… dan penyudahnya cik malarang paksa aku juga gi jumpa doktor.. dan pagi tadi klinik doktor dekat bawah ni yang aku pergi.  Klinik Pergigian Raffles dekat rumah aku.. sampai-sampai je terus register dah tu terus doktor panggil untuk check. Sebenarnya dari kecik lagi aku memang dah alah nak jumpa doktor gigi ni.. tak tahulah pasal apa.. rasanya last aku jumpa doktor gigi ni masa tahun 1997 masa aku nak masuk universiti dulu sebab kena buat medical chekup.. kalau kira-kira tu dah dekat 1...

Jadi Doktor Sendiri

Imej
  Salam semua, Mood nak update blog masih malas hari ni.. sebenarnya masih kepenatan balik dari jalan-jalan cari baju pengantin adik ipar siang tadi di Sungai Petani. Aku bukan nak cerita pasal baju pengantin ni.. sebab zaman aku nak cari baju pengantin dah berlalu.. sekarang ni nak cari baju ibu mengandung je.. hehehe Sebenarnya aku ni jenis manusia yang cukup malas nak jumpa doktor.. tak kiralah time sakit ke atau tak sakit.. Tapi tadi pagi nak buat macam mana nak tak nak kenalah juga jadi doktor tak bertauliah dengan buat ujian sendiri untuk kandungan gula dalam darah.. senang cerita check kencing manis. Ibu mertua aku ni memang jenis jaga kesihatan.. paling aku respect dia adalah bab minum.. memang tak minum air manis ni.. cuma minum air putih je.. tapi bab check kandungan gula dalam badan dialah paling teliti.. kalau boleh nak di katakan seminggu sekali mesti nak g buat ujian dekat farmasi..hehehe So untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.. sekar...

Tekanan Darah Aku Tidak Normal

Imej
  Salam semua, Dari aku tak tahu sekarang aku dah tahu yang aku dah tak sihat selama ni rupanya.. huhuhu.. Sebab tu aku tak suka nak g buat check-up ni.. sebab tak suka bila doktor dah kata aku ada sakit.. maka semua aku dah tak boleh nak makan lepas ni. Sebenarnya pagi tadi dekat opis aku ada dibuka pusat pemeriksaan kesihatan secara percuma.. so kebetulan orang pon belum ramai lagi.. aku pon gilah beratur ambil giliran untuk check masalah kesihatan aku..( first time buat seumur hidup ni ) Almaklum umur dah separuh abad ni dah tentu-tentunya ada penyakit tersembunyikan.. kata orang baik kita tahu awal dari tahu-tahu orang cakap si pulan dah meninggal mengejut semalam. Jadi keputusan ujian tadi pagi menunjukkan aku mengalami tekanan darah tinggi iaitu 171 .. untuk paras normal adalah dibawah 140 Medical check-up dibuat oleh LPPKN Bila aku gi tahu cik. malarang dia dah warning siap-siap yang lepas ni aku dah kena jaga makan.. huhu.. nak buat macam mana dah sakit kena...

Jana Pendapatan Dengan Club Bina Badan

Imej
Salam, Selama ni kita selalu dengar jana pendapatan melalui internet dengan berblog @ menggunakan facebook @ dengan twitter . Tapi pernah tak korang dengar kita boleh jana pendapatan dengan Club Bina Badan? Bunyi macam menarik bukan.. sebab tak semua orang boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Tapi kalau dah macam Sazali Samad tu aku rasa dia memang jana pendapatan hasil dari bina badan. kredit foto google Korang tentu pelik napa aku buat tajuk entri ni.. padahal aku bukan ahli kelab bina badan malaysia.. kalau kawan2 aku baca entri mesti gelak je.. badan macam cicak nak ada angan-angan bina badan.. podalah... Ni semua gara-gara keyword yang pagi2 masuk dalam blog akulah ni.. tak tahulah sapa yang g buat carian dalam blog aku ni pasal nak jana pendapatan dengan club bina badan.. hehehe.. sapa punya kerja ni , mengaku cepat? Korang ni dah salah channel kau terjah ni.. sepatutnya korang masuk dalam blog dekat bawah ni.. dia orang memang tengah jana pendatan melalui c...