Catatan

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-13

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T....sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagian bersama keluarga tercinta.. Tarikh 18 Disember setiap tahun tidak akan dilupai buat keluarga kami yang mana tarikh tersebut kami berdua di sahkan menjadi pasangan suami isteri.. diam tak diam tahun 2022 telah memasuki tahun ke-13 usia Perkahwinan kami... Terima kasih buat isteri tercinta Nurfarahliana Binti Saad sentiasa menjadi pendamping dikala suka dan duka selama 13 tahun ini... Terima kasih juga menjadi ibu yang hebat buat 2 hero yang sentiasa di sayangi... Buat isteri tercinta abang ucapkan selamat ulangtahun Perkahwinan ke 13 buat kita berdua... semoga mahligai yg dibina ini akan berkekalan sehingga ke Syurga.. Aamiin..  Love u Forever buat isteri tercinta... 

DIY : Kepala Paip Patah Di Didalam Dinding

Imej
Assalamualaikum semua,  hari ni saya nak kongsi sesuatu andai tetiba ianya terjadi pada anda satu hari nanti. Pastinya anda akan jadi gelabah dan kelam kelibut apabila tetiba kepala paip air dirumah anda patah sewaktu anda hendak guna.... dan kebiasaannya kalau kepala paip patah saki baki nut akan tertinggal didalam dinding. Jadinya saya nak kongsikan alatan yang anda perlukan untuk keluarkan saki baki besi atau plastik dari nut kepala paip tersebut. Pertama andai berlaku patah kepala paip didalam dinding rumah, langkah awal adalah menutup punca bekalan air samada diluar rumah atau didalam rumah.. kebiasaan kalau didalam bilik air ada satu kunci untuk memberhentikan air just tutup saja pili kunci tersebut.  Seterusnya anda ke kedai hardware yang berdekatan untuk beli kepala paip baru dan alatan untuk keluarkan saki baki nut didalam dinding... alatan seperti didalam gambar diatas... kita panggil "Pipe Extractor" kalau dekat shopee harga dekat RM11.00 kalau takda free shipping

Projek Homestay : Meratakan Tapak Projek - Part 1

Imej
  Alhamdulillah setelah 2 minggu berbincangan dengan kontraktor binaan akhirnya kami bersetuju membuat satu binaan rumah 22 x 31 kaki ditapak kosong tanah mertua.. anggaran kos permulaan sekitar RM98,000 (merangkumi full tile satu rumah, wirering point elektrik, kipas dan aircond, table top, plaster siling dan sistem piping dalam rumah).   Tapak lot milik mertua sebelum ini ditumpangkan kepada kontraktor tanah untuk menjadikan tapak  pengumpulan tanah merah sebelum dijual ke pelanggan.. disebabkan tanah tersebut dah membukit dan kami merancang untuk membina bangunan ditapak tersebut, kami telah meminta pihak kontraktor untuk meratakan tapak tersebut dan kami membeli terus tanah yang ditinggalkan diatas tapak tersebut Proses kerja-kerja meratakan tapak menggunakan jengkaut.. kami memerlukan masa yang cepat untuk proses penyediaan tapak sebelum kontraktor binaan masuk memulakan kerja. Kerja-kerja meratakan tapak siap sepenuhnya dalam tempoh 3 hari memandang pada masa tu adalah musim huja

Projek Homestay : Survey Jenis Homestay

Imej
Alhamdulilah agak lama tak menulis di blog ni... memandangan beberapa kekangan kerja hakiki yang perlu diutamakan. Beberapa bulan yang lalu sewaktu kami pulang ke kampung di Pulau Pinang, tanpa dirancang kami berdua ada bersembang tetang projek homestay di kampung mertua. Kebetulan ibu mertua memang ada mengusahakan 1 unit homestay sejak beberapa tahun lepas sebelum PKP lagi. Memandangkan permintaan homestay di Pulau Pinang sangat memberangsangkan.. jadi kami bercadang untuk membina sebuah unit kediamaan untuk dijadikan homestay ditapak tanah kosong family mertua. Jadi banyaklah design-design yang kami survey bermula dari jenis kontena, besi pasang siap dan binaan batu Dekat bawah ni antara jenis pasang siap yang kami survey di sekitar negeri Perak konsep mini house @ tiny house keluasan rumah 10 x 20 kaki rumah bertiang rumah dipasang siap dikilang dan akan dibawa munggunakan lori ke lokasi design rumah yang pelbagai siap dengan beranda ni antara unit yang menarik, nampak mcm rumah ka

Apa Khabar Semua

Imej
Tahun 2022 menuju ke pertengahan tahun, tahun yang sangat mencabar sampaikan tidak pernah terjadi dalam sejarah sampaikan ayam kena catu tiada dipasaran, kos sara hidup meninggat, nilai ringgit semakin tinggi berbanding dollar.  kredit image : google.com Jadi apa tindakkan kita sebagai pengguna? Bermula hari ni apa kata sertai saya mengumpul aset dari EMAS DIGITAL  melalui Syarikat pembekal emas Quantum Metal . Untuk memulakan simpanan, anda perlukan akaun simpanan emas terlebih dahulu. Bagaimana untuk mendapatkan akaun simpanan emas? Anda hanya perlu mulakan dengan DARTAR PERCUMA sahaja DISINI . Selepas anda memilik akaun simpanan emas anda, anda sudah boleh mula menyimpan Emas serendah nilai RM10 sahaja. Semua transaksi dilakukan dihujung jari anda sahaja tanpa perlu beratur dikedai-kedai emas untuk memiliki aset emas tersebut. Benarkah emas adalah aset kalis inflasi? Anda nilaikan berdasarkan gambaran dibawah ini... kredit image :  google.com Maklumat lanjut tentang Emas Digital

Pengalaman Proses Di Vaksinasi Covid-19

Imej
Alhamdulillah setelah lebih 3 bulan menanti untuk divaksinasi hari ini dose pertama disuntik didalam badan.. Bermula pada  tarikh 5 mac 2021 mula mendaftar untuk divaksin melalui aplikasi Mysejahtera. Tidak lama selepas itu disusuli dengan pengesahan untuk bersedia terima vaksin selepas membuat pendaftaran secara sukarela untuk menerima vaksin jenis Astrazeneca pada 26 Mei 2021 dan diberikan temujanji pada 28 jun 2021 hari ini untuk memdapat suntikan dose pertama.  walaupun ramai rakan-rakan yang belum mendapat temujanji.. saya bersyukur sebab dipilih antara yang terawal menerima suntikan.  Isteri juga telah pun selesai menerima suntikan dose pertama dari jenis Sinovax 

Pindah Kobis Ke Pasu Baru

Imej
Alhamdulillah masih diberi kesihatan untuk meneruskan aktiviti seharian.. Jadi dalam musim PKP ni banyak aktiviti dihabiskan dirumah sambil bekerja dari rumah @ WFH. Sambil-sambil dirumah tu bolehlah bercucuk tanam jika ada masa yang terluang.. ok kebetulan sekarang saya tengah cuba tanam buah kobis.. dan baru-baru ni ada beli pasu baru untuk pokok kobis.. sebba pasu yang lama agak kecil untuk pembesaran kobis.. Jom kita pindahkan anak-anak kobis kepasu baru... layan dulu image dekat bawah ni. ni baki anak pokok kobis yang belum pindah lagi selamat berpindah ke rumah baru Alhamdulillah selesai semua pindah ke pasu baru.. semoga terus sihat dan besar..  oklah nantikan update terbaru lagi nanti..