Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kwsp

Akaun Fleksibel KWSP : Berjaya Buat Pengeluaran Dalam Tempoh 7 Hari

Imej
Alhamdulillah berjaya untuk ujikaji Pengeluaran Akaun Fleksibel ( Akaun 3) KWSP.. Pada 21hb Mei 2024 saya telah mencuba untuk menguji system Pengeluaran Akaun 3 KWSP bagi pengeluaran jumlah paling minimum sebanyak RM50.00 sahaja.. Pada 22hb Mei 2024 menunjukkan permohan saya telah diluluskan didalam system, dan pada hari ini 28hb Mei 2024 genap 7 hari termasuk sabtu dan ahad.. Pihak KWSP telah mengkreditkan sejumlah RM50 seperti yang saya request sebelum ini.. Alhamdulillah so lepas ni kalau ada urusan kecemasan yang mendesak boleh gunakan akaun 3 ni sebagai media alat Bantuan kewangan pilihan terakhir... Semoga kita terus memanfaatkan simpanan hari tua kita sebaik mungkin.. Ujian Pengeluaran Berjaya.. 

Permohonan Simpanan Shariah KWSP Telah Lulus

Imej
Alhamdulillah.. pagi ni dapat satu sms dari pihak KWSP menyatakan permohonan simpanan Shariah yang dipohon semalam dipejabat KWSP telah diluluskan... jadinya lepas ni takda lagi keraguan kemana dana simpanan hari tua kita nak dilaburkan.. yang pastinya semua akan dilaburkan ke tempat yang patut Shariah.. Kepada yang masih belum tahu.. semalam 8.8.2016 KWSP telah membuka permohonan bagi penyimpan tidak kira bangsa dan agama untuk menukar simpanan mereka kepada simpanan Shariah.. boleh rujuk sumber berita ini (Berita KWSP)  Semalam suasana ibu pejabat KWSP di ibu negera diserbu penyimpan... ini berikutan tawaran pertukaran kepada simpanan Shariah hanya tertakluk kepada jumlah yang dihadkan iaitu sebanyak RM100 bilion sahaja.. Sumber berita KWSP : "Dana sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus dari keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016, diperuntukkan untuk Simpanan Shariah 2017...

Persiapkan Diri Sebelum Bersara

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sedikit info hari ini yang hendak dikongsikan dari sumber FB Page KWSP .. mungkin dengan sedikit info ini dapat membuka minda kita semua, apa yang perlu dilakukan sebelum usia persaraan kita tiba nanti.. Bagi kakitangan kerajaan mungkin mereka sedikit selesa dengan duit pencen yang ada.. itu pun kalau duit pencen yang dibayar setiap bulan bila bersara nanti nilainya besar.. kalau hanya beratus ringgit sahaja.. mungkin akan garu kepala juga.. Tapi bagi kakitangan swasta seperti saya macam mana.. tentunya mengharapkan duit KWSP sahaja bila bersara nanti.. itupun kalau duit KWSP banyak.. kalau sikit akan garu kepala juga..   SIMPANAN PERSARAAN TAK CUKUP Sesetengah kita beranggapan caruman yang dibuat oleh anda dan majikan pada setiap bulan adalah mencukupi untuk persaraan. Namun statistik di bawah menunjukkan anda perlu membuat sesuatu seperti mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan dengan menyimpan dan merancang kewangan...

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Semakin Mudah Tiada Lagi Borang KWSP 9P

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru je balik dari pejabat KWSP cawangan Petaling Jaya tadi untuk uruskan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan.. ni merupakan pengeluaran kali ke-2 untuk ansuran bulanan rumah aku buat.. Macam biasalah sebelum pergi pejabat KWSP aku dah sediakan semua dokumen-dokumen seperti yang aku buat sebelum ni.. rujuk entri ini .. sampai-sampai pejabat KWSP dia orang cakap kami dah tak guna borang KWSP 9P lagi.. sekarang kalau nak buat pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan hanya perlu bawa kad pengenalan dengan Penyata baki pinjaman perumahan dari bank sahaja.. Aku tanya pegawai yang bertugas tu.. kaedah ni terpakai untuk permohonan kali ke-2 atau yang baru.. pegawai tu cakap kaedah ni terpakai untuk permohonan baru dan yang berulang.. so maknanya lepas ni tak perlulah korang nak isi borang bagai untuk buat pengeluaran ansuran bulanan ni.. Memang bagus cara ni.. lebih mudah dan urusan pun cepat.. permohonan aku tad...

Isi Borang Penamaan KWSP Secara Online

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Samada dah lama diaktifkan atau tidak aku tidak pasti sebab kebetulan tadi aku nak semak akaun 1 aku untuk tambah pelaburan unit amanah melalui pengeluaran KWSP.. Jadi sajalah gatalkan tangan ke bahagian PENAMAAN .. memang sebelum ni aku dah letak penama dekat akaun KWSP aku.. sebab mana tahu tetiba satu hari aku dijemput kembali kerahmatullah takdalah waris atau keluarga aku menghadapi masalah untuk menuntut wang KWSP aku yang tak sampai sejuta tu.. hehehe. Bila aku semak pada bahagian PENAMAAN aku baru perasan telah ditambah dengan butang “ Borang Web Penamaan ” maknanya kita dah boleh kemaskini penama  dan tambahn penama dekat akaun KWSP kita secara online.. kalau sebelum ni..nak letak penama kena pergi isi borang dekat pejabat KWSP.. tapi sekarang borang boleh diisi secara online dulu lepas tu dah siap isi dicetak dah dihantar ke Pejabat KWSP berdekatan.. kiranya jimatlah masa kita nak menunggu dengan isi borang dipejab...

Dividen KWSP Tahun 2012 Sebanyak 6.15 Peratus

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, KWSP baru sahaja mengumumkan dividen untuk tahun 2012 bagi semua yang mencarum dalam kumpulan simpanan wang pekerja ni sebanyak 6.15 peratus. ( Sumber boleh rujuk SINI ) Terasa rugi pulak aku.. sebab tahun lepas je aku dah keluarkan lebih 5k untuk melabur dalam Unit Amanah .. tapi tak pelah.. rezeki tu ada dimana-mana sahaja.. siapa yang bekerja dan majikan tidak mencarumkan dalam skim KWSP ni adalah satu kesalahan besar dan boleh didakwa.. jadi kalau majikan korang tak bayar.. korang boleh buat aduan ye.. Macam mana dengan korang yang ada akaun KWSP ni.. ada gembira mendengar berita ni?   ***** Sumber dari KWSP ****** Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2012 di Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 18 Februari 2013 . Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka sebagai salah satu ...

Panduan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Melalui KWSP

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah syukur dalam diam-diam dah genap setahun rumah yang aku beli dan duduk sekarang ni.. disebabkan dah cukup setahun pihak bank ada hantar SMS dekat cik malarang menyatakan yang rumah yang kami beli tu dah layak kami bayar guna kaedah ansuran bulanan melalui KWSP . So bila aku dapat berita ni.. aku cakaplah dengan cik malarang yang bagus juga kita buat kaedah ni.. sekurang-kurangnya dapat kita kurangkan komitmen bulanan kita.. :-).. lagi pun duit dalam akaun 2 aku tu cukup untuk tempoh bayaran jangka tertentu. Jadi langkah pertama yang aku buat adalah aku minta cik malarang contact pihak Bank yang keluarkan pinjaman dulu untuk buatkan satu penyata akaun bank seperti format yang diminta oleh pihak KWSP. Adalah dalam masa seminggu aku tunggu untuk statement tu disiapkan.. jadi bila statement dah siap bank pun calllah suruh gi ambil statement tu dengan kadar bayaran RM20 yang akan dikreditkan dalam akaun pinjaman. Dapat je statement tu terus ...

KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011

Imej
  Salam semua, Berita gembira buat semua pencarum KWSP kerana dividen untuk tahun 2011 telah diumumkan semalam dengan menunjukkan pembayaran dividen tertinggi untuk tempoh 10 tahun. Dividen untuk tahun 2011 adalah sebanyak 6.00 peratus yang mana semua pencarum boleh menyemak atau mengemaskini akaun masing-masing pada 20hb Februari 2012 melalui Kios KWSP , kaunter atau i-Akaun kredit logo dari KWSP Harap-harapnya dividen untuk masa akan datang terus menunjukkan peningkatan juga bagi menjamin tabungan masa tua kita.. almaklum jelahkan.. kakitangan swasta takda wang pencen.. so memang lepas bersara mengharapkan wang simpanan ni jelah.. Bagi yang dah pencen tu.. gunakanlah duit simpanan tu secara berkhemah. Maklumat lanjut pengumuman Dividen KWSP

KWSP Lancarkan Skim Pengeluaran Mudah

Imej
Salam semua, Malam tadi aku terdengar berita dari Berita Utama TV3 Jam 8.00 malam yang mengatakan bahawa mana-mana ahli KWSP yang telah berumur 50, 55 dan mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta layak mengeluarkan simpanan mereka. Berita lanjut saya petik dari laman website KWSP seperti dibawah KWSP Lancar Pengeluaran Mudah Umur 50, 55 dan Simpanan Melebihi RM1 Juta Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan Simpanan Melebihi RM1 Juta dengan lebih mudah. Penambahbaikan yang baru diperkenalkan ini membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank. “Inisiatif Pengeluaran Mudah ini dilaksanakan untuk mempercepatkan proses permohonan pengeluaran umur 50, 55 dan Simpanan Melebihi RM1 Juta. Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli,” kata Tan Sri Azlan Zainol, Ketua ...

KWSP Umum Dividen 5.80 Untuk Tahun 2010

Imej
Salam, Berita gembira buat semua pelabur dalam skim kumpulan wang simpanan pekerja ( KWSP ) kerana dividen untuk tahun 2010 telah diumumkan semalam iaitu dividen tahun 2010 ditetapkan sebanyak 5.80 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. kredit logo dari KWSP Jadi kepada semua ahli dalam simpanan kwsp ni boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011. Kenyataan akhbar boleh rujuk " KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010 " Nota Kaki : Simpanan hari tua anda.. mampukah kwsp menjamin simpanan hari tua anda? *** Jika diberi peluang skim pencen atau skim kwsp mana pilihan anda?

Berita Gembira Buat Pelabur di KWSP | Pendapatan Pelaburan KWSP Bagi Suku Ketiga Meningkat 5.12 Peratus Kepada RM5.75 Bilion

Imej
Salam, Sebut pasal kwsp je.. semua orang tahukan, kwsp merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk menyimpan duit-duit pekerja bagi kegunaan hari tua.. tapi berapa ramai yang dah rasa duit kwsp ni? Macam aku sendiri pn belum merasa lagi duit ni sebab aku tak tua lagi..hehe.. apa pon mungkin tahun depan aku dalam perancangan untuk mengeluarkan 10% simpanan akaun 2 aku dalam kwsp untuk pembelian rumah. So tu salah satunya kebaikkan menyimpan di kwsp sebab kalau nak beli umah boleh keluarkan.. kalau nak kawin tak boleh keluarkan.. hehehe. Berita gembira yang aku baca di www.bernama.com yang mengatakan pendapatan kwsp untuk suku ketiga meningkat  5.12 peratus kepada RM5.75 Bilian.. wahhhhh banyak tu.. Dari berita gembira tu aku menjangkakan kadar dividen & faedah simpanan dalam kwsp mungkin akan diberikan lebih besar dari tahun sebelumnya.. tu hanya ramalan je.. lagi pon aku bukan pakar ekonomi.. hehe Jom kita baca petikan dari bernama.com KUALA LUMPUR , 27 Dis (Bernama) -- Pe...