Salam, Semalam 24 November 2010 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2010. ( Berita penuh) Alhamdulilah Syukur rezeki buat pelabur untuk tahun 2010 ni. Macam aku memang takda 1 sen pon melabur dalam ASN3 ni, kalau dalam ASB tu adalah beberapa sen. Sekarang ni kalau takda modal nak melabur dalam ASNB ni pon boleh, sebab banyak bank-bank yang membuat tawaran pinjaman untuk pelaburan seperti ASB. Sebagai contoh Pinjam 50K bulan-bulan bayar RM2xx dan secara tidak langsung RM50K kita terus dilaburkan dalam ASB. Bagi yang bijak hanya perlu membuat bayaran setahun sahaja untuk bayaran bulanan dan tahun berikutnya dibayar menggunakan dividen yang diumumkan pada setiap awal tahun. Pada pendapatan korang untung atau rugi melabur dalam ASB ni dengan membuat skim pinjaman ASB.. kalau korang ...