Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel solat

Kalau Yang Uzur Boleh Takkan Yang Muda Nak Goyang Dot Dot Je

Imej
Salam semua, Tersentuh hati aku bila tengok orang yang dah uzur gi solat berjemaah sebaris dengan aku tadi masa solat magrib.. aku terus terfikir orang yang uzur macam ni sanggup datang solat berjemaah dekat masjid yang muda pegi mana ye.. mungkin dekat kedai2 kopi kot atau lepak dekat shoping compleks. Kredit foto Feldakumai So kepada rakan2ku yang masih sihat dan berkelapangan andai kata ada masa terluang jomlah kita sama2 gi mengimarahkan masjid yang berdekatan dengan rumah korang semua.. Asik mengejar duniawi je.. sesekali apa kata kita mengejar akhirat pulak. Maaflah kalau korang tak suka / kurang senang dengan entri aku ni.. selalunya aku cerita pasal nak cari duit je.. kali ni aku nak cerita pasal cari pahala pulak. Nota Kaki : Mati tak kenal usia muda atau tua.. so beringatlah wahai sahabat2ku -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Rahsia solat awal waktu....

Maklumat untuk di kongsi bersama Rahsia Solat Awal Waktu Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM) Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperin...