Saluran TV Baru TV ALHIJRAH
Salam, Korang semua perasan tak iklan dekat radio berkenaan saluran tv baru yang diberi nama TV ALHIJRAH .. kalau korang perasan tentu korang selalu dengan dialog perbualan seorang nak pindah rumah baru dan seorang pon nak pindah juga tapi bukan pindah rumah tapi pindah ke saluran tv baru. Macam mana nak dapat siaran tv baru ni. caranya mudah .... tekan menu .... tekan cari ... tunggu sehingga dapat siaran TV ALHIJRAH . aku sebenarnya dah test saluran tv baru ni.. memang bagus sebab berciri-cirikan islamic.. Buat masa sekarang saluran bersiar dalam saluran percubaan dan akan dilancarkan pada 7 Disember 2010 . Latar Belakang TV Alhijrah TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam...