Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gaji

1 Mei Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam Mungkinkah Menjadi Realiti

Imej
  Salam semua, Kurang dari beberapa jam lagi semua warga kerja awam, swasta dan kerja sendiri akan menyambut hari pekerja yang akan jatuh pada 1 Mei setiap tahun. Menjadi satu harapan bagi semua penjawat awam (aku bukan kakitangan awam) untuk mendengar pengumuman penting dari perdana menteri Malaysia tentang imbuhan terbaru yang akan diumumkan nanti jika ada. Tuan Hj. Omar Osman (Presiden Cuepacs) Menurut sumber dari Cuepacs beberapa cadangan telah dihantar kepada pihak kerajaan untuk menghargai pekerja disektor awam dan apa yang diharapkan cadangan tersebut ada yang akan diterima oleh pihak kerajaan. Antara cadangan dari Cuepacs Antaranya cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan daripada RM180 kepada RM300, jawatan Gred 1 hingga 16 dimansuhkan dan pekerjanya dinaik taraf ke Gred 17 dan diselaraskan kadar COLA kakitangan awam. Kakitangan awam bakal mendapat durian runtuh.. tapi bagaimana pulak aku disektor swasta.. semakin hari seperti semakin malap harapan...

Setiap kali gaji apa korang buat

Imej
Salam petang semua, maklumlah hujung2 bulan tentu ramai yang dah dapat gaji tak kurangnya juga yang gaji tak masuk-masuk lagi sebab syarikat lambat bayar. oklah, apa pon bagi yang bekerja mesti ada gajikan setiap bulan. banyak ke atau sikit bergantung kepada kerja yang korang buat setiap hari. macam aku yang bergelar kulikutif ni.. macam biasalah tahap gaji ju tahap gaji kulikutiflah..hahaha persoalan sekarang, apa yang korang buat setiap kali korang terima gaji? mungkin yang perempuan biasalah suka shopingkan yang lelaki suka beli barang2 kereta.. macam tn.punya blog ni biasalah.. tahu je gaji dah masuk seatlekan utang piutang dulu.. termasukalah sewa umah, kerata dan bill2 bulanan, kalau ada lebihan barulah aku g shoping..hehehe. kalau takde lebihan duduklah umah diam2 tengok tv...hehehe bagi blogger2 dekat luar sana korang buat apa setiap kali dapat gaji setiap bulan. kongsi sikit dengan kita orang dekat sini.. Komen jangan tak komen..