Kedudukan Matahari Tepat di Atas Ka’bah 28 Mei 2011| Waktu Sesuai Mengukur Arah Kiblat
Salam semua, Sebagai umat islam yang ingin mendirikan solat, kedudukan arah kiblat menjadi keutaman sebelum menunaikan solat. Bagaimanana untuk mengukur ketepatan kedudukan arah kiblat ini boleh dibuat ketika kedudukan matahari tepat di atas Ka’abah. Bila & bagaimana untuk mengukur arah kibalat yang tepat boleh rujuk panduan dibawah. {Sumber Tulisan Shahmuzir } Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah . Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama) . Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari ki...