Kedudukan Matahari Tepat di Atas Ka’bah 28 Mei 2011| Waktu Sesuai Mengukur Arah Kiblat

 

Salam semua,

Sebagai umat islam yang ingin mendirikan solat, kedudukan arah kiblat menjadi keutaman sebelum menunaikan solat.

Bagaimanana untuk mengukur ketepatan kedudukan arah kiblat ini boleh dibuat ketika kedudukan matahari tepat di atas Ka’abah.

Bila & bagaimana untuk mengukur arah kibalat yang tepat boleh rujuk panduan dibawah.

{Sumber Tulisan  Shahmuzir}

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamatmemeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat.SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut:  [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

- www.muzir.wordpress.com

Ulasan

  1. thanks for info.. mari kita betulkan kiblat jika tersalah.. :)
    Makan Sushi dan Sedut Hingus!

    BalasPadam
  2. Apabila Julius Caesar menawan Mesir pada tahun 48 sebelum Masihi, beliau memperkenalkan apa yang dipanggil takwim solar Julian (bersempena dengan namanya) pada tahun 709 auc atau tahun 46 sebelum Masihi. Takwim ini dikatakan diperkenalkan setelah Julius Caesar meminta seorang ahli falak bernama Sosigenes untuk membuat perubahan kepada takwim yang sedia ada pada ketika itu. Takwim baru ini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak 365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.

    BalasPadam
  3. kepada takwim yang sedia ada pada ketika itu. Takwim baru ini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak 365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.

    BalasPadam
  4. nice post very informative post thanks for this post

    great review
    Best Web Hosting

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak