Window Shopping Mom And Baby Expo 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Hari ni sempat bawa cik isteri untuk window shopping di Mid Valley Exhibition Center sempena Mom & Baby Expo 2013 .. Disebabkan tak nak berebut-rebut tempat parking seawal jam 10.30 pagi kami bertiga dah sampai parking Mid Valley.. memang tepat jangkaan baru 30 minit dibuka dah banyak tempat parking penuh.. alhamdulillah dapat juga tempat parking yang dekat dengan pintu masuk utama Mid Valley. Mom & Baby Expo 2013 ni dah berjalan 3 hari bermula pada hari jumaat dan berakhir pada ahad.. disebabkan jumaat & sabtu aku duty.. so hari ahad jelah yang aku free untuk bawa family jalan-jalan dekat expo tu Setiap kali ada expo, Jenama Avent ni memang mesti ada.. kali ni menarik sikit.. kalau ada bawa botol susu lama tak kira apa jenama.. boleh tukar dengan botol susu Avent baru dengan tawaran harga murah. Punyalah ramai orang beratur nak ambil goodies bag.. aku dengan cik isteri malas nak beratur.. so memang lalu je...