Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pizza hut

Makan Pizza Hut Sampai Buncit

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Tetiba teringat yang semalam aku ada cetak offer dari Pizza hut bayar Rm38 dapat 3 regular Pizza + 4 sup… dan offer tu pulak akan berakhir pada hari ini.. jadi sebelum tamat.. apa lagi baik aku gi guna baucer tu.. Kebetulan pulak Pizza hut ni hanya kurang dari 500 meter dari rumah aku je.. apa lagi start engine kereta terus gi order.. 3 kotak Pizza hut regular sapa mau habiskan ni.. paling tidak cik isteri boleh makan 2 potong je.. habis baki berpotong-potong tu sapa mau bedal.. matilah aku habiskan sorang-sorang ni.. RViva Chicken.. oklah boleh masuk selera tekak aku.. satu kotak berjaya dihabiskan.. baki simpan untuk sarapan esok.. Yang ni Rviva Seafood.. yang ni kurang sikit sebab kami berdua tak berapa makan tuna @ sardin ni.. jadi habis satu potong je.. tak tahulah baki tu sapa nak habiskan.. Apa pun alhamdulillah sebab dah kenyang belasah satu kotak.. sup berjaya habiskan 2 bekas.. 2 lagi simpan untuk sarapa...

Berbuka Puasa Dengan Pizza Hut

Imej
  Salam ramadhan semua, Untuk bulan puasa tahun ni pertama kalinya aku dengan cik malarang berbuka dengan  Pizza Hut dan kebetulan untuk bulan puasa ni Pizza Hut ada buat promosi Ramadhan Pizza Hut . Di sebabkan kedai Pizza Hut ni tak sampai 1km dari rumah aku so aku gi je beli sendiri walaupun boleh je nak order online. Setelah 20 minit aku menunggu di kedai Pizza Hut.. menu yang aku order pun dah siap.. nilah dia menu aku untuk berbuka semalam.. jom kita tengok apa ada dalam ni. Yang ni cik malarang punya.. Spaghetti Spicy Arabiata – RM11.00 Di sebabkan aku kelaparan so aku order 2  regular pizza yang mana kedua-duanya berharga RM36.00 Kalau ikutkan potongan ada 12 potong semua.. korang rasa habis tak aku makan dua keping pizza ni.. kalau mamat Raja Makan tu memang confirm habis punya Yang ni adalah Piza Seri Kasturi dan yang ni adalah Piza Hawaiian Chicken Alhamdulillah kalau korang nak tahu aku sorang je belasan 7 potong dan cik malar...

Tiba-tiba Mengidam Pizza Hut Pulak

Imej
  Salam semua, Sebut je nama Pizza Hut akulah salah sorang penggemarnya.. kekadang tu kalau dah teringin sangat sampaikan seminggu 2 kali aku terjah Pizza Hut ni.. Kebetulan dekat area umah aku tu memang dekat sangat dengan Pizza Hut so memang takda alasanlahkan tak nak gi makan kalau ada menu baru. Tiba-tiba pulak aku ternampak iklan dekat FB Pizza Hut tadi, wah ada menu baru rupanya.. tengok macam menarik.. kalau tak cuba tak tahukan.. kebetulan pulak Harimau baru je mengaung hari ni.. hehehe.. memang macam dah tahap wajib terjah je petang ni.. hehehe. Nilah dia menu baru dari Pizza Hut , Pizza Hut Ultimate Cheesy 7 Pizza , amacam menarik tak?   Siap dah ada model lagi tu.. ingat model tu tak jual ye.. yang jual hanya Pizzanya sahaja.. hehehe. Ada sapa-sapa tak nak belanja aku makan pizza hari ini? Sayangku nak belanja abg tak makan pizza petang ni? hehehe

Pizza Hut Baru | CHUNKY LOADED PIZZA

Imej
  Salam semua, Korang hantu Pizza atau kaki makan Pizza? kalau korang pengemar Pizza hut apa kata korang datang berkunjung sekarang di mana-mana cawangan Pizza Hut berdekatan dengan rumah korang untuk menikmati Pizza terbaru yang diberi nama Chunky Loaded Pizza . Amacam ada berani makan Pizza ni, Pizza 10 layer? Bagi Pengguna Maybankard pula korang akan diberikan 30% potongan harga untuk Pizza Chunky Loaded .. so apa tunggu lagi jom belanja aku makan di pizza hut sekarang. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Pizza Hut

Sesi Buka Puasa Di Pizza Hut, One Utama

Imej
  Salam ramadan semua, Ramadan tahun ni memang penuh mencabar bagi aku dengan cik malarang mana tidaknya boleh dikira dengan jari berapa kali aku dapat berbuka dirumah.. kekadang tu berbuka dalam kereta je.. apa pon masih bersyukur sebab dapat berbuka dengan aman dan tenang. Semalam aku berpeluang berbuka dengan isteri tercinta di Pizza Hut , One Utama Damansara .. seawal jam 5.30 kita orang dah booking tempat duduk sebab takut-takut penuh nanti tempat duduk. Time booking tempat terus order sekali menu apa yang nak dimakan.. dan menu Citarasa Ramadan menjadi pilihan kami berdua. Pakej berbuka puasa di Pizza Hut, Citarasa Ramadan Juadah ni yang sampai dulu..   Roti apa ni ye?   Apa nama benda ni pon aku tak tahu.. sumbat je dalam mulut.   Bermacam-macam air yang diorder.. tapi jangan risau.. bab air ni mesti habis punya.. hehehe.. Paling aku suka tang bubur ni..   Sebelum berbuka semua rasa nak makan.. tapi bila dah masuk waktu b...

Wordless Wednesday #10 | Sedapnya

Imej
Salam ramadan semua, Terbaik… Juadah berbuka petang ni… sambil minum Air Sedap ni

Mengidam Pizza Hut Lagi

Imej
  Salam pagi semua, Alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita semua lagi sehingga sampai ke hari Jumaat yang penuh dengan berkat ini. Tu baru pembuka kata.. :-) Saja nak kongsi pasal cerita semalam.. sebenarnya aku pon naik pelik sejak dua menjak ni.. pasal apa perut aku asik nak makan Pizza Hut je.. kalau macam ni tokey kuda pon jual kandang beb kalau tiap-tiap minggu bedal Pizza Hut je.. hahaha. Tapi nak buat macam mana.. dah teringin makan jelahkan.. nanti kalau dah sakit orang bawakan satu lori pon dah tak guna.. (tiru ayat orang dulu.. hehehe) Pagi2 ni aku nak bagi korang meleleh air liur lagi..   sup ayam.. yang ni kegemaran cik. malarang .. tapi selalu dapat sup cendawan.. hari ni cendawan tak tumbuh.. so sup ayam pon jadilah   Spageti.. menu pilihan isteri tercinta.. dari dalam kereta lagi dia minta teringin nak makan spageti.. so aku ajaklah gi pizza hut.   Yang ni korang jangan tanya aku.. apa bendanya.. semua orang tahu.. tapi k...