Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TNB

Penjelasan Isu Deposit Tambahan TNB

Imej
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Pagi-pagi masuk opis sebelum sampai meja singgah sat baca paper utusan ruangan bisnes.. kot-kot mana tahu ada peluang bisneskan.. selak punya selak ada satu ruangan page 18 bertajuk Deposit TNB adalah prosedur biasa . Berminat nak tahu juga sebab kebelakangan ni ramai juga member yang tanya pasal apa TNB tetiba kenakan charge Deposit tambahan pada bil.. sebagai contoh kalau sebelum ni deposit adalah RM300 tetiba bulan ni dikenakan tambahan deposit lagi RM300 menjadikan deposit selepas ni RM600.. Tapi bila aku baca penjelasan yang diberikan baru aku tahu cerita disebalik Deposit TNB ni.. Nak tahu cerita lanjut boleh baca keratan akhbar Utusan yang aku ambil tadi.. Sumber : Surat Khabar Utusan Malaysia

1 Peratus Charge Atas Bil Pengguna Elektrik

Imej
Salam semua, Untuk makluman korang semua.. berkuatkuasa 1 Disember 2011 TNB akan mengenakan 1% Levi atas Bil Pengguna . Cerita lanjut jom baca dekat bawah ni.. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011 . FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini din...

Saham TNB Naik Ekoran Pengumuman Tarif Baru Elektrik

Imej
  Salam semua, Semalam telah diumumkan oleh pihak Kerajaan bahawa tarif elektrik dinaikkan dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sumber : Berita Harian Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang Bagi penggunaan dibawah RM20 pihak kerajaan masih memberikan secara percuma sehingga bulan Disember 2011 Untuk sebarang info lanjut boleh membuat rujukan di : TNB Ekoran dari penggumuman kadar baru tu semalam.. saham TNB juga dilihat ada kenaikan pada hari ini seawal dibuka jam 9.00 pagi tadi.     Print Screen untuk 31/5/2011 ** Rasa-rasanya penggunaan bil elektrik dekat rumah korang ada kesan tak atas kenaikkan kadar baru ni? Berapa purata bil elektrik ko...

Gambar Semasa Banjir 1 Nov 2010 Dan 2 Nov 2010 - TNB Kuala Nerang

Imej
Salam, Syukur kita tak mengalami nasib macam saudara kita diutara yang mengalami banjir besar. korang tengok salah satu pejabat TNB Kuala Nerang.. macam mana nak buat keje kalau dah macam ni.. Tagged as : Bencana Banjir dinegeri-negeri utara