Kasih Seorang Ibu Sampai Ke Mati
Salam, kredit foto google Sedih aku tengok tadi drama TV3 sempena Maalhijrah yang bertajuk “ Tempatkan Dia Di Syurga ” Mengisahkan kepayahan dan pengorbanan seorang ibu tua yang bekerja sebagai tukang cuci bagi menyara anak-anak yang seorang malas bekerja dan seorang cacat dan sering kena sawan. 2 orang anak yang lain telah berumahtangga yang mana seorang banyak berhutang dengan along dan seorang lagi susah untuk balik ke kampung melawat ibunya kerana dek ke egowan si suami yang tidak mengizinkan pulang melawat ibunya. Kehidupan ibu tua itu berakhir dengan meninggal dunia diatas kubur anak sendiri sewaktu melawat kubur anaknya yang mati kemalangan. Moral dari cerita tu.. kepada yang masih ada ibu bapa.. sesebuk mana sekali pon korang luangkan sedikit masa untuk menjenguk ibu bapa korang dikampung. Jangan bila mereka dah tiada baru nak menangis darah.. semuanya dah terlewat. Kepada yang tengok drama tu tadi renung-renungkanlah dan jadikan ia sebagai pengajaran..