Betul ke yang ni namanya Advertorial | Sponsored Post
Salam semua, Hari jumaat yang mulia ni aku nak sembang sikit pasal nuffnang .. dah lama aku tak menyembang pasal nuffnang ni.. lagi pon aku sebenarnya tak layak pon nak bagi penerangan sebab budak hingusan lagi dalam nuffnang .. kalau yang layak bercerita aku boleh kenalkan beberapa orang yang aku kira berpengalaman dalam komuniti nuffnang iaitu eyriqazz , Kak Ina , Teratakarmo , Darkbatman dan paling femes siapa lagi kalau bukan Kak Red (RM).. yang lain ramai lagi cuma tak ingat nama.. sorry ye..he3 Apa yang lain korang tengok dalam akaun aku ni? Baru-baru ni aku ada dapat email dari pihak nuffnang yang minta aku buat satu review pasal kejayaan Proton dalam sukan rally.. nak tahu boleh baca dalam Proton Juara APRC 2010 . Sehari selepas aku dapat email tu aku tengok ada satu perubahan dalam akaun nuffnang aku yang mana ada satu penambahan icon berlabel Sponsored Post . Dengan tiba-tiba aku terfikir ini ke yang dinamakan advertorial yang dah ditukar nama kepada Sponsored post? S...